assalamualaikum semua,
apa khabar semua hari ni? harapnya semua sihat la hendaknya... bagi yang suka shopping online tentu bersinar je mata sebab ada #MyCyberSale 2016 hari ni kan... hahaha.. tapi aku bukan nak cerita pasal sale tu pun... kali ni nak cerita pasal masalah yang selalu sangat melanda wanita... terutamanya si ibu-ibu yang sedang menyusukan anak-anak... tapi tak jugak hanya wanita... lelaki pun ramai dah alami masalah yang sama... masalah yang aku nak cerita ni tak lain tak bukan dari masalah rambut gugur!
masalah rambut gugur yang menghantui ramai orang |
korang ada masalah yang sama tak? mungkin sebelum ni ke kan? ke aku sorang je ni? hahaha... macam aku memang la sebelum ni aku tak berapa kisah sangat la rambut gugur ke tak kan... sebab rambut aku memang jenis yang lebat tapi sejak dah beranak ramai ni mula la masalah rambut gugur ni agak merisaukan aku tau... sebabnya jadi kena kerap pulak menyapu lantai rumah.. lagi la sebab kami memang ambik order untuk buat pau kukus gebu tu kan... kalau ada rambut bersepah merata memang sangat merungsingkan betul tau...
memang setiap kali aku sikat rambut memang la rambut aku mesti ada yang terlekat kat sikat tu... kalau ikutkan rambut aku jenis yang agak berminyak dan payah nak kusut bila disikat tapi mesti ada je rambut yang terlekat tu la... bila dibersihkan sesekali sikat tu mau la segenggam jugak rambut yang dapat... bila mandi jangan cakap la setiap kali bersyampu aku akan relaikan rambut semasa basah... mesti ada jugak yang gugur sekali... ok bila mula menulis masalah rambut gugur ni aku rasa makin menakutkan pulak masalah aku sebenarnya.. huhu...
ada banyak punca rupanya untuk masalah rambut gugur ni... dari pembacaan aku sebelum ni ada banyak tau sebabnya... ada 21 punca tau!... huhu aku baca pun terkejut...
21 Punca Rambut Gugur
1. Tekanan Fizikal - sebarang aktiviti termasuk demam selsema pun boleh sebabkan rambut gugur tau
2. Mengandung - lebih teruk biasanya lepas kandungan lahir
3. Terlalu banyak Vitamin A
4. Kekurangan sumber protein
5. Male pattern baldness - yang ni aku tak tau nak translate macamana tapi ianya berkait dengan hormon dan gen lelaki
6. Keturunan
7. Hormon perempuan - selalu berubah-ubah kan.. hehehe...
8. Tekanan emosi
9. Anemia atau kekurangan darah
10. Hypothyroidism
11. Kekurangan Vitamin B
12. Rambut gugur disebabkan oleh autoimmune badan
13. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
14. Perubahan berat yang mendadak
15. Chemotherapy
16. Polycystic ovari syndrome (PCOS)
17. Ubatan
18. Terlebih Gaya - err yang ni sebenarnya penggunaan berlebihan bahan pewarna atau gel atau cream untuk mencantikkan rambut.
19. Trichotilomania
20. Umur meningkat
21. Anabolic steroid - ubatan yang digunakan untuk sesetengah atlet untuk membina badan
bila dah baca semua punca yang ada aku memang la sangat sedar kalau masalah rambut gugur aku ni disebabkan oleh masalah hormon sebab aku masih menyusukan adik hadi.. dan aku pernah la bertanya dengan kawan-kawan dari facebook macamana cara nak atasi masalah rambut gugur ni... terutama yang terlampau macam kategori aku kot kan...
ada kawan-kawan yang baik hati sudi la kongsikan semua petua yang mereka ada untuk mengatasi masalah rambut gugur... aku suka sangat terutama yang bagi panduan secara tradisional melalui bahan yang ada disekitar kita kan... antara yang dikongsikan kawan-kawan adalah...
status di facebook aku |
Petua untuk atasi rambut gugur
1. Guna pati santan kelapa dan lumur pada kepala. Tutup dengan tuala dan biarkan semalam kemudian bilas.
2. Tumbuk daun bunga raya putih dicampur dengan pokok alovera (lidah buaya) sampai lumat dan sapu pada kulit kepala. Tutup dan biar sama je macam petua no. 1.
3. Ramas daun bunga raya di dalam air dan sapu masa nak mandi. Kemudian bilas.
4. Sapu minyak kelapa dara selepas mandi.
banyak jugak petua yang dikongsikan kawan-kawan ni... aku cuba yang no. 3 tu je... tu pun sebab pokok bunga raya je yang hidup subur kat tanah di rumah aku ni... dan memang sejuk je kepala.. tapi jenuh la pulak bila setiap kali nak mandi nak gi memetik daun bunga raya tu... aku dah la memang jenis malas keluar rumah kan... hahaha.. penyudahnya buat sekerat jalan je la... tapi alhamdulillah akhirnya aku jumpa tips yang sangat bagus dan paling mudah untuk dibuat akhirnya... nak tau apa? haaa.. meh terus baca...
Tips untuk atasi rambut gugur
Tyzara Shampoo
tips yang aku gunakan adalah guna syampu yang sedia ada je ni haaa... Tyzara Syampu atau Tyzara Shampoo... umpama pucuk dicita ulam mendatang bila dapat menggunakan Tyzara Syampu untuk masalah rambut gugur yang selama ni melanda kan... bila pulak dah baca apa yang tertulis di botol Tyzara Syampu ni lagi la aku rasa teruja nak cuba... meh tengok gambar...
Tyzara Syampu |
nampak tak apa fungsi Tyzara Syampu yang tertulis tu? |
ok aku pusing... nampak jelas tak? cuba zoom.. |
nampak tak apa yang boleh diatasi dengan hanya menggunakan satu botol syampu je... haa... maunya tak teruja nak cuba kan? dan kalau nak tau masa kali pertama je cuba aku dah rasa ... peh... macam tak nak basuh je rambut lepas syampu... hahaha... nak tau kenapa? pasal sejuk je rasa kulit kepala tau... aku memula ambik sikit je dalam saiz 50 sen dulu kat tapak tangan... bukan 50 sen sekarang tau.. kecik benor tu...
sesejuk warna birunya di kulit kepala ...nyaman je... |
pastu aku pun gosok perlahan je kat rambut sambil urut-urut kulit kepala... pastikan korang dah basahkan kulit kepala dan rambut masa nak sapu ni tau... sebab Tyzara Syampu ni tak banyak buih... haaa... ni lagi aku suka.. aku kan suka perap sekejap syampu kat rambut... takde la lama mana pun... ada la seminit dua... kalau lama mau berperang askar kat luar yang mengetuk bertanyakan khabar... hehehe...
biasa kalau syampu biasa yang ada banyak buih tu kan kalau ko perap lama sikit mula la meleleh je buih dia kan... haaa... pastu mula la mata ko pedih dan melilau nak cari mana tombol paip... haa.. siapa selalu kena macam aku? eleh... tak pernah konon... tak nak mengaku la tu... aku memang selalu la kena gini... pastu lepas guna Tyzara ni takdelah masalah gitu pasal dia tak banyak buih... lega kan....?
dan untuk korang yang kerap pakai tudung tu mesti selalu rasa gatal je kulit kepala sebab pemakaian tudung yang lama kan? lelagi la kalau tempat yang memang panas dan berpeluh... aku rasa korang tu semua patut cuba Tyzara Syampu ni... amatlah sesuai... eh lupa pulak nak bagitau... bau dia pun sedap je tau...kalau terperap dalam tudung tak bau hapak tau...
awal-awal penggunaan aku cuba ikut macam yang dicadangkan iaitu 2 kali sehari penggunaan.... dan hasilnya setelah 2 minggu aku guna... alhamdulillah masalah rambut gugur dengan banyaknya aritu dah berkurang sangat-sangat... lega wei... dan sekarang ni aku cuma gunakan sekali sehari je untuk maintain... hahaha... sayang wei... dan pada aku yang agak 'rajin' ni kehadiran Tyzara Syampu ni memang la penyelamat dari guna petua yang agak remeh macam kat atas tu haaa...
kalau korang rasa nak cuba Tyzara Syampu ni dan nak rasa kesannya macam yang aku cuba boleh je korang contact terus dengan nombor ni... khas untuk pembaca blog Cerita Ita je tau...
TZ "rozita" ke 0124430338 - untuk dapatkan harga promosi.
cepat tau sementara promosi masih ada... dan kalau nak baca lebih lanjut pasal Tyzara Syampu boleh jugak rujuk di SINI dan di SINI... ok terima kasih sudi membaca...
Info lengkap.... terbaik laaa...
BalasPadamtQ kak. Nak try laa shampoo tu
tq sudi baca nina... cuba la... berbaloi tau...
Padamsiapbada tips..tq kak
Padamsesama umminani...
PadamBagus ada anti hair loss boleh cuba nanti
BalasPadamaah cuba la..bagus sangat...kesan seawal sehari tau..
Padamtips yang berguna. tapi tkdak pula bunga raya .. rmbut ni gugur lepas cecah 25thn . stress mybe
BalasPadamapa susah try je syampu Tyzara ni lisa.. gerenti puashati..
Padam1st time dengar nama syampu ni Tyzara..untuk rambut gugur je, ek..kalau rambut beruban, boleh tak..hihi..
BalasPadamooo... taktau pulak ye... cer try whatsapp kat no atas tu fieza..
PadamKann.. bila rmbut gugur ni rasa x yakin je
BalasPadamsangat tak yakin tau...
Padamramainya follower dan blog viewer.... congrat..
BalasPadamtq... :)
PadamBest sangat syampu ni..sejuk je dekat kepala..
BalasPadamkan nad...akak pun suka sangat..
Padam