tak sedap hati.. - Cerita Ita                                                             tak sedap hati.. Langkau ke kandungan utama

tak sedap hati..

hari ni hati aku sungguh gundah gulana...aku tak tau nak luah kat mana tah lagi..tadi aku dah story sikit kat akak kat opis ni haa..dia dah dengar aku ingat dah leh tenang sikit..pastu aku cite lak kat faiz..dia lum respon lagi...tp mekasih ye faiz sbb sudi mendengar dan membaca luahan hati aku ni...

cite dia sal shah la..
gini citenya..hari sabtu lepas ada la member dia called kata ada perlawanan bowling tp kawan dia tak pandai main, nak mintak shah gantikan..memula aku x nak ikut..malas la nak lepak2 kat bowling tu tgh2 mengandung ni..lain la kalau aku leh main sekali kan...? hehe..mau terus kena tahan wad sampai beranak esok...

tapi hati aku rasa x sedap..jadi aku kata aku nak ikut..ye la mana tau..kot2 kata je main bowling tp risau gak kalau bowling ke lain lak nanti kan?

untuk keselamatan aku pun ikut ler..plus adik ipar aku lak nak cari baju tuk amali dia..sampai je kat bowling tu dah dekat kul 8 dah..diorang janji nak start kul 7..gila ke maghrib2? aku dah bising dah..sampai situ aku jumpa gak la 2-3 orang kekawan dia yang dia kenal..pastu aku gi bawak hakimi dengan adik ipar aku gi tengok wayang..malas aku nak mengendeng je dgn laki aku..kami gi tengok cite Alvin and Chipmunk 2..hakimi dok rilek sampai wayang abis..ala bukan ramai pun tgk cuma kami dan 4 org lagi jek...wah..panggung itu saya punya! hahaha..siap aku termelatah masa chipmunk tu terbaling remote game ke tv..huhu..sib baik orang tak ramai..terperanjat ko...eh melalut lak..

aku nak cite sal kwn2 shah ni la...bila dah abis tgk wayang aku duduk kejap..tp apa yg aku tgk bukan tournament pun..cam main suka2 je..aku lagi tak sedap hati...tapi aku pujuk gak bawak adik ipar aku gi beli baju..hakimi aku tinggal kat shah sebab dia seronok tengok orang main bowling tu..ye la first time ko aku bawak sini..aku pun dah lama tak main dah..

bila aku balik semula game dah nak abis..masa tu dah dalam kul 10 lebih dah..kedai semua dah tutup pun...lepas diorang main ada la sesi gambar2 semua then shah kata ada meeting lak untuk masuk kelab tu..aik..kena masuk kelab lak..?
lagi la aku x sedap hati..kalau tak memikirkan hakimi mau aku ikut..aku nak dengar gak apa dia kata kan..shah hantar aku balik..dalam keta tu ada sorang member dia ikut sbb nak tunjuk jalan kat mana nak jumpa lepas tu...aku kenal budak tu..budak kg shah..aku pun tanya2 la dia kelab apa ni? dia kata nama kelab tu One Team..dia leh bg komisen kat kita tanpa kita keluarkan modal atau kena jual apa2 pun...aik..sonangnya..? lagi aku tak sedap hati..pulak tu budak tu cakap..bulan 2 ni diorang nak support 1 family berkelah kat pantai mana tah...aku tak dengar pun masa ni..dah pk benda lain dah...

bulan mac lak percutian naik star cruise..mak aiii...banyak noo sponsor...ahli kongsi gelap ke apa ni?
aku makin cuak lak dengar..
shah balik dah kul 1 pg..balik2 jek dia dok cite la apa yang diorang meeting tu tadi..siap ada lak sesi cerita kejayaan diorang yang ikut kelab ni..ada lak cite penah keja dengan bekas Timbalan Menteri tp berenti dan masuk kelab ni dapat pendapatan lg lumayan dr keja dulu..ceh...siap tunjuk leh pakai keta mewah lg tu...huhu..bab2 ni aku memang x leh caya...sory la..bukan nak menunjuk pandai tapi kalau dah start tayang2 kemewahan semua tu bagi aku dah propaganda je tu..nak memikat..

aku terus bidas shah ...ala bang mesti masa dia keja dgn menteri tu dulu dia banyak makan duit tepi..bila dah banyak berenti la..buka bisnes..kalau ita ada duit banyak pun x yah keja..dok umah..beli kedai banyak2..sewakan kat orang..hidup makan duit sewa je..senang..terdiam shah dengar...opppss aku salah cakap ke? aku lak bising2 esok dia kena keja..balik lak lewat2 pagi..kang nak bangun liat..pastu dia cakap petang esok lepas balik keja diorang nak bawak gi puchong lak..dengar penjelasan pasal kelab ni..wah..siap gi puchong bagai..apa kat sini x leh buat ke? aku lagi la x sedap hati..gi balik hari lak tu..kul bape nak sampai umah..?

betul jangkaan aku..diorang sampai umah dah kul 6 pg..aku malas dah nak bebel2..tp aku tengok dia cam semangat berkobar2..cam lain macam je...tau soklan apa pertama yg aku tanya? ada kena bayar ke? dia kata ada rm1600 tp leh bayar ansur2..hah sah auta la tu..baru jek semalam kata x kena bayar..ari ni dah jadi lain lak..wah2..bagus betul penipuan diorang ni..tah apa tah yang diorang brainwash kat laki aku ni pun aku x tau la..

tapi aku ada cakap kat shah tadi..aku tanya dia..apa barang diorang jual..dia kata xde apa2..ada risalah apa2 tak diorang bg? dia kata xde..aik? lagi aku pelik..apa aktiviti diorang buat..dia kata cam leisure2 jek..abis tu nape lak nak kena kutip duit banyak tu? aku masuk kelab rekreasi kat tempat keja ni pun yuran singgit je sebulan tau..leh gak leisure2..

pastu aku tanya dia..abg nak join ke? dia kata 50-50..seram aku dengar..pastu aku cakap..kena buat apa kalau masuk kelab tu..dia kata kena tambah ahli yg ada bawah kita then leh dapat komisen..kawan dia ada yang dah dapat 11k dan 16k sebulan..aku tanya lagi soklan power..kalau kawan dia yg dia kata dpt 16k sebulan tu leh dapat banyak tu..tunang dia dapat banyak mana lak? dia kata 11k..abis tu aku tanya la nape diorang tak kawin je..duit dah ribu riban..keta pun xde lagi..apa yang best sangat kalau camtu..cam xde kelebihan je..dia diam je..

pastu aku cakap lak kat dia..kalau abang nak masuk terpulang la..ita x halang tapi setiap sen yang abang dapat ita x mau samaada umtuk ita atau anak2..cukup la kami dengan duit yang ada sekarang ni..abang pandai2 la guna untuk kegunaan abang..ita x mau duit yang tak tau asal usul dia..kalau abang jual barang ita leh terima ni cam jual kelentong je nampaknya..lagi satu apa2 risiko kemudian hari ita tak mau ada sangkut paut...ita nak ingatkan abang..benda2 macam ni la yang boleh buatkan rumahtangga pecah belah..anak tak mau dengar kata sbb makan sumber tak tau mana..jadi abang fikir la sendiri..

tp sampai sekarang pun hati aku masih tak sedap la...korang rasa perbuatan dan kata2 aku tu betul ke? please help me...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...