Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 - Cerita Ita                                                             Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 Langkau ke kandungan utama

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

assalamualaikum semua, tetiba hari ni rasa nak join segmen pulak.. lama dah tak join segmen sekarang ni bila masa makin menghimpit.. terasa macam lelah pulak kadang-kadang dihimpit dengan rutin seharian.. tapi bila nampak ramai kawan-kawan join segmen Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 terasa hati nak join jugak.. jom kita tengok apa je syarat dia..


Hasrul Hassan
Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Segmen ini akan berlangsung bermula dari 24 April hingga 29 April 2018. Jadinya, ada tempoh selama 5 hari untuk rakan blogger menyertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 ini.


Syaratnya mudah sahaja.

  1. Mestilah blogger Malaysia dan ada blog yang aktif.
  2. Tulis sebuah post berkaitan segmen ini.
  3. Gunakan banner segmen ini dan muatkan dalam post tersebut.
  4. Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.
  5. Pastikan ada satu link yang menuju ke blog ini atau blog post ini.
  6. Dah siap, tinggalkan URL post segmen tersebut ke ruangan komen di bawah.
Kita dah baca semua syarat marilah kita penuhi kesemua syarat tu.. untung-untung tersenarai dalam bloglist tuan Hasrul Hassan nanti.. syarat nombor 1 tu ok insyaAllah masih layak.. aku belum lagi tercampak ke mana-mana negara selain Malaysia walau ada orang yang dah teringin nak campak kami ke atas Gunung Kinabalu.. #eh.. masalah dalaman tu.. abaikan saja ok.. hehehe.. insyaAllah masih aktif jugak walau kadang-kadang dah tercampak ke laut dalam..

syarat kedua.. ni haa..  tengah gigih buat post ni.. syarat ketiga dah selamat aku letak lepas perenggan pertama.. syarat keempat pulak suruh senaraikan 5 aktiviti yang akan aku buat pada bulan Ramadan.. kira macam azam la ni.. ok jom senarai... pastikan korang baca ok.. kalau tak penat je aku tulis ni haa..


5 Aktiviti yang akan dilakukan pada bulan Ramadan nanti:


1. Aku akan cuba latih kakak Husna untuk berpuasa tahun ni memandangkan usia kakak Husna yang akan masuk 7 tahun pada tahun ni.. kira kena gigih latih anak berpuasa la ni.. harap akan berjaya jugak macam abg ngah tahun lepas.. dan nak bawak anak-anak ke terawih yang mana setiap tahun masih gagal..

2. Aku semangat nak masak semua masakan yang anak-anak gemar waktu berbuka terutamanya untuk yang baru belajar berpuasa tu nanti.. harapnya Allah beri kekuatan la untuk aku tahun ni.. selalunya awal-awal tu semangat tapi bila dah hujung-hujung tu macam sedih je dah semangat aku yang tinggal..

3. Nak baca al-quran sampai khatam.. yang ni biasanya awal-awal tu aku semangat tapi bila dah hujung-hujung Ramadan selalu ada je kekangan.. harapnya dapat khatam la tahun ni.. insyaAllah.. kau boleh ita!

4. Nak bantu shah meniaga dalam bulan Ramadan ni.. ini kali pertama dia nak meniaga.. kali ni cadangnya shah nak jual air kelapa laut pulak.. kami nak cuba rezeki menjual air pulak dalam bulan Ramadan.. semoga Allah perluaskan rezeki buat suamiku ini.. amin..

5. Aku letakkan matlamat sekurang-kurangnya nak buat 5 jenis kuih raya tahun ni.. yang ni memang mesti buat la.. sebab setiap tahun waktu buat kuih raya adalah waktu kami mengeratkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.. setiap orang akan diberi tugasan termasuk tugasan tukang makan je setiap kali sampai susut dah stok kuih yang ada.. semoga tahun ni kami berjaya tahan nafsu tak makan kuih raya sebelum waktunya! .. eh tapi kan kuih raya makan waktu bulan puasa la yang seronok kan? hehehe.. siapa setuju?

ok.. kita dah ceritakan pasal aktiviti yang aku akan buat bulan ramadan nanti.. korang nak buat apa pulak? ada nak cerita jugak pergilah sertai segmen tuan HH kita ni.. nak sertai? klik banner kat atas tu je ya.. 

Ceritaita


Ulasan

  1. InsyaaAllah semoga azam iza tercapai hendaknya... kuatkan semangat sis... :)

    BalasPadam
  2. opss. sori ita... hehe... sori akak silap panggil...

    BalasPadam
  3. wahh semoga tercapai semua azam dan hasrat Ramadhan tahun ini amin :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...