aku orang susah.... Part 1 - Cerita Ita                                                             aku orang susah.... Part 1 Langkau ke kandungan utama

aku orang susah.... Part 1

salam semua,

ni hari entry sedia sedunia tau.... hanya entry sedih sahaja dibenarkan... hehe...gurau je...

hari ni saja aku nak jiwang-jiwang tulis kenangan masa aku kecik-kecik.. korang nak baca ke? layankan je la ye...

masa kecik

masa kecik dulu.... mak cerita aku lahir kat felda pasak, kota tinggi.. kat umah arwah atuk ayah aku... al fatihah untuk atuk... masa tu lepas kawin mak tinggal rumah mertua sampai la aku lahir.....mak kawin umur mak 15 tahun, muda lagi... lepas tu mak kena buli dengan kakak-kakak abah... diorang tak kawin lagi masa tu... kesian mak aku... dah la kawin muda kena buli lak lagi... dapat long masa umur mak 17 tahun.... pastu aku lak lahir masa umur mak 19 tahun.... mak kata semua benda mak tak tau buat.... abah yang ajar... dari memasak..jaga anak...semua-semua la... sebab tu mak kena buli....

lepas tu abah tak sampai hati tengok mak kena buli, abah ajak mak pindah ke estate... kat area lukut... mak kata bermula la hidup sendiri... susah sangat masa ni... ada anak kecik 2 orang duduk pulak rumah berhantu kat estate tu... serius memang berhantu tau bukan main2... mak aku kata pernah ada kejadian abah aku balik dari menoreh pastu jumpa orang kat area jambatan... dia tegur tapi orang tu tak sahut balik pun... masa tu dah dekat maghrib dah... sampai rumah, abah ketuk pintu sekuat-kuatnya tapi mak tak sedar.... seluruh rumah senyap... abah sampai panik... dia rempuh pintu tu.... baru terbukak... bila terbukak je mak tersedar dari tidur... mak kata anak-anak semua tengah tidur... mak boleh tanya abah nape muka abah macam cemas je... nak tau nape mak aku tanya? pasal dia tak kunci pun pintu tapi nape abah nak bukak tak boleh? pelik kan?

bila aku dah berumur 3 bulan, abah dapat tawaran felda.... masa memula nak pergi interview abah dah cuak... pasal abah tak pernah sekolah... mak cuma sekolah sampai darjah 3... diorang berasal dari keluarga susah... adik beradik ramai dan ditakdirkan dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan....

abah, dari umur 6-7 tahun dah mula belajar menyara adik-adik dan kakak-kakak dia.... sebabnya masa ni arwah atuk wan (mak abah) dah mula sakit-sakit... kaki arwah membengkak sampai arwah tak leh jalan... dan abah merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga.. walaupun masa ni diorang dah duduk felda tapi dengan pendapatan penoreh getah berapa sangat la yang mampu nak tanggung semua adik beradik? waktu umur ni abah dah pandai menoreh... sampai kan pernah satu hari pisau toreh tu jatuh tepat kat atas kaki abah pasal abah cuba nak toreh pokok yang tinggi dan pisau tu disambung dengan galah.... tak dapat aku bayangkan waktu abah cerita ni semua... aku masa baya abah masih main-main berlari sana sini tak pandai lagi nak cari duit...kesian abah...

masa umur abah 9 tahun, arwah atuk wan meninggal dunia... alfatihah...abah dah jadi anak yatim yang kena tanggung 2 kakak dan sorang adik... abah pasrah.. tapi atuk ayah (ayah abah) tak leh terima kenyataan.. untuk lari dari kenyataan dia pergi cari kerja sebagai pembalak dan tinggallah anak-anak yatim ni di rumah saudara mara.... bermula la episod sedih dalam hidup abah yang menjadikan abah antara orang yang paling kuat semangat yang pernah aku kenal... aku tak mungkin boleh jadi macam abah...

memula abah menumpang kat rumah arwah nenek... sampai satu masa nenek dah tak mampu nak bela cucu yang nakal macam abah, dia hantar ke rumah arwah tok itam... sampai kat sini la abah dilayan macam anak tiri... abah selalu tak makan... kalau ada pun cuma lebihan makanan anak-anak dia je yang abah dapat... abah kata tok itam lelaki baik, selalunya bila dia ada baru dapat makan.. kesian abah...

sampai satu tahap abah tak tahan... abah lari semula kat rumah nenek... nenek menangis dengar semua keluhan abah... dan abah terus tinggal dengan nenek sampai arwah nenek meninggal... lepas arwah nenek meninggal abah sebagai anak sulung lelaki secara tak langsung diberi tanggungjawab untuk menyara semua adik beradik dia.... abah tak mampu nak menolak... sebab tu sampai sekarang pun kalau ada masalah apa-apa abah lah akan jadi tempat rujukan adik beradik...

kerana itu la abah tak pernah mampu bersekolah macam orang lain.... abah susah... itu yang abah cakap...

mak bernasib baik sikit dari abah... mak dapat pendidikan sampai darjah 3... dapat la bantu abah dalam banyak perkara.... cuma mak jenis yang sangat lurus orangnya... masa baru-baru kawin mak tak boleh langsung cakap dalam bahasa melayu... keluarga arwah tok bak (ayah mak) menggunakan bahasa jawa dalam percakapan seharian mereka sekeluarga... jadi masa mula-mula mak kawin dengan abah dah jadi macam ayam dengan itik... sorang cakap melayu dan sorang lagi cakap jawa... kelakar kan? sampai sekarang ni lain pulak jadinya....mak pulak yang dah lupa banyak cakap jawa...

sambung part aku kecik tadi... bila abah dapat felda, abah rasa lega sikit pasal ada pekerjaan tetap untuk anak2... dalam masa yang sama abah amat rasa rendah diri nak masuk felda pasal abah tak ada pelajaran... abah kata masa interview ada yang pandai cakap inggeris pun ada... abah rasa kecik je masa tu... bila diumumkan dapat abah sangat bersyukur... abah kata rezeki anak2...

bersambung di part 2....




Ulasan

  1. klu Allah s.w.t. dah tetapkan rezeki utk seseorang tu mmg dptlah ke dia macam abah ita lar kan ms interview utk masuk felda padahal dia tgk org lain ramai yg lebih layak tp rezeki tu berpihak pd abah ita kan...

    rsnya skrg ni mak abah ita mesti berbangga dgn ita kan

    BalasPadam
  2. Setiap insan dah ditetapkan rezeki buatnya..hanya perlu usaha dan terus usaha dan Allah takkan timpakan ujian yang diluar kemampuan seseorang itu..

    BalasPadam
  3. susahkan kehidupan org dulu2..huhuh

    BalasPadam
  4. lina:
    memang betul kan... rezeki tuhan yang tentukan.. kita disuruh untuk sentiasa berusaha...

    bangga? mungkin ye tapi rasa malu sebab masih tak boleh menolong orang tua sebaiknya..

    BalasPadam
  5. ariana:
    betul cakap akak.. abah antara orang yang tak pernah berhenti berusaha dan berdoa..

    BalasPadam
  6. faiz:
    sangat susah faiz... abah ko pun mesti ada cerita2 mcm ni kan..?

    BalasPadam
  7. walaupun saya kurang begitu faham dengan bhasa melayu. tp saya begitu antusias & kagum.. dengan ceritanya
    sungguh mnginspirasi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat