dah beso dah dia.. - Cerita Ita                                                             dah beso dah dia.. Langkau ke kandungan utama

dah beso dah dia..

cite kali ni pasal hakimi lagi...nak update semua benda tentang dia setakat hari ni...

sekarang ni hakimi dah pandai kayuh beskal sikit2...jenuh gak nak mengajor dia ni..mana taknya..selalu xde masa nak belajar...umah sekangkang kera je..jadi nak berbeskal dalam rumah x leh la...nak berbeskal kat luar lak kena tunggu hari cuti atau cuaca elok je...cian kat dia..

pandai sangat main bola dah sekarang ni..siap leh bawak keluar bola dan ajak abang2 sebelah rumah tu main sekali dengan dia..hehehe..

dah pandai sangat berkawan dan melindungi diri dari kena buli...bagus tul tang tu...aku suka sangat sebab dalam ramai2 yang selalu memain tu dia yang paling kecik..

dah selalu sangat tepuk2 perut aku tegur adik dia kat dalam tu...tapi kekadang salah lak tepuk...tertepuk yang belah atas lak...hahaha...

berat still maintain 11-12kg, tak berubah2...cuma tinggi selalu aku lupa nak ukur...tapi memang dia dah tinggi banyak dah cuma berat tu aku rasa sebab dia ni terlampau aktif kot..

makan lak? alhamdulillah dah semakin ok selera dia...malam2 mesti ada benda yang dia nak makan..kalau tak mesti dia bukak peti ais kat umah ni selang 2-3 minit sekali la jawabnya...dalam keta pun mesti ada bekal makanan...kalau tak mesti kena menyinggah sana sini..beli air la..beli biskut la...beli buah la kata dia...semalam lagi best tetiba lak nak makan eskrim cornetto...taknak lak bila aku pilih yang kecik rm1.90 tu...nak yang besor rm2.80 lak tu...pastu dia sorang je leh pegang...orang lain jangan sentuh...kalau tak terjerit2 la dia...

tidur lak makin lasak...dan makin mengada2 sangat...dia dah ada katil sendiri yang bersambung dengan katil aku tapi memalam mesti menyeberang gi katil kami nyer...sibuk nak menyelit2 gak kat ummi dia...dahtu kalau tidur bebaik takpe la..ni abis satu katil dia kongker..lagi la kalau siang tu dia puas main bola...dengan aku2 sekali jadi bola lak memalam buta..ye la..tak pasal2 kena tendang lak..

manja?....makin menjadi2 la sekarang ni...kadang tu keluar rumah elok je pakai selipar bagai...last2 dalam keta dia bukak..sampai sekolah lak tetiba je dah melekap dekat aku nak minta dukung...macam2 alasan bagi pun tak jalan gak...dia buat muka toya je sambil tangan dah ready2 letak kat leher aku..x leh buat apa dah...yang paling tak tahan dia tak leh kalau x nampak bayang aku sekejap...ni kalau dia dalam rumah la..kalau kat luar tu mujur sesangat ler..aku terjerit2 pun dia buat tak tau je..kalau kat dalam rumah, aku nak gi tandas pun susah walaupun ada shah dok tunggu dia...dah banyak kali dah adegan menangis kat luar tandas ni...dah kira biasa la tu...kekadang lak dia x nangis tapi dia cakap lak.."ummi...nak acuk.." bila aku cakap ummi nak kencing...dia jawab lak..."nak encing gak" dan kekadang dia jawab "nak yak gak" huhu..haru tul...

bercakap lak...ada la setengah benda tu dia ulang sepuluh kali pun aku tak paham dia kata apa...cam bola kan..dia tak sebut bola tapi oooaaa...tapi apa terjadi pun selalu aku la yang paham sikit apa dia nak sampaikan..harapkan shah? mau sudah bergaduh dengan anak pun dia masih tak paham apa dia nak cakap...

potty train lak aku penah try sekali je masa dia nak berak..itu pun dia ngeri suruh cepat2 jirus taik dia...dia ngeri tengok taik sendiri..hahaha...pastu..aku ler yang malas...tak larat lak nak gi tandas setengah jam sekali nak train dia sungguhpun dia dah pandai cakap kalau terkencing dalam pampers dia..aku ingat dlm bln depan la nak try kalau time cuti2 ke kan...takkan sampai besor nak pakai pampers lagi kan...

tapi satu je yang paling aku suka dengan anak bujang aku sorang ni...kalau aku pakai pelik2 sikit..contoh cam baju yang lama dah aku tak pakai atau baju/tudung baru...mesti dia akan puji punya...mesti dia akan pegang2 sambil cakap..."antik..."...tu yang terpaling best tu...hehehe...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...