aku orang susah.... Part 4 - Cerita Ita                                                             aku orang susah.... Part 4 Langkau ke kandungan utama

aku orang susah.... Part 4

salam semua,

bersambung dari kisah Part 3,

TV

dari abah start duduk kat felda tu sampai aku darjah 6, kami tak pernah ada elektrik.... kawasan rumah kami ni kan dalam hutan, tempat harimau bertendang... mana la boleh merasa elektrik macam kat bandar... jadi kami tak pernah ada lampu yang canggih manggih.... peralatan elektrik jauh sekali la.... kami cuma ada tv buruk yang penutup dia dari kayu...kat depan tv tu ada penutup macam sliding door...

tv ni la yang selalu abah sorokkan bila orang datang tanya lesen tv.... kesian abah... kalau dari jauh dah nampak orang pakai kemas-kemas dan pelik-pelik datang abah cepat-cepat angkut tv tu ke belakang bawah pokok cempedak dan tutup...bila orang tu tanya kata kami tak pernah ada tv... zaman aku kecik dulu-dulu nak tengok tv pun kena ada lesen... sekarang ni pun sama cuma bezanya siaran berbayar atau tak je... 

lesen tv dulu tak mahal mana pun... kalau tak silap aku dalam belas-belas ringgit je la kot... tapi aku rasa semua orang akan pelik kenapa la abah beria-ia nak sorokkan tv tu... bayar je la duit lesen tu kan... tak yah nak susah-susah... tapi ramai yang tak tau zaman aku kecik dulu... nilai rm10 tu sangat besar nilainya.... dah la gaji abah aku tak sampai rm30 sebulan nak kena bayar pulak lesen tv yang belas-belas ringgit tu lagi.. terpakslah kami jadi penipu demi kelangsungan hidup.. kesian abah..

ada juga desas desus yang cakap lagi... mampu nak tengok tv tentu la mampu nak bayar... sebenarnya ada rahsia lain lagi.... sebelum kami dapat elektrik.... kami duduk menumpang sumber api dari generator seorang jiran yang amat kedekut.... walaupun dia kedekut aku sangat hargai jasa pakcik ni sampai bila-bila... kami akan ada sumber api dari pukul 7 malam hingga ke jam 10 malam tiap-tiap malam sahaja.... pakcik ni sangat berkira seminit pun dia berkira tau.... ini kan pulak kalau sesen... tapi kami tetap bersyukur... tak la kami bergelap sepanjang malam.... 

aku tak pasti berapa bayaran yang dikenakan tapi yang aku tau abah akan mengeluh setiap kali nak bayar bil... abah kata kalau abah banyak duit abah beli satu generator lain untuk pakai sama-sama dengan kawan-kawan yang takde duit macam abah... jadi kami cuma dapat tengok tv hanya pada waktu tersebut sahaja... itu pun kalau kami ada kerja sekolah mak akan hadkan masa kami tengok tv...

kalau waktu siang abah akan charge bateri untuk kami tengok tv....  itu pun tv akan dipasang pada waktu-waktu nak tengok berita sahaja... kadang-kadang je kami curi-curi je nak tengok kartun... itu pun bila abah tau bateri dah abis.. mesti kami kena marah...

air sejuk

kami juga tak pernah ada peti ais... sampai aku dah darjah 6 bila abah setuju nak masuk elektrik kat rumah... baru la abah belikan mak mesin basuh dan peti ais... itu pun bayar bulan-bulan dekat singer... masa ni pendapatan abah dah ok sikit sebab pokok sawit mula dah nampak hasil....

ada satu pengalaman mak yang mak cerita bila kami dah besar ni... mak kata dulu-dulu mak selalu teringin atau mengidam nak minum air sejuk  masa mak mengandung.... mak selalu doakan supaya hujan bila abah balik dari kebun... sebabnya nanti botol air buat bekal abah tu akan kena hujan dan jadi sejuk macam dalam peti ais... mak selalu kejar botol abah dulu kalau abah balik keja dalam hujan... kesian mak...mak kata kalau dikira ini berdosa dah banyak dah dosa mak..

baju bertampal

baju pulak jangan nak kata kami selalu berganti yang baru... dapat pakai baju pun dah cukup baik... kalau adik beradik lelaki pulak mak dan abah akan belikan seluar pendek je sebab seluar pendek yang paling murah... kalau perempuan macam aku ni abah beli gaun-gaun je senang harga untuk satu baju terus... lagi jimat...

baju pulak kami akan pakai turun temurun sampai dah betul-betul tak boleh nak pakai lagi... along turunkan pada uda..andak..alang...acik... sampai masa nak kenduri kawin along kami korek-korek baju yang mak simpan ada lagi baju zaman kami kecik-kecik... yang akhirnya kami buat kain buruk...

mak pulak selalu pakai kain batik yang dah bertampal-tampal... kesian mak... kadang-kadang kain batik mak dah nipis sangat-sangat... tapi mak pakai jugak... tapi mak takde pilihan sebab mak utamakan anak-anak mak...

abah pun selalu pakai baju yang dah lusuh-lusuh... baju itu la bawak ke kebun dan baju itu jugak bawak berjalan...tapi abah tak pernah merungut sekali pun... aku memang tak pernah dengar... kami tetap hidup bahagia walaupun kami susah... pada abah apa yang penting adalah anak-anak dapat makanan setiap hari... biarlah abah bersusah sikit... tapi pada aku abah memang dah susah banyak....

nanti-nanti la ye aku sambung ye... air mata aku ni dah nak menitik dah...

Ulasan

  1. rasanya hidup kita lebih kurang jer ita. saya ingat lagi masa saya darjah 1, pagi2 kami ke perigi untuk mandi dengan lampu pelita penerang jalan. dah darjah 3 kut baru ada elektrik, dan air masa darjah 4.
    peti ais cuma ada masa saya dah kerja... sebab abah mmg tak suka berhutang, masa saya dah kerja tuh, abah ada jual tanah, so bolehlah nak beli peti ais kecik satu.
    Tapi tu laaaa.. selama hayatnya arwah abah mmg susah, tapi masa dia meninggalkan kami.. hartanya banyak sekali.. itulah dinamakan rezeki.rasanya, tanpa harta peninggalan arwah, hidup saya mmg tak sesenang hari ini.

    BalasPadam
  2. mila:
    hehe... tu la...rasanya kehidupan zaman dulu semua orang lebih kurang sama je....
    sy doakan arwah abah mila tenang di sana...
    terima kasih pd mila sudi baca pengalaman x seberapa ni..
    kehidupan anak2 kita skrg ni jauh berbeza kan?

    BalasPadam
  3. sedih pulak akak baca nie ..
    x per dik semua ini mengajar kita utk lebih menghargai hidup yg kita kecapi skrg .. semoga anak2 juga memahami ...

    BalasPadam
  4. rasa terharu sgt bile baca kisah ita...sebenarnya bila kita dah pernah merasai kesusahan barulah kita menghargai segala yang ada

    BalasPadam
  5. saya pun orang susah dulu. abah penoreh getah. pukul 4 atau 5 pagi gelap2 dah kayuh basikal ke kebun lebih 10 km. kalau time bising ada rimau, pun kadang terpaksa pi juga. tapi sekarang kira okay la..walau tak kaya..anak 13 ada yg jadi doktor pakar dan lain2 pun ramai masuk uni.

    BalasPadam
  6. pengalaman aku dari mula kawin sampai ada sepasang anak2,selalu ada masalah kewangan dan hutang yg tak pernah susut.aku tak ada pelajaran tinggi,isteri pon kerani biasa je.aku rasa susah hidup aku klu tinggal dibandar klu tak berduit.mcm2 aku cuba utk tambah pendapatan tapi semua tak berjaya.tapi aku sentiasa bersangka baik pada Allah mungkin belum dia nak bagi rezeki lagi kot.
    sering bertengkar pasal duit dgn isteri.tak tau la.lebih2 lagi hampir 1thn aku menggangur.semua perbelanjaan isteri aku yg tanggung.perit betul klu tak berduit.aku nekad dlm diri aku klu aku senang aku akan bantu orang susah.sebab pengalaman aku sendiri selalu kesempitan wang.betapa peritnya hidup dibelengu hutang.betul la orang kata klu susah takkan ada orang membantu .cakap boleh la orang melayu ni.biarla hanya aku dgn Allah sahaja yg tau masalah aku.
    aku sentiasa berdoa berselawat mudah-mudahan Allah berikan yg terbaik untuk aku dan keluarga aku.sekarang ni pun aku masih mencari kerja.

    BalasPadam
  7. tolong sambung cerita ini. Saya ingin tahu apa yang akan jadi kepada ayah dan ibu kamu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu dan ayah dah meninggal dunia..

      Padam
    2. tanpa nama : alhamdulillah..mak dan abah masih hidup sehingga sekarang..dan minta tuan tolong doakan kesihatan yang baik dan semoga ibu bapa saya panjang umurnya..

      mohamad fitri : insyaAllah saya akan sambung jika ada kelapangan..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...