Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah ! - Cerita Ita                                                             Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah ! Langkau ke kandungan utama

Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah !

assalamualaikum semua,

semalam aku ada siarkan gambar abg long dengan luka di kepala yang siap berjahit... ramai yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku sebenarnya... dan aku tak daya nak menjawab satu-satu pertanyaan memandangkan data internet yang ada pun dah agak semput... dan aku rasa dengan menjawab soalan melalui entri ini rasanya lebih memadai..

sebenarnya kejadian menimpa abg long pada hari Selasa 17 Mei 2016 yang lalu memang agak mengejutkan semua orang terutama kami sebagai ibu bapa abg long sendiri... meh aku tepek gambar anak yang betul menguji hati hari selasa baru ni dulu...

abg long dengan sengih lebar...


sebenarnya cerita dia macam ni... hari Selasa dalam jam 11 lebih pagi lepas aku balik dari acara Lelongan Awam, cikgu sekolah abg long telefon... elok je nada suara cikgu memaklumkan... 

Dialog bersama guru:


Cikgu : Assalamualaikum puan, puan ni ummi kepada Ahmad Haziq Hakimi ke?

Aku : ye saya...

Cikgu : Puan, saya cikgu___ , cikgu bertugas minggu ni nak maklumkan yang anak puan tadi luka di kepala dan saya dah hantar ke Klinik 1 Malaysia dan dah siap jahit pun...  (senafas agaknya cikgu ni bagitau... hehehe)

Aku : luka? sampai berjahit ke cikgu? serius ke? macamana boleh jadi?






Cikgu : Maaf puan suara puan tak berapa jelas la...hilang-hilang... (adeh... ni DIGI la punya pasal... tingkat bawah pejabat ni memang selalu takde line... tingkat atas ok pulak...untuk golongan atasan aje kot line dia...)

Aku : alamak cikgu, telefon saya kalau dalam pejabat linenya memang tak elok sangat... tapi serius ke dia cikgu?

Cikgu : tak serius sangat puan dan dia pun ok ni...

Aku : Abis tu sampai berjahit tu?

Cikgu : ooo...itu sebab luka dia tu macam terbukak sikit jadi kena la jahit...

Aku : oooo... tapi dia ok kan?

Cikgu : ok puan cuma nak mintak puan ambik dia dari sekolah boleh? tadi staf kat klinik bagitau suruh dia rehat di rumah...

Aku : ok cikgu cuma nak tau macamana boleh kena?

Cikgu : tadi lepas rehat dia bermain dengan kawan dia ni... main baling-baling botol air tu kena kepala dia tu...

Aku : ooo... takpe la cikgu dah nak kena... nanti saya ambik dia ye cikgu.. kena tunggu ayah dia la ni sebab ayahnya yang bawak kereta...

Cikgu : ok kalau puan datang terus ambik dia di pejabat ye... saya suruh dia tunggu situ..

Aku : ok terima kasih cikgu untuk makluman ni...

Cikgu : sama-sama puan...


haaaa.... itu la kisahnya perbualan antara aku dan cikgu bertugas abg long pada pagi tu.... dan aku memang la agak tak puashati jugak selagi tak bertanya dengan tuan punya badan kan? tapi mesti korang nak tau apa reaksi aku masa cikgu bagitau dalam telefon tu kan? heheheh..... aku sengih je tau... sebab apa? aku tak rasa masa tu kecederaan dia agak serius pun... dan dengan pengalaman kami pernah hadapi satu ketika dulu yang melibatkan kecederaan kepala jugak masa dia tahun 1 dulu... ada aku ceritakan kat sini dulu... aku agak bertenang bila terima berita macam ni lagi... 

sekolah
kesian anak ummi...


dan alhamdulillah... kecederaan dia tu betul tak berapa membimbangkan... cuma satu dua hari ni agak bengkak kat tempat luka berjahit tu... dan dia ada la jugak macam nak demam dibuatnya... kesian abg long... hari kejadian tu aku bawak dia duduk kat pejabat aku sampai petang... memanjang dia tidur je... 

berjahit sampai macam ni... rabu depan bukak jahitan


eh tapi aku belum cerita lagi kan apa kisah sebenar macamana boleh berlaku ni... aku tanya dengan dia sendiri... abg long kata budak perempuan ni duduk depan dia dan dia bergurau-gurau dengan kawan perempuan dia ni... pastu jadilah kejadian dimana pembalingan beg abg long yang berisi botol air ke kepala dia... nampak tak botol air makan tuan ni... mesti ada yang nak kata perempuan ke yang buat tu? hehehe...  ya budak perempuan ok... dah maknya pun elok telofon aku minta maaf keesokkan harinya... kesian mak dia tu... tak pasal-pasal jadi macam mak Shin Chan mintak maaf bagi pihak anak dia... 

dan yang best part dia botol tu tak pecah pun tau... bila aku tanya abg long kenapa botol tu tak pecah... tau jawapan dia tak? eh botol Penang kan ummi... mestilah tak pecah... hahaha....(botol ni dapat masa family day kat penang)... *ada kait ke?

dan reaksi aku? aku memang sangat cool kali ni... tak nak salahkan sapa-sapa pun... anak kita pun kadang bukanlah baik sangat belakang kita kan... nak marahkan cikgu jauh sekali... alhamdulillah...syukur cikgu dah tolong buatkan part yang sepatutnya kami mak bapak yang kena buat tu... dan atas respon cikgu yang pantas abg long selamat dirawat... dan nak marah pada budak yang buat tu? tak jugak... dia mungkin tak sengaja nak buat abg long jadi gitu... dan dia pun dah mintak maaf kata abg long.... 

cuma aku berdoa je semoga Allah lindungi anak-anak di masa akan datang di mana sahaja mereka berada... amin...korang tolong doakan sama eh...?


p/s hari ni hati tak terkawal rasa kecewa...dalam ni pun rasa nak luah... HANYA KERANA BUTTER...hmmmm...

Ulasan

  1. ooo.. dah tjwp psoalan..hrp cpt sembuh...

    BalasPadam
  2. Mesti terkena bahagian yg tajam tu Ita.. yg psl butter tu dah apa pulak cetenya Ta..???? hahahahhah

    BalasPadam
  3. hehehe... tak tau la siapa kacau siapa ntah.. tapi rasanya statement budak kalau seronok main sampai tak ingat tu betul sangat dah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...