Syukur pada Allah
hari jumaat lepas PM dah umumkan belanjawan 2010, banyak yang dia baca...aku tak larat nak ulas..
dari kul 4 ptg aku dengar siaran langsung dia, sampai dalam keta lak sambung dengar dalam keta...
Alhamdulillah, Allah masih mendengar doa hamba dia yang kerdil ni...
3 berita gembira hari tu..
pertama: Pm umum pasal taska kat semua jabatan kerajaan dan kementerian, semua diwajibkan mengadakan taska / pusat asuhan di pejabat masing2....
lega perut aku mendengarnya...sebelum ni dalam entry 'susah hati' aku sebelum ni ada aku cerita yang pasal RTM nak tutup taska dia hujung tahun ni...selepas pengumuman ni, maknanya taska tu tak jadi tutup...
kedua: PM umumkan imbuhan khas RM500 dipanjangkan kepada semua pegawai bergred 41 hingga 54 dan akan dibayar pada bulan disember nanti...alhamdulillah, walaupun tak dapat bonus yang banyak (berbulan2 cam CUEPACS mintak) tapi syukurlah...sekurang-kurangnya masih ada imbuhan...dan masih ada rezeki lebih buat kami sekeluarga...
ketiga: sara diri individu dinaikkan lagi RM1000 untuk cukai pendapatan dari rm8000 ke rm9000 setahun...yang ni pun patut dinaikkan sara hidup utk anak2 yang masih lagi rm1000 untuk seorang anak...mana mungkin kos membesarkan anak hanya rm1000 setahun? mungkin thn depan punya bajet kot..
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.