Makan Sate Sedap di Sate Peramu Kuantan - Cerita Ita                                                             Makan Sate Sedap di Sate Peramu Kuantan Langkau ke kandungan utama

Makan Sate Sedap di Sate Peramu Kuantan

assalamualaikum semua,

wah lamanya tak menulis...cerita abg long pun tak bersambung-sambung...esok tengahari rehat panjang..insyaAllah harapnya ada masa untuk menulis dan harapnya aku masih ingatlah kronologi kesnya...huhu...

ini cerita malam tadi sebelum ianya jadi basi jugak macam cerita-cerita lain..

alhamdulillah disebabkan ada rezeki lebih kami bawak anak-anak makan sate semalam...bukan sate mahal pun tapi yang sesuai dengan kemampuan keluarga kami ketika ini...

kami makan di kedai Sate Peramu di Kg. Peramu Kuantan..

lokasi kedainya senang je..kalau dari arah Bandar Kuantan kedainya sebelah kanan dan korang kena ambik u turn di depan sikit untuk ke kedainya..selepas u turn korang akan nampak kedai makan De Muara Seafood..haa..kedainya betul-betul bersebelahan kedai De Muara ni..

ada bermacam pilihan sate yang ada macam gambar di bawah ni...



harga sangat berpatutan bagi kami yang anak ramai ni.. sate ayam 50 sen..sate daging 60 sen..sate perut 70 sen dan sate kambing rm1..ada jugak nasi impit rm2 sepaket..nasi ni makcik buat sendiri rasanya..sebab sangat lembut...sedap..

kami selalu beli sate ni bungkus dan balik makan kat rumah tapi semalam kami tukar rutin dan makan kat situ jugak..

tapi rezeki kami tak banyak..cuma tinggal sate ayam dan perut je..daging yang sedap tu dah habis..hukhukhuk..

masa ni sate perut belum sampai
meh layan gambar kami anak beranak jom...





ada orang merajuk kena cubit sebab tak duduk diam..tapi maintain senyum bila bergambar..hehe..


tengoklah kesudahannya...

sibuk ajak balik sebab nak tidur...alahai anak....
adik hadi pun boleh mkn sebab nasi sangat lembut..bestlah makcik..

muka terkejut kena selfie..


nama kedai... haa... tu pakcik sate..

yang paling bestnya bila tengok bil... 10 cucuk sate perut..20 cucuk sate ayam.. 2 paket nasi impit.. 2 cawan milo ais.. 1 cawan teh o..1 cawan air suam.. semua sekali cuma RM26 sahaja... semoga Allah panjangkan umur makcik dan pakcik dan permudahkan rezeki tuan punya Sate Peramu ni..amin..

p/s esok hari lahir abg long..dah sambut in advance kat kampung tapi lupa ambik gambar...mcmana tu?...

Ulasan

  1. ita...kak n si adik peminat sate. si abang tak suka lak..aduh, tension kalau p makan sate. kena cari kedai makan yg ada jual macam2..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kak.. sebab tu cuma order 20 cucuk je..tapi kalau kedai ni sebelah tu ada kedai D muara yang jual macam2 masakan panas.. so boleh je order..cuma kami memang nak makan sate..tapi nasi impit yang abis dulu..nak buat mcmana dah nama org melayu kan..hehe..

      Padam
  2. sate sini mmg sedap...terbaiklah pakcik sate...bebaloi dgn harga...kami semua suka mkn sate peramu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat