jantina baby? - Cerita Ita                                                             jantina baby? Langkau ke kandungan utama

jantina baby?

wah...lama tul tak update blog ni...cuti panjang dengan blog2 ni sekali bercuti...bukan tak leh nak update kat umah tapi persaingan sengit nooo...asal ngadap je laptop nak menaip...ada je pembantu tak berjemput sama nak menaip...pastu mula la aku berlawan2 dengan dia sapa dulu...memula aku cakap "bagilah ummi dulu"...pastu pandai lak menjawab... "ulu la"...dia dulu la tu...hahaha itu la dugaan paling hebat kalau nak bukak laptop..last2 malas la nak bukak dah..

eh aku sebenornya nak cite sal jantina anak ni..tercerita lak sal abang long dia lak...hehe..sory ek..melalut sikit..

semalam shah bawak kami gi klinik al amin lagi sekali...selepas gi aritu dan doc bertugas lelaki pulak...pagi semalam kami gi pun lelaki lagi tapi budak kaunter tu kata suh datang petang sbb doc ppuan belah petang...so kami gi lagi la belah petang lak..

sesampai klinik tak bape ramai orang...masa tu dalam kul 2.30ptg..tunggu lebih kurang 20 minit..pastu dah leh masuk dah...doc tu tanya2 soalan lazim cam last period etc..pastu suh aku baring kat bilik hujung..

hakimi dah mula pelik dah..selalu kan dia aje yang doc check..ari ni apsal lak ummi dia yang kena baring..bukak2 perut segala...hehe..muka dia cam panik gak..

pastu doc tu tutup lampu dan mula scan...nampak la anak yang sihat walafiat kat dalam perut tu...alhamdulillah...lega bila tengok..dia dah makin besor..doc tunjuk muka dia..part mulut, hidung, mata..telinga semua...dia dah makin besar dah..doc estimated dalam 8oogram lebih ler...alhamdulillah...lega hati tengok..kuat noo dia berpusing2..aktif sesangat...hehe..bila doc nak check tang kaki dah hilang dah..terpaksa lak aku kena guide doc tu kat belah mana dia tendang...betul ko..sekarang ni kalau dia tendang dah leh terjojol2 kat perut tu...kadang2 cam sesak lak dibuatnya..tapi ni yang buat rasa best masa ngandung ni kan...bila rasa ada org dlm perut...perasan tu tak dapat digambarkan lah..

bila doc dah dapat kaki dia doc tu terus scan nak cari jantina...telek2 kat celah kangkang dia...haaa...ko sekali nampak sebiji je kat situ...hehehe...apa lagi testis dia la tu...sah lelaki...hehehe..nampaknya hero lagi la gayanya...ni kawan main hakimi ke kawan gaduh tah ler...harap2 kawan memain la...x larat aku nak mengamankan kalau kawan gaduh...

reaksi aku dan shah?...hmmm cam keciwa gak ler sbb tak merasa lagi pilih baju kaler pink2 tu semua...tapi kami tetap bersyukur masih ada rezeki untuk kami lagi...sangat2 bersyukur...kurang2 baju hakimi leh recycle kan?..hehe...

apa pun harap semua kengkawan dapat doakan semoga aku selamat sampai bayi kami ni dilahirkan ye...insyallah..pasni kena pikir nama lelaki lak...nama apa nak bagi ek?

Ulasan

  1. salam ita.....wah bertuah betul awak yer dapat tahu jantina baby masa scan.....saya empat2 anak semua surprise.....tapi walau bagaimanapun saya bersyukur....dan tahniah kepada ita sekeluarga....semoga semuanya selamat dan sihat...!!!

    BalasPadam
  2. dila,
    mekasih ye...amin...alhamdulillah..masa hakimi dulu pun senang je tau..scan je..haa..terus terkangkang dia tunjuk..hehe..

    BalasPadam
  3. ita...
    wah..sama la kita..
    xpe ita, leh jadik bodyguard kan?
    anak2 kita sepesen seme...
    scan..terus terkangkang..xde nyer nak kepit2..huhuhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...