air takde - Cerita Ita                                                             air takde Langkau ke kandungan utama

air takde

pagi ni dah masuk 3 hari air takde kat umah aku...

hari pertama:
kami tak tau pun takde air sebab tak perasan orang bagi pengumuman kat radio...ye la diorang pun satu bagi pengumuman kat Radio Malaysia Pahang...sapa la yang nak dengor channel tu...cuba la lainkali tepek la banner kat mana2 ke...buat beso2 biar semua orang nampak...buat konsert leh lak abiskan duit untuk bannner...hish..marah tul aku...
dijadikan cerita kami selamat mandi pagi dan air yang ada cuma dalam tong merah kat dalam bilik air aku je...

sesampai je tempat keja, semua org tanya...umah doc ada air ke? musykil aku dengar soalan tu...aku dengan konpidennya jawab ada la...baru la aku tau rupa-rupanya diorang nak matikan bekalan hari tu...cisss...tak sempat aku nak menadah air lain pun..tp hati aku dah sedap sikit sebab diorang kata cuma sampai kul 11.30 mlm je...

hari kedua:
shah bangun tidur kul 2 pg buat susu anak..
aku tanya dia "ada air bang"
dia jawab "ada, tp baru nak kuar kot cam kotor je"
aku dengan bersemangatnya gi la bilik air, dalam hati dah kata ni..kalau ada air baik aku tadah..masa ni mesti org tengah lena tidur punya...
bila aku ke bilik air...kecewa....mana airnya bang oiii....

pagi aku selamat mandi, shah lak dengan selamba je dia kata "tinggalkan sikit air buat abang gosok gigi ye"
"mandi bang?"
"takpe kat tempat keja kang"

petangnya lak kami siap2 mandi dari tempat keja...hahaha...

opsss..lupa nak bagitau aku called JBA petang tu...tanya pasal air ni la...
dah la masa aku cal pakcik yang jawab tu dok gelak2...ingat aku ni badut ke yang tepon dia?
dah tu bila aku tanya bila nak ada air, dia leh jawab taktau...sesuka dia je...
bila aku tanya bila nak hantar air kat area umah aku dia jawab on the way...haa...orang kat tempat keja la pakcik oiii...mana leh balik tadah air...
bila aku tanya semalam ada hantar air ke? dia jawab ada dlm kul 3.30 ptg...hish..mula la aku nak marah...nampak noo la yang diorang ni buat keja setakat buat je....janji hantar kan...
last2 dia malas nak layan aku kot terus dia kata...tinggalkan no tepon la nanti kita tepon kalau kita hantar air lagi..hari ni ada 3 trips...senang hati aku dengar...tapi tunggu punya tunggu sampai pagi ni pun takde tepon...

hari ketiga:
aku dah siap bawak bekal kain baju dah, nak spare mandi petang kang....sure air takde lagi ni kat umah...
pagi tadi aku dah mandi air yang shah angkut dr spital...sian abang terpaksa susah payah...nasib baik kita tak beli tong yang 30 liter tu kan bang...kalau tak mesti tak bergerak abang nak angkat sorang2...yang 20 liter tu pun dah kesian ita tengok abang...
tapi takpe kan..leh la kempiskan perut abang yang ada 3 lapis tu...hehehe...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...