check up ...? - Cerita Ita                                                             check up ...? Langkau ke kandungan utama

check up ...?

ni check up ke bape ye...jap aku kira...kalau masuk yg klinik swasta ari tu dah masuk 3 kali la ni...haa ok...
hari tu, isnin, 23hb nov 09

aku kena buat check up hari ni kat klinik jalan gambut...kira kes aku ni rujukan dr klinik desa la...yanti, kalau ko baca entry aku kali ni mesti ko lg kecut perut...hahaha...so aku dah delete sikit mana yg sensor2 sgt tu...hari ni shah dgn aku ambik cuti...kami dah plan hakimi kami hantar ke taska sampai tengahari..jadi dia tak la terkejar2 kat dalam klinik tu nanti..kul 8.45 pg aku sampai kat klinik..mak aihh..ramainya orang...dah ambik no semua aku duduk tunggu giliran dipanggil...shah lak lepas drop aku kat klinik terus menguruskan urusan pembayaran bil dan hutang semua...

dalam 10 minit aku tunggu no aku dipanggil..diorang suh timbang, ambik air kencing....masuk je tandas..alahai....nak komen lagi ni...hehe...sorry la korang yg terpaksa baca komen aku ni...bukan apa aku amatlah tak puas hati dengan kebersihan klinik ni...

aku dah check up ke 6 klinik kerajaan sejak aku ngandungkan hakimi lg tp lum pernah jumpa klinik yang macam ni...masuk je tandas ada 3 bilik kat situ...satu tu utk org kurang upaya yang tandas besor tu kan...siap ada mop dan penyapu tandas dalam tu..ok...satu permandangan biasa...

kat sinki lak...diorang letak botol2 plastik buat isi air kencing tu terlungkupkan kat atas sinki tu je...alahai...'bersihnya'....dah la pam tandas pun tak berfungsi dan air terus keluar menitis2 dari paip tu...aku tak salahkan diorang sebab klinik ni beroperasi walaupun di hari minggu tapi aku rasa tahap kebersihan mesti la kena jaga kan...ni lak lagi klinik yang deal dengan budak2 kecik dan ibu2 mengandung yang banyak risiko ni...aku cari peti cadangan pun tak nampak lak...letak tempat tersorok kot...hehehe...

lepas tu rutin la kan...check BP, hb (yg x leh buat kat klinik kempadang hari tu) dan check blood for HIV rutin...lepas tu jumpa dr utk scan bb...sebenarnya part ni yg buat aku susah hati...korang nak tau nape..aku rasa tak sedap hati beberapa hari ni...sebabnya aku tgk perut aku cam tak naik2..tak de perubahan apa2 pun...so cam pelik gak kan...ada tak ye anak aku dalam tu....tp alhamdulillah lepas dr scan nampak dah dia dah ada jari semua..alahai kiutnya...dah 3 kali lebih besar dr gambar aku penah paste kat sini dulu...gambar scan kali ni x sempat nak snap sbb dr nak cepat2 sbb ramai patient...so lain kali ek...as lon as dia sihat aku lega...

ada inciden masa misi nak ambik darah, ada la sorang pelatih belajor ambik darah..dia ambik darah aku lak tu...dah la aku ni gerun sikit tgk jarum besor tu..nama aje dr haiwan...org ambik darah pun takut...hahaha...lepas tu dah la budak tu tak masuk jarum habis kat tangan aku...lepas tu masa dia tarik keluar leh darah tu keluar dr jarum menitik2 kat atas tangan aku..alahai...nasib baik je aku tak tumbang terus tau..aku control cool je...padahal...aduhai...dlm ati ni jgn ambik darah aku lagi la dik oiiii....

ni hasil checkup kali ni,

hb: 13.2
BP: 110/70
berat :61kg (makin turun 0.2kg dr yg lepas)
anak: alhamdulillah sihat
hiv: negative

lepas aku check up..abis dalam kul 12 tengahari gitu...kami terus gi beli katil anak bujang aku..so sekarang ni semua leh tidur atas katil...sebelum ni kitorang tidur kat bawa walaupun ada katil sbb takut hakimi tergolek ke bawah katil...

lepas tu ambik hakimi gi giant, makan2 atau nyum2 kata hakimi....shopping sakan kat giant dan balik rumah...masa kuar giant tu dah kul 3.30ptg..
aku kira2 sempat lagi kami gi kunjung ke Dino Trek nak tengok dinosor lak..tapi sekali jem dah...sampai2 je kat yayasan tu dah kul 4.15 ptg..tetiba hakimi lak berak..terpaksa balik rumah dulu basuh berak semua dan kuar balik...sampai kat pagar Yayasan tu dah kul 4.45 ptg...terlepas peluang nak tengok sbb dia dah tutup kul 4.30 ptg tadi lagi..kecewa tul aku...shah siap nak pujuk2 aku lagi...ala ummi sampai tahun depan tu pameran dia...dah tu apa lagi..balik rumah la...sesi mengemas barang dapur lak...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...