aku orang susah.... Part 3 - Cerita Ita                                                             aku orang susah.... Part 3 Langkau ke kandungan utama

aku orang susah.... Part 3

salam semua,

sambungan dari Part 2,

sekolah

selepas 3 tahun kelahiran uda, rezeki mak dan abah bertambah lagi... mak melahirkan anak keempat.. andak...dan alhamdulillah keluarga kami dah makin besar...tambah lagi tanggungjawab abah...

pada masa yang sama jugak aku dah mula bersekolah tadika... mak dan abah tak pernah meletakkan apa-apa harapan pada anak-anak... jauh sekali nak bagi tekanan supaya tekun belajar... cuma satu nasihat abah.. kalau boleh abah nak anak-anak abah berjaya dapat ilmu setinggi mungkin supaya tak jadi macam abah yang tak ada pelajaran...

nasib aku agak baik... aku dah kenal huruf sebelum aku masuk tadika lagi... itu hasil penat lelah mak mengajar di rumah... jadi bila aku melangkah kaki ke tadika aku tak ada sebarang masalah untuk terus belajar membaca dan menulis... tapi budak yang kenal huruf tak semestinya bagus... ada kenangan di sekolah tadika yang aku masih ingat dan sentiasa menjadi bahan cerita dalam keluarga kami sampai la sekarang ni...

pernah aku balik dengan menangis-menangis... dulu masa kecik memang aku gembeng sikit... itu bahasa jawa... kalau orang melayu kata suka menangis... mak tanya kenapa aku menangis... aku kata orang curi kasut sekolah aku... kasut yang ditinggalkan kecik dan tak muat.... kesian aku kan? bila mak tengok rupa-rupanya bukan kasut tertukar tapi aku yang pakai kasut terbalik... hehehe... memang sangat kesian...

bila aku naik ke sekolah rendah... abah setia mengambil aku dari sekolah... waktu pagi kami adik-beradik akan berjalan kaki ke sekolah... satu tabiat yang kami suka ialah tengok awan bergerak-bergerak... bila awan tu bergerak kadang-kadang imaginasi kami akan membayangkan sesuatu... kadang-kadang sesuatu yang menakutkan... terus buat kami lari sekuat hati ke sekolah... hehe... kelakar kan? mujur beg sekolah dulu tak macam sekarang ni..

aku dan along bersekolah di sekolah yang sama... kami berkongsi duit belanja yang sama... biasa kalau ada duit abah akan bagi rm1 untuk kami berdua untuk belanja 1 hari di sekolah rendah dan sekolah agama...pagi 30sen dan petang 20sen... aku selalu menempel kat kelas along untuk mintak duit sampaikan bila aku sampai je kawan-kawan along dah tolong panggilkan along untuk aku... "Alonggggg..."

kalau abah tak ada duit nak bekalkan... aku selalu balik rumah curi-curi makan masa waktu rehat... lepas tu pegi ke sekolah balik... mak selalu bising , mak kata nanti aku penat tapi aku tak pernah kisah... hidup susah jadikan aku anak yang berhati batu dan degil...

petai

dalam masa yang sama abah rajin buat berbagai kerja untuk tampung perbelanjaan keluarga kami yang makin besar... abah rajin ikut kawan-kawan masuk hutan dan cari petai... kalau ada petai yang dapat abah akan jaja di kedai-kedai dan kami adik-beradik jugak akan tolong menjual petai dari rumah ke rumah... kami cuba tolong apa yang terdaya...jauh kadang-kadang kami berjalan tapi petai yang laku belum tentu lagi... apa nak buat dulu memang barang-barang murah tapi orang belum tentu ada duit nak beli...

abah jugak ambik upah potong buah sawit di kebun-kebun orang lain... tapi pada masa tu memandangkan hasil sawit tak seberapa... betapa kuat pun abah membanting tulang tetapi memang tidak setimpal dengan upah yang diterima... kesian abah... mak pun rajin tolong abah di kebun untuk pungut biji sawit yang peroi... kami selalu makan buat sawit peroi ni yang direbus... rasa dia manis berlemak... dah lama kami tak makan benda ni... kadang-kadang mak pun meraut lidi untuk dibuat penyapu... 

jaga adik

sementara tu kami yang besar ditugaskan untuk jaga adik-adik yang masih kecil.... keluarga kami makin bertambah selepas kelahiran alang dan acik.. aku anak perempuan tunggal dalam keluarga mula dibebani tanggungjawab untuk menjaga adik-adik... ada ketika aku mula rasa bosan... mula terdetik dalam hati aku nak belajar pandai-pandai supaya boleh masuk sekolah asrama dan duduk sorang-sorang... teruk aku kan sangat mementingkan diri....

bila budak kecik dipertanggungjawabkan untuk jaga budak kecik... faham-faham je la apa yang berlaku... kami sibuk nak main je lebih.... ada satu hari tu kami duduk ramai-ramai depan beranda rumah... rumah abah aku rumah kayu asal felda bagi... kat depan rumah tu ada beranda kecil buat kami selalu lepak-lepak... dekat keliling dia ada tiang kecik-kecik untuk kepung sepanjang beranda tu... beranda tu tinggi... ada lah setinggi 1 meter ke bawah rumah... 

masa tu kami jaga alang kecik... dalam umur belum sampai setahun.... mak dan abah ke kebun... aku dan adik beradik lain leka memain... sedar-sedar je kami tengok alang dah ada bawah rumah... ntah macamana dia jatuh aku pun tak perasan... sungguh Allah panjangkan umur adik aku... syukur tak terjadi apa-apa... tapi dia menangis toksah cerita la... mak dengan abah balik pulak tak habis-habis kami semua kena marah... apa nak buat kan...memang salah kami...

nanti-nanti aku sambung pulak ye...Part 4




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...