Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger - Cerita Ita                                                             Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger Langkau ke kandungan utama

Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger

assalamualaikum semua, hari ni aku nak buat review paling istimewa buat insan yang teristimewa.. tak lain tak bukan buat seorang sahabat Blogger Mamapipie yang aku kenal sejak dari zaman persekolahan dulu.. bukanlah zaman berhingus tapi zaman selebet.. hahaha.. zaman aku bersekolah menengah dulu memang agak selebet ok.. pakai tudung yang dibuat sendiri menggunakkan kain bajet je masa tu.. hehehe.. kenangan betul.. tapi sahabat aku ni memang seorang yang patut aku kenal kerana Blogger Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger pada awalnya dulu..

Mamapipie yang membawaku ke dunia blogger


dulu-dulu kami ni jenis ada blog sorang satu.. ye la masing-masing duduk jauh dari kawan kan? ada kawan baru jugak memasing masa tu tapi tetap tak sama dengan kawan yang kau dah kenal dan duduk sebumbung dan kadangkala makan bersama dan tidur bersama.. lain tau perasaannya.. jadi bila dah berpisah masing-masing ada tulis blog untuk update cerita kehidupan masing-masing.. masa ni dalam tahun 2006-2008 la macam tu.. masa tu kami menulis di platform Friendster.. dulu-dulu facebook dan blogger ni tak berapa popular sangat.. tapi dah sibuk la orang buat.. kami dulu banyak menulis di Friendster.. rugi aku tak salin semua yang aku tulis di friendster tu termasuk kisah kelahiran abg long dulu..

eh berbalik kisah blogger Mamapipie ni.. Mamapipie atau lebih dikenali sebagai Adda dah mula aktif menulis di blogspot.. dan mula ajak aku menulis di blogger ni.. buktinya aku ada letak post pertama dalam blog aku ni pada tahun 2008.. masa tu Adda dan menulis secara aktif tau.. dia dah punya ramai follower pun masa pun.. hebat tak hebat kawan aku ni? memang aku kagum la masa tu.. tapi nasib baik jugak la Adda ajak aku berhijrah.. dapatlah aku meneruskan minat menulis setelah frienster ditutup dulu.. aku dan kawan-kawan lain masih la terkial-kial lagi masa tu nak kenal apa dia blogspot tapi dia dah maju ke hadapan wei.. sesuai sangat la dengan ijazah yang Adda pegang.. Adda ni ada kelulusan dalam bidang IT dan sedang bekerja dengan syarikat pencetakan di bawah Karangkraf.. 

pertemuan 2 sahabat setelah 20 tahun lamanya terpisah


sejak bertahun lamanya Adda berblog akhirnya Adda buat keputusan untuk ada domainnya sendiri tahun ni dengan nama mamapipie.com.. tahniah Adda.. aku kagum sangat dengan kerajinan Adda dari segi blogwalking ke blog kawan-kawan ok.. boleh nampak di mana-mana saja ada komen Adda dan ramai pun yang kenal dia ni.. kalau tak hebat takkan iklan Innity nak bertapak di blog dia kan.. 

Adda dan keluarga bahagianya


mempunyai kerjaya serta keluarga bahagia yang terdiri dari suami dan anaknya Syafi tak pernah menghalang minat kawan aku ni berblog tau.. dalam kesibukan harian dia memang tak akan miss mengunjungi blog kawan-kawan yang lain.. rindu la zaman kita jalan blog kawan-kawan sekolah dulu kan adda...

untuk korang yang masih tertanya-tanya apa rahsia blogger hebat ni boleh la tengok blog, fb dan ig Adda.. tapi aku pasti la kalau korang blogger tegar tentunya korang kenal siapa dia ni..




Buat Adda, terima kasih sudi mengenalkan aku dengan blogspot dan sudi mengajar aku dari awal dulu.. semoga persahabatan kita kekal sampai Jannah ya kawan.. 

Ulasan

  1. Wah ita, penat aku Cari gambar jejak kasih Kita Tu. Ko simpan lagi ye. Nak save laa.. sebenarnya aku dah lupa APA yg ditulis Dalam friends there Kita dulu. Best juga kan kalau boleh buka balik friendster lama Kita. Seronok Dan bahagia sangat aku aka kawan macam ko Dari zaman selebet hingga sekarang kan

    BalasPadam
  2. Br kenal k adda dgn lbh dkt. Sblm.ni dr blog je

    BalasPadam
  3. Lamanya korang kenal.. harap ukhuwah korang dan kita semua berpanjangan lah sampai bila-bila ya Ita..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...