Kakak Husna tak berjaya! - Cerita Ita                                                             Kakak Husna tak berjaya! Langkau ke kandungan utama

Kakak Husna tak berjaya!

assalamualaikum semua,

berita ni aku dapat minggu lepas sebenarnya... tapi nak kongsi dengan korang asyik la tak sempat.. banyak betul perkara kena buat dari minggu lepas lagi... jadi serabut pulak rasanya hidup aku tetiba... haha.. macam la banyak sangat kan? ok aku nak cerita pasal kisah kakak husna tak berjaya tu sebenarnya...

suka gambar ni.. dua-dua kesayangan hamba!


macam ni ceritanya... tahun depan kan kakak husna dah masuk 6 tahun kan.. walaupun umur dia cuma akan genap enam tahun bila sampai pertengahan bulan 12 tapi dia tetap dikira masuk 6 tahun jugaklah kan.. dan maknanya kakak husna dan 2 tahun berada kat PASTI yang sama.. mungkin pada setengah orang ok je kot... silibus PASTI kan ok.. 

ye aku tak nafikan ok.. silibus PASTI sangat ok dan cikgu-cikgunya pun sangat bagus... banyak surah dah kakak husna hafal pun setakat ni.. dan aku sangat berpuashati dengan layanan cikgu-cikgu terhadap anak-anak.. takde satu pun yang tak ok tentang tu... 

tapi cuma satu je la masalah aku sejak dari awal lagi kakak husna duduk katr sekolah tu.. dari tahun lepas lagi ok.. masalah KUTU!... ada aku cerita kisah KUTU ni dulu.. menyeramkan dan kisah seram tu dah jadi macam episod yang dah tak berapa seram sangat dan sangat menjengkelkan bila kau kena buat rutin sikat dan cari telur kutu di kepala anak kau hampir setiap hari ok... SETIAP HARI!

aku part ni aku rasa aku dah memang give up.. bosan dengan ibubapa yang sangat tak ambik berat kebersihan kepala anak masing-masing.. so jalan keluar dia adalah aku kena cari sekolah baru untuk kakak husna... aku nekad.. dan bila tanya kakak husna pun dia ok.. dan lagi suka gila nak tukar sekolah baru.. sampai hari-hari tanya aku bila boleh pergi sekolah baru ni..

dan dengan azam baru ni la awal-awal lagi bila iklan PRA Sekolah keluar aku terus je pergi sekolah dan ambik borang.. dan isi-isi terus je hantar... laju gila kan respon.. ye la kononnya nak cari penyelesaian terbaik untuk anak... tapi tiba-tiba... keputusan yang kami terima minggu lepas tu sangat mengecewakan... sedih gila tau aku... memang frust menonggeng la... kami terima keputusan yang kakak husna tak berjaya masuk ke pra sekolah!

keputusan permohonan kakak


ambik! macam terpukul tau aku rasa kat muka ni.. macam kena lempang... terduduk terus.. alamak.. nak hantar kakak husna ke mana ni? pendaftaran ke PASTI dan tutup pun.dan kalau ada pun lagi kena hantar PASTI  yang agak jauh dari tempat tinggal kami... aku aku buntu terus ok.. kalau tau jadi gini aku buat plan lain.. Allah.. terus takde mood nak buat apa-apa pun... cuba la korang bayang kena keadaan macam aku ni.. anak tu pulak dah hari-hari macam berlagu "yang ni sekolah saya esok nanti... bila saya nak sekolah sini?... " korang rasa apa aku rasa... lemah wei satu badan...

dan aku cuba tanya kawan-kawan.. ada kawan-kawan kata dia memang tengok pendapatan.. aduh.. terus aku cakap nape tak letak je dalam iklan pendapatan sekian-sekian tak yah la mintak memang tak kan dapat kan senang... ok jangan marah bagi yang terlibat ok... tu fikiran aku masa tengah emosi...

dan aku akhirnya terfikir gi je la sekolah tu esok tanya kot-kot boleh jugak selit nama kakak husna melalui rayuan ke apa kan? dan... nanti aku sambung part rayuan ni ye.. aku nak balik rumah dulu jumpa anak-anak syurga aku yang sangat comel... hehehe..bye...

update : sambungan di entri Rayuan Ke Pra Sekolah





Ulasan

  1. alahai Ita, anak saya dulu pun ada kisah terjangkit kutu ni tau! Jenuh nak sikat dan mencari setiap hari. Asal malam jer, kerja2 mencari kena buat..letih! sekarang dah ok, mereka pun dah besar.

    kasihan kakak Husna tu ya dah tak boleh masuk Pra pulak. anak saya yg ke-2 dulu pun kena tolak juga sebab terlewat daftar. nak tunggu, calon menunggunya pun dah berderet, last sekali saya masukkan ke tadika islam saja.

    Cari alternatif lainlah Ita. Daftar ke tadika swasta ke...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat