muncul semula - Cerita Ita                                                             muncul semula Langkau ke kandungan utama

muncul semula

salam semua,

aha.... aku dah balik... sebenarnya hari ahad lagi aku dah balik tapi semalam cuti lagi luruskan lengan2 yang dah kejang dan lutut2 yang dah longgar kan.....

alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar dan baik dan selamat..... bukan kenduri je selamat... makanan pun sama selamat... alhamdulillah  tak banyak yang membazir.... kalau nak kata tak membazir tu membohong la sangat kan... kalau dah nama buat kenduri kendara ni mesti ada yang membazir..... tapi bagus la yang dibuang pun masih tak melampaui batas....

mungkin sebab kali ni abah buat masakan kampung je kot jadinya semua lebihan pun dengan senang hati diterima oleh jiran tetangga... senang diorang nak panas-panaskan buat lauk esok lusa kan....

menu masa hari rewang tu kami buat keladi masak asam rebus dan kacang goreng + hati + pedal dan sambal belacan... hari kenduri pulak lauk ayam goreng, daging masak kurma, masak lemak nangka dengan kaki ayam, asam pedas keladi, sayur goreng jawa, ulam tenggek burung, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan.... amboi banyaknya lauk kan..... letih woo nak ngabiskan... terliur? tu la sapa suruh tak datang.... orang dah jemput kan....? memula aku ambik lauk tu tak nampak nasi dah... lauk je penuh pinggan... hahaha.... dahsyat tuan rumah ni mengalahkan jemputan....

hari kenduri tu kami diduga hujan yang agak lebat dari pukul 11 lebih pagi tu sampai lebih kurang jam 1 lebih... lepas tu hujan mula turun renyai2... memula2 macam susah hati juga takut lauk tak habis kalau hujan terus sampai petang.... alhamdulillah Tuhan sudi mendengar doa kami hujan berhenti selepas tu selepas shah dan alang bertungkus-lumus menjadi kontrator jalan secara tiba-tiba sebab nak tutup lopak kat tengah laman rumah abah...

semuanya berlangsung dengan baik walaupun tak berapa nak lancar.... yang pentingnya semua dah selamat.....

p/s gambar macam biasa la ye.. aku letak entry gambar je nanti....pssstttt i beli baru dengan tudung baru tau untuk majlis ni...hehe... excited!

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...