marah je...letih la... - Cerita Ita                                                             marah je...letih la... Langkau ke kandungan utama

marah je...letih la...

salam,

banyak benda asyik nak buat aku marah je...letih la...

pertama: hari isnin baru ni...aku ada meeting kat putrajaya kul 9 pg...so aku kena bertolak selewat2nya kul 4.30 pg dari kuantan ni...tapi korang tau apa jadi?

aku dah siap2 dari kul 3.30pg lagi dah siap semua dan siap susukan adik lagi tu...tengok jam dah kul 4.35pg tapi driver opis tak nampak bayang lagi..aiseh..sekali aku call dia kata dia tak sedar...sudahnya dia sampai umah aku kul 5.10pg berasap aku nunggu...letih...

dalam keta aku diam je....dia bawak anak dia, so aku duduk belakang pasang seat belt dan duduk diam2...dia speed sampai 140-150km/jam...aku tak kira pasal aku nak sampai sebelum kul 9pg..aku mmg diam je..tak bunyi2 kat belakang...kecut perut ko..pasal kalau aku tak sempat sampai nanti sure kena marah dengan bos aku nanti...waaa..kecut...

tapi alhamdulillah aku sampai jam 8.50pg..sesampai je aku dah sesiap letak lesen dalam poket, terus mintak pas dan jalan...tak sempat nak tulis kat buku pun..sorry la ek...dalam masa 5 min aku rush gi ke bilik meeting sib baik sempat ko...

kedua: dah la aku penat hari isnin tu sampai umah kul 10 mlm..semalam jaga anak demam lak...tetiba pagi ni elektrik lak buat hal, tetiba je aku terjaga kul 2pg tengok2 umah gelap..kipas senyap..ceh...takde elektrik...aku terus dail 15454....buat report...bila aku call je diorang siap dah ada rekod aku tu...tengok bape kali dah jadi camni? fed up kan?

pastu org TNB dr kuantan lak call...leh diorang tanya camni "alamat kami dah tau cuma nak tau lokasi"...ceh bukan alamat tu lokasi ke? ke diorang nak tau lokasi tandas umah aku kat ne?

aku dah la lalok pepagi buta tu...kena kipas anak2 lak..dengan sorang kena demam campak..sorang dok ngadu saya panas ummi..saya panas...tak ke panas aku masa tu?

last2 aku bagi kat shah je hp suh dia cakap, karang tak memasal lak kena maki pepagi kan?

pastu leh diorang cakap diorang gi cek kat pencawang dulu kalau kat situ ok maknanya kat tiang umah aku yg rosak, kalau kat situ time ujan2 ni diorang tak leh buat...esok pagi baru diorang buat..tapi setau aku elektrik tu ok pada jam 6.30 pg...masa tu hujan lagi kan?????...hhmmmm...entahlah labu...

Ulasan

  1. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    BalasPadam
  2. anonymous..mekasih singgah dan sudi bg pantun yg best...reda hati yg marah ;)..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...