dah pandai macam-macam - Cerita Ita                                                             dah pandai macam-macam Langkau ke kandungan utama

dah pandai macam-macam

salam semua,

hari ni nak curik masa jap cite sal adik najmi.
sekarang ni adik najmi dah pandai macam2...dia dah boleh memusing 360 darjah...golek2..meniarap...golek2 balik...wah...advance betul! dia dah leh guling2 sampai turun dari tilam gulung yang besar tu.
sebenarnya tilam gulung ni kitaorng beli khas memang untuk adik belajar meniarap dan guling2..alhamdulillah nampaknya digunakan sepenuhnya oleh najmi..hehehe..

adik pun dah pandai makan..memula aku try masa umur dia 5 bln setengah aritu tapi dia tak pandai lagi..siap menyembur2 makanan tu keluar lagi tu..masa tu aku try bagi bubur beras kisar je, xde tambah apa2..lepas tu kami gi giant beli biskut untuk budak kecik makan tu..
memula aku try sama gak menyembur..tetiba hari sabtu baru ni, sesaja la mlm tu aku try bagi..siap patahkan 2 biskut tu taknak membazir...last2 ambik ko abis 2 keping biskut sudahnya..hehehe...pandai anak ummi...yang tumpah kat napkin dia cuma sikit2 je..semua masuk terus..bagus2..

adik pun dah pandai jugak..kalau aku siap-siap pakai tudung dia dah buat aksi terbang ala superman dah...nak bayangkan macamana? dia meniarap sambil kaki tangan dia angkat2...goyang2...mulut lak tersenyum2 mintak orang angkat la tu...kalau masa tu shah tengah pegang dia, dia melompat2 lak..comel sangat...

abang long lak...dah pandai menari, menyanyi walaupun bunyi lagu yang dia nyanyi tu jauh nooo dengan lagu asal..hehehe...takpe la nak asal boleh je...
pandai sayang adik, pandai pujuk adik kalau adik menangis...abis semua mainan adik dia lambak depan adik kalau adik menangis..

alhamdulillah anak2 ummi dah pandai macam2...semoga membesar dengan sihat ye nak..amin...

Ulasan

  1. makin besar .. mcm2 lah halnya .. dah besar sok2 tak tahulah kann .. harap2 x menghampakan kita :)

    BalasPadam
  2. betul la kak...mmg banyak ragam tapi itulah yg menceriakan hari2 kita kan?
    insyallah harap2 tak menghampakan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...