Ana Ikan Bakar Petai - Cerita Ita                                                             Ana Ikan Bakar Petai Langkau ke kandungan utama

Ana Ikan Bakar Petai

salam semua,

entry sebelum balik ni...

malam kelmarin kami berangan nak makan seafood.... kebetulan pulak aku dgn shah cuti pasal hantar najmi ke hospital appointment pagi isnin tu.... pastu kami pergi uruskan meter api pulak kat TNB petang tu....

malam tu kami ingat nak singgah kat Mail Ikan Bakar pasal lama tak makan ikan bakar kan.... tengok2 tutup pulak dah.... malam semalam pun dia masih tutup lagi.... cuti lama agaknya.... jadi kami tukar tempat ke Ana Ikan Bakar Petai pulak... kami pergi cawangan dia yang dekat dengan Nara tu.... ramai je orang masa kami datang tu lebih kurang pukul 8.15 malam.... kami terus pilih2 ikan, lala, udang dan sotong.... berangan nak makan ketam tapi takde la pulak.... ikan aji2 kami buat steam halia.... lala dan udang masak pedas... sotong buat goreng tepung....

gambar? sorry ek... kami lapor sangat tak sempat nak snap pun.... hahaha... anak2 dah tak menyabor dah nak makan....

air kami order sirap 2 gelas, dan fresh oren 1 gelas... tambah pulak sayur campur untuk sorang dan telur dadar dan sup cendawan... semua untuk sorang makan je..... memula nak rasa kerabu tapi tengok dah banyak sangat menu... kensel la lainkali la pulak.....

keseluruhannya..... best... marveles.... rasa masak pedas dia... ala2 sos keropok goreng je la tau.... masak steam dia cam kureng sikit sedap lagi Mail Ikan Bakar punya.... dia punya ni macam terlebih sudah rasa halia dia... jadi pedar2 gitu rasanya.... abg long kata pedas.... adik najmi... belasah je.... nganga je mulut bila aku suap....

sayur campur dia aku tak leh telan ..... dia ada letak tepung jagung kot... cam pekat je aku tengok... tak tergamak nak makan cam lendir2 camtu....

sotong goreng tepung.... marveles....!!!! serius... kalau aku tak makan nasi pun aku sanggup bungkus sotong goreng tepung dia je tau... rangup walaupun dah sejuk... abg long tak penah makan sotong tapi yang ni dia belasah je.... sedap dia kata... anak aku sorang ni cerewet wooo... kalau dia kata sedap memang gerenti sedap tau....

harga? keseluruhan kami makan malam tu.... RM73.50... ok2 la kot.... dengan rasa dia... aku rasa berbaloi... tak macam kat Santai... http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2010/01/fuhsantai.htm.. ahak....

Ulasan

  1. rase mcm penah pegi ri tu..kat area mn tu ek kak?tepi pantai x?

    jom singgah baca entri ni : Bersyukurlah Kamu

    BalasPadam
  2. sy sekeluarga pun klu nak mkn seafood mail ikan bakarlah tujuan kami...ana ikan bakar kureng skit

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat