Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan - Cerita Ita                                                             Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan Langkau ke kandungan utama

Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan

Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan

assalamualaikum semua, hari ni tetiba rasa nak tulis pasal kenangan tempat lama.. patut tulis lama dah tapi tiap kali nak tulis rasa sebak.. terus tak jadi nak tulis.. haha.. dan semalam aku belek gambar dalam hp baru sedar belum tulis lagi kisah awal bulan Julai walaupun dah sampai penghujung bulan Julai ni haa.. lambat betul la kau ni ita.. huhu.. tapi takpe kan.. apa pun kita kena tulis jugak kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan ni sebagai kenangan terindah yang akan jadi ingatan sampai bila-bila nanti.. 

Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan


buat orang yang dah selalu berpindah tempat bertugas mungkin tak rasa sangat kot perubahan setiap tempat tu tapi buat aku yang cuma ada beberapa je tempat bertugas di sepanjang kerjaya ni akan rasa la kesedihan meninggalkan tempat kita mencari rezeki terutama untuk jangkamasa yang agak panjang.. 

meh la aku cerita sikit sejarah kerjaya aku sebelum ni.. masa awal aku tamat pengajian di UPM dulu.. ada jugaklah aku ceritakan pasal zaman belajar dulu kat SINI.. aku mula cari kerja.. ada hantar permohonan ke SPA dan beberapa syarikat lain.. masa tu dapat satu temuduga di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk isi kekosongan sebagai Pembantu Penyelidik.. disebabkan jawatan tu kontrak yang beri gaji harian dan bermacam masalah pada masa tu,  aku terpaksa tolak.. tak tau pulak rupanya memang berjodoh dengan IMR ni rupanya.. akhirnya aku ke sini jugak walaupun bukan sebagai Pembantu Penyelidik.. 

selepas tu aku dapat tawaran kerja di sebuah ladang ayam baka di area Batu Ampat, Melaka.. agak mencabar kat sini sebab ladangnya jauh ke pendalaman dan tak ramai pekerja tempatan pun kat ladang ni.. posisi aku masa ni ialah Pegawai Veterinar ataupun kami panggil farm vet.. susah tau.. dengan masalah komunikasi,  masalah tempat tinggal dan masalah pengangkutan.. akhirnya aku terpaksa tarik diri selepas sebulan.. 

walau cuma sebulan kat situ,  sempatlah ada kenangan jugak.. ada satu malam tu diorang ajak aku keluar makan kat kampung depan ladang tu.. jauh jugak la jalan lalu denai kecik dan belukar.. kalau difikirkan ntah kenapalah aku berani sangat nak pergi masa tu ntah.. tapi hati memang rasa yang semua pekerja tu takde niat jahat pun.. oh lupa nak bagitau.. yang pekerja kat sini kebanyakkannya orang vietnam dan bangladesh.. bukan calang-calang orangnya.. ada antaranya yang boleh berbahasa inggeris dan pernah belajar di universiti tapi disebabkan kesempitan hidup kebanyakkannya tak dapat nak sambung belajar dan terpaksa merantau mencari kerja.. 

kita sambung cerita.. malam tu diorang semua lelaki tapi sangat jaga aku tau.. diorang suruh aku jalan di tengah-tengah dengan diorang di depan dan belakang aku.. katanya kalau jadi apa-apa diorang ada.. dan alhamdulillah betul Allah pelihara aku malam tu.. diorang memang sangat baik.. siap ada yang bagi hadiah pada aku bila tau aku nak berhenti.. haha.. tak heran la kalau ada orang tempatan yang terpikat dengan warga asing macam diorang ni.. kat tempat kerja diorang sangat respek atau hormat dengan aku.. memang tak jumpa la kat tempat kerja lain cara diorang respek tu.. ini memang respek yang jujur.. dari segi kerja pun takde masalah.. tapi aku akui la aku mula rasa tak selesa sebab cuma aku je staff perempuan kat situ selain seorang kerani isteri pengurus yang selalu ada kat pejabat.. itu sebab utama aku berhenti.. 

