Hakimi masuk wad! - Cerita Ita                                                             Hakimi masuk wad! Langkau ke kandungan utama

Hakimi masuk wad!







Kedua,

Hakimi masuk wad! 2 kali dalam masa 2 bulan! Apa lagi aku nak cakap selain letih. Yang pertama memula dia kena batuk je. Aku ingat macam batuk biasa je la. Lepas tu pagi jumaat 2/1 aku hantar dia macam biasa kat taska. Tetiba kul 10.30 pg cikgu dia sms kata dia makin teruk. Aku terus gi ambik dia, memang nafas dia makin dalam dan laju. Aku dah risau terus bawak gi klinik pesakit luar kuantan. Pastu dr kat situ suruh kami pegi x-ray kat hospital lak then ptg kang bawak x-ray datang sekali. Kami buat semua yang disuruh dan dtg semula petang tu. Dan akhirnya, hakimi kena admit ward hari tu jugak jam 6 ptg. Hari ini dalam sejarah sebab kami pegi hospital dari klinik pesakit luar naik ambulans yang alarm dia terpasang (pasal hari tu jem yang agak teruk kat kuantan). Sampai sekarang ni hakimi tak leh nampak ambulans walaupun lampu dia tak pasang mesti dia akan bunyi2 mulut..hehe.. dan aku pun terpaksa la ambik percutian 5 hari 5 malam kat hospital dan merayakan hari lahir aku kat hospital. Kalau korang nak tau, bosan tul aku! Sebabnya masuk hari kedua hakimi dah ok sikit. Oxigen tube dah leh cabut. Dia dah leh tidur lena, cuma kami yang tak leh nak lena sebab setiap malam ada baby yang masuk ward sebab kena demam tarik...kesian sangat aku tengok...bila siang lak hakimi lost control. Sampai semua nurse dah kenal muka dia, mana taknya dia akan ronda dari hujung sampai hujung ward tu..pening tul aku..letih..tapi aku tak kurus2 gak.. hakimi sepatutnya dah balik hari ketiga tu lagi tapi dr tak berani bagi balik sebab dia dengar peparu dia masih lagi berbunyi, yang peliknya bunyi tu akan ada bila pagi dan waktu dia tidur je..lastnya hari rabu tu kami dapat balik jugak akhirnya tapi kena dtg buat susulan sebulan lagi.

Sebulan lepas tu kami gi buat susulan lak. Sebenarnya hakimi dah kena simptom macam sebulan yang lepas pada 2/2 tu lagi tapi kami cuma bawak dia ke klinik swasta untuk ambik neb je. Lepas tu dia ok 3/2 check up yang patut dia pegi, jadi kami bawak dia pegi hospital lagi dan terus kena masuk wad sekali lagi. Tapi kali ni dia tak teruk sangat so dr cuma bagi neb 6 hourly je berbanding dengan masa masuk pertama dulu 4 hourly. masuk malam ketiga dr kata blood profile dia ada problem dia kata hakimi dehydrated. Pelik gak aku sebab aku rasa dia ok je, makan ok, minum ok. Last2 kena ambik blood sekali lagi. Kul 1.30 pagi masa aku tengah lena, kena kejut dgn dr sebab nak ambik darah hakimi. Tengah aku mamai2 nak angkat anak aku yang tengah tidur lena, dr tu datang lagi dan kali ni sambil marah dia cakap “ kak, boleh cepat sikit tak? Saya banyak lagi keja lain, bukan nak buat untuk anak akak sorang je..” marah betul aku dengar ayat tu, tapi dah ditakdirkan yang aku ni seorang yang penyabar so aku diam je la. Dan kul 1.45 pagi terdengar la tangisan anak aku pepagi buta sebab kena ambik darah. Takde perikemanusiaan betul diorang ni. Lepas2 ni aku serik dah nak hantar hospital ni lagi...Dan kali ni dapat la kami percutian percuma selama 3 hari 2 malam lak..hehe.. hakimi kena datang semula dalam masa sebulan lagi. Dan alhamdulillah lepas check up tu dr kata dia ok je tapi kena datang semula bula 5 nanti dengan bawak carta progress batuk dia sekali.
Disebabkan aku dr jugak walaupun untuk haiwan, aku pun buat diagnosis jugak untuk anak aku, cuma aku tak leh bagi ubat je..hehe..aku rasa masalah anak aku ni sebenarnya disebabkan cuaca. Masa dia kena tu kedua2 masa tu adalah cuaca terburuk selama kami pernah tinggal kat rumah ni. Kami pindah rumah ni dulu awal tahun 2008, masa tu tengah musim hujan yang lebat disertai angin yang kuat. So hakimi pernah kena keadaan yang sama cuma takde rapid breathing je.. masa dia kena 2008 tu dia cuma batuk dgn selsema je then dr bagi 2 kali neb dan dia ok. Tapi kali ni pulak cuaca makin teruk, angin lak makin kuat, pernah sekali tu rumah aku bergegar kerana bunyi guruh dan kilat (sampai aku dah terpikir apa nak bagitau kalau wartawan tanya nanti, kalau2 rumah aku menyembah bumi..hehe..kalau aku dapat kuar tv la..). dari keseluruhan history dia sebenarnya anak aku takde lelah Cuma dia tak tahan sejuk je. Tapi aku pelik la, sebagai dr haiwan kami dilatih untuk mengambil history pesakit termasuk semua yang terlibat tapi kat hospital ni aku tengok banyak yang missing. Boleh kira dengan jari bape dr yang datang tanya benda2 yang berkaitan macam tu, yang lain tu cuma datang ambik respiratory rate dan heart rate je then tulis benda2 yang dirasakan progress pesakit dalam fail pesakit yang kebanyakannya aku rasa tak berguna langsung. Banyak kali gak aku kena marah pasal curi2 baca..hehe..

Ulasan

  1. salam ita....baca ntree ita pasal anak masuk wad ni teringat plak masa saya kena berkampung kat hospital....lagi dasyat sebab masa tu tengah hari raya haji.....syahdu betul....berkorban apa saja demi anak tersayang....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...