Putu Piring Sedap di Kuantan - Cerita Ita                                                             Putu Piring Sedap di Kuantan Langkau ke kandungan utama

Putu Piring Sedap di Kuantan

assalamualaikum semua,

dah lama aku nak kongsikan antara tempat makanan sedap di Kuantan ni...

aku pernah cerita Pasal Sate Sedap dulu kan? haaa kami masih lagi setia dengan sate tu cuma kali ni nak kongsikan makanan yang agak jarang nak dapat di Kuantan ni...

kalau dulu kami nak makan apa-apa jenis putu ni mesti kena tunggu balik johor baru boleh beli... bukan takde jual di Kuantan ni bermacam jenis putu.. ada je kat merata-rata pasar malam pun boleh jumpa... putu bambu..putu mayam... tapi putu piring memang sangat susah nak jumpa... haaa...kalau putu piring memang kena tunggu balik johor je la jawabnya....

di kuantan ni putu bambunya agak berbeza dengan putu bambu yang dijual di johor... kalau tempat lain aku tak pasti la... aku ada kongsikan jugak Putu Bambu Sedap di Johor  atau lebih spesifiknya di kluang satu masa dulu... jemput la singgah baca....tapi nak tekankan ye... ni cuma ulasan tekak aku je...kalau tak menepati selera korang janganlah salahkan aku pulak...

kalau di kuantan kebanyakan putu bambu cuma diletakkan kelapa dan gula dihidangkan di tepi putu bambu berbeza dengan yang dijual di johor yang dah siap-siap disalut kelapa bagi menambahkan kelemakan putu tersebut...

dari nak cerita pasal putu piring jadi tercerita pasal putu bambu pulak... huhuhu...

ok kita balik pada tajuk asal... putu piring...asalnya kami terjumpa je lokasi menjual putu piring ni... kami terjumpa masa nak hala ke Perlabuhan Kuantan ikut jalan pantai...

boleh pulak tengah-tengah duduk dalam kereta tu terpandang orang menjual putu piring kat tepi jalan tu... hehehe... memang sah la kalau duduk dalam kereta kena pandang jualan tepi jalan kan... kalau tak tentu tak sah... membantu ekonomi katanya... ecece...

ada signboard ni kat tepi jalan...


tapi memang tak menyesal la kami berenti untuk cuba... hasilnya sangat sedap ok... dan akhirnya kami ulang datang lagi...huhuhu....

untuk sesiapa yang teringin putu piring yang sedap jika datang ke kuantan boleh la cuba beli di sini...
lokasinya senang je...kalau korang datang dari bandar kuantan nak menghala ke pantai batu hitam tu...korang akan jumpa Klinik Kesihatan Beserah di sebelah kanan berhadapan dengan Pejabat Pertahanan Awam Kuantan... lepas tu akan jumpa Petronas.. juga sebelah kanan... tapi korang fokus je kat sebelah kiri korang... akan jumpa Kedai Runcit Senyum Selalu... pastu ada nampak area sebelum pantai batu hitam tempat orang jual pisang banyak-banyak kat sebelah kiri korang selepas je jambatan kecik... pastu lepas jumpa gerai jual pisang kedua akan ada gerai burger pulak... dan gerai jual putu piring ni dekat je dengan gerai burger ni.. bawah pokok besar... korang mesti bawak perlahan la kalau dah jumpa jambatan kecik tu... dia memang tak jauh je dari jambatan kecik tu... dan kalau korang jumpa pantai batu hitam bermakna tempat tu dah terlepas ok...

setahu aku dia jual hari-hari tapi ada sehari yang dia tutup...jumaat rasanya... tak ingat pulak dah... ini la jadinya bila nak buat entry asyik tertangguh je ni... tapi dia memang start meniaga petang je... kalau korang jumpa dia bukak lagi lepas pukul 5 petang tu kira nasib korang tersangat la baiknya... pasal dia memang abis awal tau.. jadi kalau berangan nak beli sila la pegi awal-awal ye...

ok.... jom tengok gambar untuk tatapan mata dan perut korang...hehehe...ni haa rupa kedainya...

aku tak dapat tunjuk putu piringnya pasal dah kena makan selamat dah.. tunjuk gambar shah tengah beli je la... ni la kedainya... ambik ko punya panjang caption...hahaha...

ada gak laksa pahang kat sini...

eh tetiba terselit gambar blogger comel hantu purple ni.. hahaha....


p/s hari ni lemau gila nak keja...anak tak sihat lagi... :(


Ulasan

  1. akak selalu terkena putu bambu yang kedekut gula.. sampai rasa fobia nak beli.

    Eh, sorri.. sebenarnya nak komen pasal putu piring yang kedekut gula tapi terkomen putu bambu.. hahahha. Memang fobia nak beli dua2 putu ni sebab tepung jer selalu banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... putu bambu kalau kedekut gula memang tak sedap kak.. kami pun kalau beli tak sedap tak beli lagi dah.. tu yang rekemen yang dah tentu sedap je ni..

      Padam
  2. Area beserah la ni yer Ita...next time akk try. Esok nk gi Kerteh...khamis nnt baru singgah Tg Lumpur, nk borong sata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye kak... ada kat area pantai timur la ni ye? sata mana kak? din sata ke? hehe...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat