salam semua,
bagi korang yang kenal aku dari zaman sekolah mesti terkejut dengan tajuk kali ni kan?
ni luahan rasa aku..hari isnin ni buat pengetahuan korang semua kami akan bawak adik najmi sekali lagi ke HTAA untuk susulan pakar. kali ni untuk tau fungsi buah pinggang dan hati adik..berat rasa hati nak melangkah ke hospital rasanya tapi apakan daya, kena la jugak kuatkan semangat..
ummi amat berharap adik tak apa2...tapi siapa boleh lawan ketentuan Tuhan kan? ummi cuma boleh berharap je..
tadi aku luangkan masa sementara pam susu untuk adik sambil baca blog - blog ni, doa buat alanna dan fajar seluas angkasa.
menitis air mata aku tengahari ni...tabah sungguh mereka2 ni menghadapi dugaan...dan sekarang aku pun berada antara mereka ni..
semalam aku dan shah menhadap adik tengah tidur, mata kami sama2 bergenang bila tengok adik tidur, tenang je tapi muka adik makin hari makin pucat amat merisaukan kami. kami cuma boleh bagi adik ubat yang dr bagi, apa daya kami lagi nak tolong adik?
kemungkinan besar kalau hari isnin ni darah adik masih takde perubahan maknanya aku kena derma darah untuk adik...
Ya Allah kau kuatkanlah semangat aku hadapi semua ni..Ya Allah..takut ummi nak fikirkan adik...sebabnya selama ni kalau adik kena ambik darah atau kena vaksin tak pernah sekali pun ummi pegang..ummi tak sanggup nak tengok anak2 ummi sakit, masa abg long dulu pun sama.
tadi kawan2 opis pun ada bincang pasal sakit adik, diorang pun sedih dan pelik gak sebab diorang ada melawat sebelum adik kena masuk hospital sebab demam hari tu..diorng pun kata badan adik masa tu tak pucat pun macam sekarang...
kawan2, aku amat mengharapkan doa yang tulus ikhlas dari kalian...doakan adik dijauhi dari sebarang penyakit yang amat membimbangkan...segala doa kalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih...hanya Allah yang dapat membalasnya..
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.