Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas? - Cerita Ita                                                             Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas? Langkau ke kandungan utama

Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas?

salam sejahtera semua,

nak tanya pendapat korang la.. tadi aku ada terbaca pasal pendaftaran untuk pra sekolah...

nak tau je bagi sesiapa yang dah ada anak-anak sekolah..... ada beza ke antara pra sekolah dengan Tadika Kemas?

kalau sekarang ni tadika kemas kat tempat aku hantar abg long ni.. yuran tahunan rm80 dan bulanan rm15...

Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas?


kalau pra sekolah kena bayar bulan-bulan ke tak ye?

mana lagi ok? pra sekolah ke tadika?

kalau pra sekolah buat konsep macam sekolah ada periksa-periksa segala tu aku tau confirm anak aku gi sekolah sehari je kang....

korang ada cadangan tak?

aku terbaca dia tengok pendapatan keluarga pulak..... payah ke nak mohon ni? semua sekolah ke ada?

p/s kalau ikut aku teruskan je la kat tadika kemas tu kan? sayang baju sekolah tadika tu belum lusuh lagi... hehe...

update entri terbaru pasal perbezaan ni.. boleh baca kat Apa Beza Tadika, Tabika dan Pra Sekolah..

Ulasan

  1. pra sekolah kena lihat pendapatan ibu bapa. tapi kalau sekolah tu kurang pelajar mohon, ada peluang. pra sekolah lebih didedahkan pada suasana sekolah, assembly, aktiviti sekolah. yang seronoknya, banyak akiviti lawatan luar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam best je dengar hanim tapi setiap sekolah ada ke?

      Padam
    2. x semua sekolah ada. Memang tengok pendapatan. Akak aku kata kalo dekat bando jgn harap boleh dpt sebb awal2 dah penuh. tapi aku kan duduk kg jadi Insya Allah taun depan anak aku g pra sekolah.sebulan RM5 aje.

      Padam
  2. Nk tumpang tnya kt post puan Rozita ni.. ada sesiapa tau ke apa perbezan ni pra sklh, tadika kemas dan tabika petpaduan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cuma tau perbezaan antara tadika kemas dengan pra sekolah je.. pada saya tadika kemas tak menekankan pembelajaran menyeluruh utk kanak-kanak terutama persediaan mereka utk ke tahun satu.. tetapi pra meletakkan ini sebagai keutamaan mereka.. dan tadika kemas di bawah seliaan jabatan kebajikan masyarakat dan pra sekolah di bawah kementerian pendidikan.

      Padam
  3. Salam...sya pun nk btnya sapa yg tau perbezaan tadika dan tabika...& puan2 rse tabika kemas zaman skrg ok x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya cuma tau perbezaan antara tadika kemas dengan pra sekolah je.. pada saya tadika kemas tak menekankan pembelajaran menyeluruh utk kanak-kanak terutama persediaan mereka utk ke tahun satu.. tetapi pra meletakkan ini sebagai keutamaan mereka.. dan tadika kemas di bawah seliaan jabatan kebajikan masyarakat dan pra sekolah di bawah kementerian pendidikan.

      soal samada tadika atau pra yang mana lebih releven, saya tak boleh jawab soalan tu sebab ianya bergantung pada kemampuan anak tu sendiri.. kalau anak dah sedia pandai atau lebih sedikit dari kanak2 lain,silibus tadika kemas tidak akan membantu mereka dan mungkin akan menjadikan mereka bosan..ini hanya pendapat saya..

      Padam
  4. salam...

    tq for the sharing all. of course credit to the owner of the blog.

    BalasPadam
  5. Salam.. nk share gak.. pada pendapat saya pendidikan awal kanak di kemas dan prasekolah sama je wlaupun di bawah ministry yg berbeza.. mereka menggunakan kurikulum starndard yg sama linus pn ade gak.. kurikulum yg ditetapkn kpm tu la mnjadi panduan kemas dan prasekolah iaitu mereka mengajar anak-anak kita melalui kaedah belajar sambil bermain..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...