J alan-jalan Melaka dan Galeri Lebah Assalamualaikum semua, ini kisah tahun lepas. Kami ada sesi lawatan tak rasmi sambil ikut Shah punya majlis konvokesyen Giatmara Johor di UTEM Melaka ni. Masa tu dah awal-awal kami tempah homestay untuk duduk anak beranak. Kebetulan pulak adik aku yang bongsu nak ikut dan kami sarankan abah ikut sekali. Alhamdulillah abah selesa sangat dengan homestay yang kami duduk tu. Abah dah siap promosi kat adik beradik lain kalau nak duduk situ lagi nanti. Yang tu nantilah aku cerita. Lawatan ke Galeri Lebah Melaka Kali ni nak cerita kisah kami melawat ke Galeri Lebah Melaka ni sebenarnya. Ianya terletak di Ayer Keroh Melaka. Maaf kalau salah ya. Sama jalan dengan Zoo Melaka. Kiranya kalau nak ke Zoo Melaka tu akan jumpa galeri ni dululah. Ada Pelbagai Jenis Madu Dipamerkan Ada banyak madu dijual di sini. Kami pulak puaslah jugak cuba semua madu yang ada kat situ. Dia letak kat area pameran tapi ianya boleh dirasa oleh pengunjung. Tujuannya untuk dirasa sebel...
Cerita Ita
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.