peknen.. - Cerita Ita                                                             peknen.. Langkau ke kandungan utama

peknen..

sekarang dah nak masuk 23 minggu dah usia kandungan aku ni...alhamdulillah...dah selamat melalui fasa pertama dan sedang melalui fasa kedua lak...

dah masuk fasa kedua ni selera makan macam dah kurang banyak la..aku dah tak bape terliur dengan apa2 dah...cam dulu tu nak siput segala kan..sekarang cam kalau dapat dapat la kalau tak pun takpe...sungguh ni..

cam hari ni pun aku sarapan horlick susu je..tengahari lak singgah umah akak ipar..dia buat sup ayam..aku cuma jamah setengah senduk je..itu pun tak ambik pun isi ayam..aku ambik part kaki dengan kentang je..cam muak je tengok isi ayam tu..shah pun naik risau...selalu aku la beria2 sangat nak makan macam2 kan...?

tu yang agaknya berat tak naik2 tu..hish kalu aku cakap mesti org tanya aku ada ambik pil vit B co tak? mesti la ambik..tp dah xde selera nak buat camne kan..?

balik kang nak ajak shah singgah east coast mall jap, beli sushi..teringin lak..semalam sebenarnya kami dah gi tp sebab dah hujung2 xde la yang aku nak tu...ala yang ada telur ikan merah2 tu...

tengahari tadi sempat menyinggah beli baju peknen 2 helai..aku ingat nak beli kain pasang la nak try tempah buat baju peknen..mesti cantik kan..hehe..berangan..

mlm tadi lak kami kuar jalan2 lepas rumah kami xde elektrik sekali lagi dari kul 8mlm..balik dr jln2 aku sempat buat kek coklat nak bawak balik kg mlm ni..balik kang nak bancuh topping dia jap...ala senang je..susu, serbuk koko dgn gula aising je...pastu leh bawak balik kg mlm ni..kira ni hadiah sempena hari jadi abah bulan lepas la...masa tu kan aku x leh balik..kira bayar balik la ni..kang dah siap aku snap gambor n tepek kat sini ye..

alhamdulillah masa aku peknen ni sihat je..walaupun tak sekuat masa hakimi dulu..badan dah tua agaknya...dulu aku leh berjalan kaki pegi balik keja sampailah nak bersalin..la ni..naik tangga pun dah semput..tapi alhamdulillah sakit2 pinggang memang lum penah lagi kena..kalau boleh pun x mau la..mmg masa hakimi dulu tak penah rasa camne sakit dia...

perut lak shah kata cam bulat je..dulu masa hakimi mmg lonjong sikit ke depan..betul gak aku rasa..sebab yang ni dia macam menyesakan dada aku je..dulu dia cam ke depan sikit..tidur pun aku x leh tidur terlentang..sekarang nak tidur mengiring lak cam x selesa..anak ppuan ke...? jeng..jeng..jeng...tak tau la..aku pun x kisah dpat lelaki ke ppuan...kalau ppuan ok gak..banyak baju cute miut kat kedai tu..kalau lelaki pun ok gak..banyak baju leh recycle...aku nak je tuju klinik al amin tu buat scan tengok gender dia...tapi shah la pulak cam x bape menyokong...so diamkan je la...

kali ni aku update gambar terbaru aku..hehe..bukan terbaru sangat pun..aku snap gambor ni 11/1 aritu..abaikan je la perkara2 yang mencacat pemandangan tu ye...



psstt..lupa nak bgtau..langsir tu aku baru je buat..jahit tangan lagi tu..hehehe..

Ulasan

  1. wah ita....
    perut ko lagik maju la dari aku...
    cam dah 6 bulan aje ek...
    eh..aku nampak perut ko cam bby gurl aje ek..
    sebab dari belakang pun bleh tau ko peknen...
    kalo aku...dari belakang, org x tau aku peknen...tapi dr depan n tepi..dah nampak ler perut aku..
    huhuhuhuhu....

    BalasPadam
  2. kak ita.. stay glam ye walaupun dah pregnant hehe

    BalasPadam
  3. yanti,
    tu la pasal..sbb tu baju kurung semua dah x muat dah..serba-serbi membeso..hehe...ppuan ek? eh cam mak bidan lak ko ni..tau2 je..

    azie, stay glam?..huhu...sebelum ni pun bukan glammer pun..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...