lepas berhenti tu aku tak bekerja agak lama jugak.. kemudian ntah macamana dapat tawaran jadi 'farm vet' sekali lagi dengan satu ladang ayam baka jugak.. kuat jodoh dengan ayam jugak rupanya.. kat sini aku kerja agak lama.. jejak jugak la 2 tahun dengan bermacam pengalaman hidup.. belajar bawak kereta sendiri dengan jarak jauh.. siap langgar kereta orang dan tiang rumah lagi.. haha.. kenangan betul!  jumpa jodoh pun dekat sini jugak.. insyaAllah akan bahagia sepanjang hayat kami.. tapi masa aku berhenti tu macam tak berapa rasa sedih kot sebab masa tu sibuk nak urus pasal perkahwinan.. tak sempat agaknya nak rasa sedih.. hehe.. 

rezeki orang baru berkahwin agaknya,  akhirnya aku dapat tawaran kerja dengan kerajaan.. masa tu dahlah baru kahwin kena pulak berkursus sebulan di Kluang dan sebulan di Ipoh.. hidup tak tentu arah jugaklah masa ni.. dengan gaji tak dapat lagi.. lepas tu bila keluar keputusan penempatan aku kena hantar ke Makmal Veterinar Kawasan Kota Bharu di Kelantan.. terkedu masa dapat surat.. taktau nak suka ke nak nangis.. dah la masa tu aku dah tau yang aku mengandung anak pertama.. suami pulak nun jauh di Kuantan.. zaman tu bukan ada lebuhraya pantai timur macam sekarang ni.. sekejap je boleh sampai.. masa tu nak ke Kelantan dari Kuantan tu makan masa 6-7 jam la jugak perjalanan..

aku bertabah je duduk di Kota Bharu.. belajar banyak perkara baru,  baca slaid histologi setelah sekian lama.. belajar buat postmortem.. belajar buat ujian dengan PCR.. sampailah tiba-tiba ada perubahan besar-besaran dalam organisasi jabatan waktu tu.. banyak penempatan disusun semula jadi aku ambik peluang mintak tukar.. DAPAT! alhamdulillah sekali lagi rezeki anak yang baru lahir agaknya.. aku ditukarkan ke Kuantan pada usia abg long 2 bulan.. masa ni diorang ada buat majlis perpisahan jugak.. aku dapat tudung bawal sulam yang cantik yang masih aku guna sampai sekarang ni.. waktu ni rasa jugak sedih tapi sebab hati dah sampai dulu di Kuantan, sedih tu jadi tak ketara la.. 

Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan


tinggallah aku di Kuantan selama lebih 10 tahun.. bak kata Ketua Pengarah aku aritu... dah patut pindah dah ni..  huhu.. masin rupanya mulut beliau.. bukan tak pernah cuba dipindahkan, ada sekali dulu waktu ditawarkan kenaikkan pangkat.. aku ditawarkan berpindah ke Jerangau, Terengganu dalam keadaan aku sarat mengandung kakak husna.. aku terpaksa memohon ditempatkan dia Makmal Veterinar Kawasan Kuantan  jugak sebab ada kekosongan di situ.. semua tu sebab atas masalah keluarga yang susah aku nak ceritakan.. keadaan abg ngah yang berulang-alik ke hospital.. kakak husna yang dalam kandungan.. shah yang tentu tak dapat berpindah sama.. banyak la patut kami selesaikan jika aku tetap berpindah.. dan akhirnya aku berjaya kekal di makmal tanpa perlu berpindah.. 

tahun ini ditawarkan kenaikkan pangkat sekali lagi.. kali ini  perlu bergerak jauh dari keselesaan kami selama ni.. keselesaan semuanya.. baik rumah,  tempat kerja,  tempat meniaga,  sekolah anak-anak, balik jenguk orang tua... semuanya la.. banyak yang kami terpaksa korbankan.. dan majlis perpisahan kali ni amat syahdu aku rasakan.. mungkin ditambah dengan perasaan terpaksa meninggalkan rumah dan semuanya yang kami sayang di Kuantan tu agaknya.. 


Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan


bila diberitahu akan ada majlis dibuat untuk perpisahan aku.. tak tentu rasa masa tu.. agaknya macam ni la rasa kalau mereka yang nak bertukar atau bersara.. sebab tu tiap kali nak buat majlis macam ni untuk sesiapa yang bertukar atau bersara,  ada antaranya yang menolak.. baru aku tau apa rasanya ketika itu.. tak sampai hati nak tolak tapi tak kuat rasa kaki nak melangkah masuk ke majlis.. 






aku menangis sebelum bercakap pun.. hehehe.. maaflah.. memang sejenis manusia yang hati tisu.. memang sebak bila nak ungkapkan rasa terima kasih,  sayang dalam satu ucapan yang cuma beberapa minit untuk mereka yang pernah berkhidmat bersama selama lebih 10 tahun.. mereka yang laluinya je akan rasa.. betapa berat lidah nak mengungkapkan kata.. betapa berat mata nak memandang wajah-wajah rakan sekerja yang seumpama sahabat.. mereka la orang yang tau masalah aku baik di tempat kerja mau pun dalam keluarga.. 

terima kasih aku ucapkan sekali lagi.. walau sebenarnya tak terungkap dalam kata apa pun terima kasih yang nak aku luahkan.. aku sayang semuanya.. semua mereka ada waktu susah aku dulu.. waktu aku kena bekerja dalam keadaan cuma ada 2 orang pegawai veterinar walau sepatutnya ada 5 pegawai dalam carta organisasi.. dan ada kalanya cuma aku seorang.. dalam kesusahan belajar pasal pengurusan dan kewangan waktu aku kena tanggung kerja sebagai pengarah.. mereka la yang banyak membantu.. itu tak kira la zaman kami susah payah nak dapatkan sijil ISO 17025 dulu.. ramai sangat yang sama-sama berkorban waktu dan tenaga.. tak terluah rasa macamana aku hargai semuanya tu.. 





terima kasih jugak untuk masa-masa indah sepanjang aku ada kat sana dulu.. kenangan kita berkongsi apa sahaja yang ada di rumah.. baik hasil tanaman,  hasil memasak.. semuanya dikongsikan bersama.. ada je benda yang boleh dimakan atau dibawak balik untuk dimasak.. alhamdulillah..  terima kasih atas kemurahan hati kawan-kawan.. walaupun ada orang pandang tempat kerja kami dulu serba kekurangan tapi aku akui semangat setiakawan tak pernah berkurang antara kami.. tanya saja la sesiapa yang pernah berkhidmat di sini.. pasti bawa kenangan manis bersama..


Gambar ni aku nak frame nanti.. bukan senang nak dapat cukup semuanya..


dan sekarang ni aku memang tengah rindu moment memasak sama-sama dalam waktu rehat macam ni... makan sama-sama macam dulu.. itu antara kenangan terindah yang akan aku simpan.. terima kasih jugak buat hadiah perpisahan dan kenang-kenangan yang insyaAllah akan aku gunakan sebaiknya.. dan aku akui.. inilah kenangan di majlis perpisahan yang paling syahdu pernah aku lalui setakat ni.. terima kasih atas segalanya.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. bnyak perkara yg tak terungkap dengan kata2.. semoga success di tempat baru..

    BalasPadam
  2. a nice throwback session, ita.
    yg sebelum tu, maybe tak lama kot. tu yg kurang syahdu.
    perpisahan ni, is after 10 thn.
    sgt lama tu.
    aida sejenis yg tak suka kan majlis perpisahan utk aida.
    jabatan kami, tukar dept pun ada majlis tau.
    but tu tak sedih la.
    bila tukar negeri tu yg sedih :)

    BalasPadam
  3. Saya yangbaca pun sedih...jgn risau kak. Nabi pun berhijrah hehehe

    BalasPadam
  4. Semoga berjaya ditempat baru :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...