assalamualaikum semua,
kami masih di Kuala Lumpur dan berulang alik ke HUKM hari ni.. alhamdulillah walau banyak dugaan, tapi banyak jugak urusan yang dipermudahkan.. dan hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami mengunjungi Menara Kuala Lumpur yang merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur..
Menara Kuala Lumpur |
sebenarnya perjalanan kami lebih pada perjalanan yang tak dirancang.. kami keluar dari hospital dah agak lewat dalam jam 9 malam macam tu.. biasalah berat hati nak tinggalkan mak dengan abah sendiri tiap hari..
2 bangunan menarik di Kuala Lumpur, Kl Tower dan KLCC |
dan bila sampai di Jalan Kuching, permandangan seperti atas ni sangat menggamit hati kami untuk mengunjungi tempat menarik ni.. tambahan pula sinaran lampu Menara Kuala Lumpur ni menggelip-gelip dari jauh berubah menjadi berbagai warna.. sudah cukup untuk buat mulut anak-anak menyebut.. "bestnya kalau dapat pergi situ kan.."
dan akhirnya kami di sini |
lemah pulak bila dengar anak-anak berbunyi.. lagi pulak bila memikir pengorbanan anak-anak bangun dan mandi awal pagi setiap hari dan kami bawa mereka ke tempat yang tiada hiburan macam HUKM tu.. mujurlah anak-anak tak banyak ragam dan sangat memahami.. jadi aku fikir tak salah rasanya kami bagi ganjaran sikit atas kerjasama anak-anak tu..
tapi malang sikit sebab masa kami sampai dan dekat jam 10 malam.. yang menandakan masa beroperasinya Menara KL ni tamat.. jadinya kami cuma berpeluang berjalan-jalan dan meninjau apa tarikan yang ada di sini..
banyak jugak tempat menarik sebenarnya di sekitar menara ni.. antaranya XD Theater, Rumah Terbalik, Mini Zoo..dan jugak ada Sky Box serta Sky Deck.. ada jugak tempat untuk mencuba stimulasi membawa kereta lumba formula one F1 di sini..tak sangka aku sebenarnya sebab kali terakhir aku ke sini adalah pada tahun 1998 iaitu tahun-tahun awal pembukaan KL Tower ni dulu.. masa tu tiket pun murah lagi..
sekarang ni harga tiket adalah seperti jadual kat bawah ni..
rasanya masih berbaloi kalau ambik pakej untuk satu keluarga, boleh jimat RM11 untuk satu keluarga.. cukup setakat ni dulu nanti aku akan ceritakan pengalaman lain kami di sini ye.. kalau sesiapa teringin nak tengok video menarik kami kat sini aritu boleh tengok live video yang aku rakamkan di Facebook aku ok..sampai jumpa lagi..
sekarang ni harga tiket adalah seperti jadual kat bawah ni..
harga tiket Menara Kuala Lumpur |
rasanya masih berbaloi kalau ambik pakej untuk satu keluarga, boleh jimat RM11 untuk satu keluarga.. cukup setakat ni dulu nanti aku akan ceritakan pengalaman lain kami di sini ye.. kalau sesiapa teringin nak tengok video menarik kami kat sini aritu boleh tengok live video yang aku rakamkan di Facebook aku ok..sampai jumpa lagi..
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.