Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya? - Cerita Ita                                                             Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya? Langkau ke kandungan utama

Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya?

assalamualaikum semua,

semalam kami ke sekolah atas jemputan dari sekolah untuk hadiri taklimat LINUS untuk ibubapa oleh pihak sekolah.. taklimat disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan sendiri dan juga dari pihak sekolah.. aku amat suka dan bersemangat nak pergi ke taklimat ni sebab sejak program LINUS diperkenalkan kami langsung tak tau apa pengisiannya secara detail..

Taklimat program LINUS di sekolah


dan berpeluang pergi ke majlis macam ni peluang untuk aku kutip ilmu sebanyak mungkin mengenai LINUS.. bagi ibu bapa yang baru je ada pengalaman anak-anak menempuh alam persekolahan memang patut ada pengetahuan pasal LINUS ni.. sekolah zaman sekarang ni bukan zaman macam aku atau shah bersekolah dulu.. tahun 80-90an.. zaman dulu tak ke sekolah tadika pun masih takpe je masuk ke sekolah rendah.. tapi zaman sekarang ni kalau anak-anak masuk sekolah tanpa pengetahuan asas, anak-anak akan jauh terpinggir.. sangat berbeza..

jadinya ibubapa kena ambik peranan untuk kebajikan anak di masa hadapan.. sekurang-kurangnya membantu anak-anak supaya ada bekalana ilmu untuk masa hadapan mereka nanti.. dalam Islam pun ada tekankan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak.

disebabkan kesedaran ni jugak kami nak sangat hadiri program sekolah yang macam ni.. dan syukur sangat dengan hadiri program macam ni akhirnya kami kenal apa itu LINUS sebenarnya.. selama ni cuma tau sebut je tapi satu pun tak faham terutama kaedah LINUS ni dijalankan.. ok aku kongsikan dari nota yang aku salin je la ye.. kalau tak faham atau ada kefahaman yang salah mintak dibetulkan.. ok..

APA ITU LINUS?


LINUS sebenarnya ialah singkatan pada perkataan Literasi dan Numerasi dan ianya adalah lebih kepada Saringan Literasi dan Numerasi. Saringan ini dijalankan kepada murid-murid di sekolah rendah dari tahun 1 hingga ke tahun 3. Dan ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu membaca dan mengira.

Kenapa LINUS ni dipanggil saringan walau bentuk kaedah yang dijalankan adalah lebih kepada ujian dan peperiksaan? 


Ianya kerana ujian yang dijalankan adalah dengan bimbingan dari guru dan murid tidak dibiarkan melalui ujian tanpa bimbingan guru.


Apa yang terkandung dalam Literasi?


Literasi terbahagi kepada 2 iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Murid diuji keupayaan membaca dan menulis ayat mudah dan juga ayat majmuk. Modul mudahnya mengikut gambar di bawah ni.. 

modul literasi LINUS


Apa yang terkandung dalam Numerasi?


Numerasi hanya ada satu iaitu murid diuji keupayaan menyelesaikan asas matematik. Modul mudahnya mengikut gambar di bawah ni..

modul numerasi LINUS


Bagaimana keupayaan murid diukur?


Terdapat 12 konstruk yang menjadi penanda aras bagi mengukur kemampuan dan keupayaan murid.
Jika berdasarkan Literasi, murid yang tidak berupaya melepasi konstruk 1 dan 2 akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimana nak faham Konstruk ni adalah mengikut jadual di bawah ni..

konstruk Literasi LINUS


konstruk 1 tu lebih kepada mengenal huruf asas dan konstruk 2 tu membaca suku kata terbuka contohnya ba ju.. bu ku.. na ma.. 

dan  ini pula panduan bagi Numerasi.. menurut pegawai tu ramai murid yang lemah dalam pengiraan duit syiling.. diakui la anak-anak aku pun aku tak biasakan kira duit syiling..

Konstruk Numerasi LINUS

Apa yang terjadi bila anak dirujuk kepada doktor?


Ibubapa tak perlu risau jika anak-anak dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana belum tentu anak-anak kita bermasalah lagi sebenarnya. Apabila anak-anak tidak melepasi konstruk 1 dan 2, makanya anak-anak akan dirujuk kepada doktor, tetapi proses ini memerlukan persetujuan dari ibu bapa kalau takde persetujuan maka tak dapat proses selanjutnya diteruskan. Jika ada persetujuan dari ibubapa serta dokumen sokongan barulah akan diteruskan dengan temujanji dengan doktor. Jika pemeriksaan mendapati sah barulah data dikeluarkan dan murid dimasukkan ke dalam kelas pemulihan atau kelas pendidikan khas. Jika pemeriksaan doktor tidak dapat mengesahkan ketidakupayaan murid maka murid masih lagi layak diterima masuk di aliran perdana iaitu kelas biasa.

aku agak berpuashati la dengan penyampaian taklimat dari En Syamsul Anuar bin Yusoff, Pegawai FasiLinus dari PPD Kuantan ni.. sangat terang dan jelas sekali penerangan beliau.. dan sedikit sebanyak kami ibu bapa dapat banyak pengetahuan dan pendedahan mengenai program LINUS ni sebenarnya.. walaupun semalam kami diuji dalam ujian lebat dan tempias ke dewan terbuka sekolah nampaknya berbaloi la pengorbanan menunggu sampai habis majlis.. terima kasih banyak-banyak atas jasa tuan dan pihak sekolah terutamanya..

kalau ikutkan statistik yang diberi di sekolah abg ngah ni, ada lebih kurang 202 pelajar tahun 1 yang terlibat dalam program saringan LINUS yang dijalankan 2 kali setahun atau lebih tepat lagi 6 bulan sekali.. kalau dulu pun abg long terlibat program ni semasa abg long berada di tahun 1 dan alhamdulillah program sebegini la yang aku nampak banyak merubah abg long menjadi lebih baik.. syabas Kementerian Pendidikan Malaysia!

gambar modul dan konstruk sumbangan dari Sumber.




Ulasan

  1. this is so interesting. thanks for the useful information

    BalasPadam
  2. Sedikit sebanyak membuka minda dan pengetahuann untuk Program Linus ini

    BalasPadam
  3. Hakak tak de anak kecik lagi Ta.....Tunggulah cucu pulak. Zaman tu bukan Linus lagi kot haha....kotnya Luslus ka haha

    BalasPadam
  4. ooo.. barulah faham.. seksanya pk budak2 zmn skrg bljr

    BalasPadam
  5. Apakah adil bg murid tahun 1 dan tahun 2 di adili oleh linus.. sedang mereka baru shj mengenal alam persekolahan?..
    Setiap individu mempunyai perkembangan yg berbeza.. ade yg cepat dan ade yg lambat.. sesetengah murid hanya dpt membaca menulis bila usia capai 9 10 tahun...

    BalasPadam
  6. Terima kasih info..baru tahu:)

    http://sweetniena.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...