Isu Kluang Railway Station.. - Cerita Ita                                                             Isu Kluang Railway Station.. Langkau ke kandungan utama

Isu Kluang Railway Station..

salam semua,

selama aku tak berblog 2 hari ni..aku mengikuti jugak isu semasa camni...sebabnya aku asal dari kluang cuma lahir je kat kota tinggi...tapi membesar di kluang la dr 3bln++..

sedih bila isu ni keluar... korang leh baca SINI dan SINI... memula aku pikir org aniaya ke? ada banyak komen di rujukan aku tu...korang fikirkan la sendiri...

tapi bila bincang2 dengan family masa aku baru balik hujung minggu lepas aku tau betapa tak sensitifnya orang kita...

kadang2 dalam kita sibuk mencarik makanan kita lupa semua ni... kita sibuk tanya organik tak organik... ada racun atau tak.. tapi yg nyata kita lupa ...adakah ia halal atau tak? tak guna juga kalau organik tapi tak halal kan? sesama la kita fikir2 kan...

buat pengetahuan korang, aku membesar di kluang... kedai kopi ni adalah laluan aku hari2 masa aku gi sekolah kat sekolah tinggi dulu..tapi ntah kenapa aku tak penah rasa nak singgah...
sehingga umur aku dah mencecah 32 tahun ni pun, sekali pun aku x rasa nak singgah...
mungkin sebab mak abah aku tak ajar... satu lagi abah aku sangat2 menjaga bab2 benda ni... korang mesti x caya kan kalau aku cakap abah aku tak penah sentuh KFC... bukan sebab abah aku kolot tapi pendirian dia.. dia hanya makan ayam yg betul2 disahkan sembelihannya sahaja...

selalu dia cakap dengan kami... bukan sesekali je.. banyak kali... dia kata ayam yang disembelih di kilang tu sempat ke tukang sembelih tu nak baca bismillah sampai abis? dia memang baca tapi bila nak abis je bismillah ayam tu dah sampai ke ayam ketiga atau empat agaknya.... mungkin kan? ada kita penah tengok diorang sembelih? tak penah kan... tapi kami degil gak.. tetap nak makan... jadi sebab tu kot isu2 cam ni timbul...

tapi satu je yg kami ingat pesan abah... kalau kedai tu tuan dia bangsa lain jangan singgah... insyallah selamat... bukan kami tak sahut seruan 1 malaysia sekadar menjaga makan dan minum sebagai seorang islam..insyallah... korang camne?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...