cemburukah aku? - Cerita Ita                                                             cemburukah aku? Langkau ke kandungan utama

cemburukah aku?

aku ada satu cite la nak kongsi dengan kekawan...kekalau korang sudi dengar dan komen la kan..

ni cite sal cikgu si hakimi ni kan...masa kami hantar taska lama dia dulu..ada la sorang cikgu yang start jaga dia dari dia dah umur setahun lebih kalau tak salah aku la..sebelum tu ada sorang je yang tetap, yg lain semua tukar keja je..sampai la 2 orang ni berganding...aku ok je dgn cikgu2 ni semua as long as dia jaga anak aku dengan baik la kan...kita bg nama la cikgu ni ye..yg sorang cikgu A dan sorang lagi cikgu J.

sampai la sebelum puasa hari tu, cikgu A berhenti secara tiba2..ada masalah family katanya..sedih gak sebab cikgu tu paling bagus, dia start jaga hakimi dr mula umur dia 6 bulan lagi tanpa merungut...tinggal la cikgu J ni bersama2 pengganti2 yg kejap2 tukar je kejanya..seperti yang ramai kenal, suami aku, shah memang ramah dengan semua orang..kalau orang tak kenal mesti orang kata dia ada apa2 dengan orang tu..tapi dah sifat semulajadi dia camtu nak buat camne kan...

dijadikan cerita cikgu J ni agak rapat dgn kami, selalu pesan beli top up..dan kami pun selalu gak hantar sarapan kat cikgu2 ni pepagi..ala sekali bawak dgn hakimi punya la..setakat singgit 2 inggit kan..tak kisah la sangat..

tapi kan sejak akhir2 ni aku tengok cikgu tu cam pelik je dengan shah...kadang2 cam sesaja je nak cakap2 lelama dengan shah...tapi aku buat do no je la kan..
tapi masa taska nak tutup hari khamis ari tu berlaku sesuatu yang agak mengejutkan...cikgu J leh call shah inform pasal taska nak tutup...padahal hp aku ni haaa...langsung tak berbunyi pun..tetiba shah bgtau kul 4.30 ptg tu cikgu J tepon bgtau taska nak tutup..aku terus call kak mas (pengusaha taska) sendiri untuk pengesahan...memang la taska nak tutup tapi apa ke hal nya tepon ke laki aku lak kan? aku ni x leh call ke? kalau shah je yang hantar hakimi pepagi @ dia cuma ada no tepon shah je aku tak la kisah sangat tapi no tepon aku dia ada dan tiap2 pagi aku sama tercongok hantar anak aku depan sekolah tu..apa dia tak nampak ke?

aku sibuk2 tanya shah lak, ye la kan..sebelum apa2 masalah kita kena la tanya suami kita dulu sebelum orang lain..
aku tanya: nape cikgu J tu tepon abg...nape dia tak tepon ita dulu?
shah jawab lak: entah, abg mana tau..ingat dia call syg tak dpt pastu dia call abg lak..
aku jawab lg: ke abg ada apa2 dgn dia ni..?
shah pintas terus: eh2..kita lak yang kena, syg tanya la sendiri kat cikgu tu...
sudahnya aku diam...

nak tanya ke? malas la..cam cari pasal je..

aku ingatkan dah abis la cite tu...dan ditakdirkan lak cikgu J tu dihantar ke sekolah baru ni..hari isnin ari tu kan aku cuti kan...dia pun tepon tanya nape tak hantar hakimi..aku jawab la aku cuti, esok baru hantar..

shah balik keja je aku terus tanya, ada cikgu J tu tepon abg tadi? tau dia jawab apa?
ada tp abg malas nak jawab, bior dia tepon syg je...mlm tu kan senyap2 aku check tepon dia..mmg ada miss called..dan miss called tu sebelum cikgu J tu call aku...toing...toing...toing...shah lak nak membenarkan apa yang dia kata semalam masa amik hakimi dia x kuar keta langsung pun...hmmmm....

haaa...bg korang yang dah baca cite ni...korang rasa cemburukah aku? apa tindakan yg patut aku buat?

Ulasan

  1. hmmmm... setelah mebaca dan meneliti kes ni.. (kes??), sebagai seorang yang bergelar isteri, sifat cemburu tu harus ada...

    kebanyakkan org dia dah 'terlambat'.. sbb sign2 awal ni dorg tak berapa sensitif dan perasan sangat..

    Saya puji doc pi tanya kat hubby dulu sebelum papehal, rasanya hubby pun perasan dengan 'perasaan terpendam' cekgu kimi tu.. Tapi org laki ni depa malas nak layan sangat, tu yang dia buat dono je tu..

    He is quite sweet jugak, sbb dia pun berusaha supaya cekgu tu tak becakap ngan dia sbb dia tau doc tak kan suka... He is obviously honest & loving u... dont worry..

    Tak mustahil cekgu tu akan try another trick lagi utk becakap or communicate with ur hubby, just be prepare & profesional... Berdoa banyak...

    Doc dah menunjukkan perasaan ketaksenangan ati doc ttg pekembangan budak tu pada hubby, that is the good idea. Sbb hubby kita ni kdg2 suka gak tgk kita jeles skali skala! :) But, i really dont think ur hubby involved... just the cekgu yang syok sendiri...

    Check-up (fon ke apa ke) jgn la slalu sangat, but still need to be done. Monitoring program la katakan... :)

    Dont worry.... just a small matter, lagipun u kan tgh bebadan dua!! (sensitif skett...)

    Sarena..

    BalasPadam
  2. ita..
    wahhh....
    cekgu tu dah kawin belum?
    umor berapa?
    iskk..kalo aku,
    aku akan sound direct aje kat cekgu tu...
    'kalo bleh apa2 hal..tepon aje henset saye..suami saye x suke diganggu bab2 skolah anak nih'

    tapi..ko kena gak berpakat ngan asben ko...
    supaya jangaaannn layan.

    kena ingat..
    perasaan tu takut akan timbul bila slalu kontek2 tau..
    start from perkara biasa..pastu eh tertiba cite problem dia..pastu eh..takut serasi bersama plak..

    iskk..nauzubillah min zalik.

    aku rasa asben ko pun malas nak layan gak..

    cuma..org laki nih..
    lama2 kalo dia layan ke apa...
    takut tersangkut dengan 'problem' tu.

    baik cegah sebelum terlambat...

    iskkk...aku lak yang emo.

    BalasPadam
  3. sarena,
    thanks for ur comments..maknanya betul la apa yg sy buat kan..? hehe

    yanti,
    ko lak yg emo yek...hehe..

    ye la dulu penah jadi sekali so aku kena jaga2 la kan..

    cikgu tu anak dara lg..umur dlm 20an la..tp dia gemuk sikit..aku penah tanya kat shah tp dia kata x mau la abg..dia gemuk...tp bila aku ckp kalu dia kurus abg nak la ye...dia diam lak sambil sengih2..huih tak paham aku org laki ni...

    so far aku nampak perkembangan dia cam ok je...cikgu tu perasan aku lain macam kot..

    doa2kan la perkahwinan aku berkekalan selamanya yek..

    BalasPadam
  4. dugaan org mengandung tuh...aku pun dh rasa...sabar ye...

    BalasPadam
  5. saylee,

    ko rasa camtu ke?
    hish kena jaga2 jugak kan...belajar dr pengalaman..
    tp setakat ni shah cam saje je ngelak2 nak ambik anak sorang2..hahaha..aku rasa petanda baik utk aku tu..sekurang2nya dia tak layan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat