assalamualaikum semua, aku dah lama tau nak terfikir nak cari hadiah untuk hari lahir.. sebab kami bukan selalu pun meraikan hari lahir sesiapa kat dalam rumah kami ni.. kecuali hari lahir anak-anak.. itu pun secara sederhana je selalunya.. setakat potong-potong kek dan ajak makan-makan.. selalu jugak terfikir nak bagi hadiah tapi soalan yang selalu bermain ialah apa yang best untuk Birthday Gifts? haa.. cer cuba korang jawabkan soalan ni? apa yang menarik sebagai hadiah hari lahir? tetiba ada pulak kawan yang suruh tengok dekat Printcious.. katanya ada banyak pilihan..
Apa yang best untuk Birthday Gift? |
bila ada yang tanya soalan macam ni mesti terus terbayang nak bagi untuk siapa kan? nak bagi pada orang lelaki ke pada orang perempuan.. nak bagi pada orang muda ke atau nak bagi pada orang tua.. atau birthday gift atau hadiah tu nak bagi pada kanak-kanak? tapi kan.. aku yang memula tak terfikir nak cari hadiah ni bila tengok je Printcious terus terfikir nak cari hadiah harijadi untuk semua orang dalam rumah ni la pulak.. hahaha.. dasar perempuan ek.. sabo je la..
mesti korang pelik nape aku sampai terfikir macam tu kan? maunya tak terfikir.. bila tengok je laman web dia yang ada macam-macam pilihan yang cantik dan menarik untuk dijadikan hadiah.. siap ada yang boleh kita buat DIY tau.. ikutlah nak letak design apa kat hadiah tu.. part ni yang best sangat.. aku memang suka la kalau buat DIY ni.. sebabnya cuma ada satu je dan unik, tak sama dengan orang lain.. meh la kita tengok apa je yang ada kat Printcious ni.. ada banyak pilihan tau.. dia dah siap ada cadangan pulak tu ikut kategori yang kita nak cari.. macam aku nak cari Birthday Gift Ideas..
Gift Ideas di Printcious |
aku dah berangan tau.. masa pilih-pilih tu aku nak tempah satu hadiah untuk Shah.. kebetulan pulak dia tengah buat bisnes pau dan susu segar dia kan sekarang ni.. sesuai sangat kalau aku bagi hadiah tu sebagai hadiah harijadi tahun ni.. semoga dengan adanya hadiah tu akan menyuntik lebih semangat untuk Shah nanti.. apa hadiahnya tu? eh.. yang tu rahsia dulu ya.. aku cerita kemudian la.. tak suprise la kalau dah bagitau.. tapi yang pentingnya bila aku terfikir nak cari hadiah untuk shah ni, Printcious dah ada senarai pilihan best birthday gifts for husband.. best betul la.. senang kerja!
haa.. dah ada best birthday gifts for husband in Malaysia ni.. tinggal pilih je nak yang mana.. |
sekali kan.. bila selak-selak pulak yang lain boleh pulak terfikir kalau tahun ni aku bagi hadiah birthday kat anak-anak ok jugak kan.. bagi sesuatu yang boleh mereka ingat sampai bebila.. selain dari bagi mainan yang biasanya hancur tak boleh nak dikenang dah.. jadi aku cuba la cari pulak idea untuk birthday gifts untuk kanak-kanak... dan tengoklah apa aku dapat..
Best birthday gifts idea for guys and girls |
yang ni baru senarai pendek je tau... ada banyak lagi pilihan.. mehlah aku senaraikan sambil tunjuk contoh gambar besar dia.. lagi best macam tu kan..
Apa yang best untuk birthday gifts?
1. T-shirt
T-shirt |
ini bukan t-shirt biasa tau.. tapi DIY t-shirt.. yang korang boleh letak apa gambar yang korang nak atau letak tulisan - DIA SUAMIKU - pun boleh.. hahaha..
2. Cushion / Throw pillows
Cushion / Throw pillows |
haa.. yang ni aku kenan sangat kalau bagi kat anak-anak perempuan.. kakak paling suka la benda macam ni.. lelagi kalau boleh tulis nama dia atau letak gambar dia kan.. princess sangat..
3. Mug
Mug |
Mug ni cantik tau.. ada 2 jenis.. dua-dua korang boleh edit nak letak gambar atau tulisan tapi yang satu lagi tu dia magic mug.. ala.. yang boleh berubah kalau kita letak air panas dan jadi warna lain pulak bila air dah sejuk.. anak-anak aku suka sangat la.. pastu boleh ajar memasing supaya jaga mug memasing termasuk basuh dan simpan semula elok-elok lepas guna kan.. memasing dah besar.. sesuai sangat la..
4. Mousepad
Mousepad |
Siapa rajin guna komputer kat sini? kalau tanya family kami kat rumah ni.. memang aku la yang terpaling rajin guna.. jadi boleh la nak hadiahkan mousepad sebagai birthday gifts untuk diri sendiri ye tak? hahaha.. kira aci la kan..
5. Lukisan Kanvas
Lukisan Kanvas |
Lukisan kanvas atau canvas painting.. eh.. aku suka sangat tau yang ni.. dulu ada tempah sekali yang gambar keluarga reramai.. cantik sangat.. dan aku suka la kalau ada yang bagi lepas tu boleh buat hiasan kat meja atau kat rumah kan.. kalau anak-anak yang dapat tentu mereka suruh gantung kat dinding nanti..
6. Ceramic Tile
Ceramic Tile |
Ceramic tile ni agak ganjil dan jarang sangat orang bagi untuk birthday gifts kan? tapi tak salah pun nak jadi unik dan lain dari yang lain.. yang ni kalau buat hiasan meja pun cantik ni..
7. Puzzle
puzzles |
Puzzles ni lagi best dan menarik aku rasa.. bayangkan kalau dapat hadiah macam ni dan bila bukak waktu sambutan hari lahir dan sesama ramai-ramai buat puzzles tu sampai siap.. wah best dan sangat meriah kan?
nampak tak? ada 7 yang aku berjaya senaraikan kat atas ni.. tapi ada yang lain lagi tau.. maka.. disebabkan banyak pilihan yang best, boleh DIY ikut design atau gambar yang kita nak dan harga yang berpatutan, jadinya aku dah sesiap masukkan Printcious dalam senarai aku wajib tengok kalau nak cari birthday gifts untuk harijadi orang penting dalam hidup aku lepas ni.. kalau korang nak cari best mug printing in Malaysia, jangan lupa tengok kat sini.. dan kalau korang ada berhajat nak buat sambutan hari lahir dan nak letakkan birthday photobooth, boleh jugak sewa kat sini tau.. haa.. jangan kata aku tak payung..
Ceritaita
Best kak ita buat dekat sni. Mcm² ada. Sy penah bt bantal. puas hati. Tp syg voucher yg 1 lg sy tak reedem.
BalasPadammrs pip suka buat fridge magnet tu ...
BalasPadamBanyak pilihan di PrintCious ni. Ana dh 3 kali tempah so far puas hati semua.
BalasPadamdah ada banyak koleksi bantal dari printcious
BalasPadamSemuanya best2 ingat nak belikan satu lah utk Syafi buat hadiah belated birthday dia
BalasPadamBanyak pilihan gift yg menarik dkt printcious ni kan k.ita
BalasPadamBest dapat design sendiri untuk orang tersayang kan Ita..
BalasPadam