welcome back! - Cerita Ita                                                             welcome back! Langkau ke kandungan utama

welcome back!

salam semua,

kejap je dah hari rabu ye? pejam celik pejam celik dah berganti hati... berganti minggu... berganti bulan... lama dah tak update blog ni... baru ni kan aku ada cakap kat korang semua yang aku balik kampung kan.... hujung minggu yang agak meletihkan.... memang sebenarnya bulan ni bulan yang meletihkan... bulan ni la kami sebok nak uruskan rumah dan pemindahan barang2 rumah.... bulan ni sebok jugak beli semua persiapan untuk rumah baru kami.... bulan ni juga sama sibuk untuk persiapan pernikahan dan majlis menyambut menantu kat rumah mak abah kami di johor... letih sangat2 setiap minggu ada program dah plan... bukan setakat setiap minggu tapi setiap hari la....tapi apa nak buat kan hidup mesti diteruskan.... dan perancangan yang dah dirancang pun kena sama berjalan seperti yang dirancang....

cerita pasal nikah... alhamdulillah adik aku, uda yang selama ni kami kenal sebagai orang yang pendiam dan susah nak bergaul akhirnya sah menjadi suami orang dengan satu lafaz akad nikah..... lega kami semua.... jangan tak caya bila dengar uda yang nak nikah makcik aku pun sama tak tidur malam... susah hati... diorang semua kenal uda macamana... dengan sedara mara pun dia tak riuh macam adik beradik lain... tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.... gambar ada dalam laptop la.... esok lusa aku letak gambar je tanpa story mory ok... bagi meriah sikit.....

dengan berbaju putih berseri pengantin selamat dinikahkan di Surau Taman Manis Kulaijaya pada jam 10.30 pagi.... kami tak ada masa akad nikah tu sebab kami bergerak bersama rombongan mewakili pihak pengantin lelaki dari kluang jam 1 tengahari.... yang ada masa akad nikah cuma adik2 aku... alang dan acik serta abah je...tapi kami dapat tengok proses pernikahan melalui video yang alang dah rakamkan... resah uda sebelum akad tu... dah la imam datang lambat sikit, asalnya akad nak dijalankan pukul 9 pagi... cuaca pagi tu hujan renyai2... dua kejap2 gosok hidung nak hilangkan resah... lepas je selamat akad... hilang terus resah uda... kami semua pun sama lega.... lepas stress uda sepanjang malam....

segak pengantin lelaki dan cantik pengantin perempuan....acara seterusnya berarak dan bersanding jam 2.30 petang... perjalanan dari kluang ke kulai tak jauh mana.... kami sampai di masjid kulai jam 2.15 petang... ngam2 sampai ke rumah pengantin bila pengantin nak berarak... masih lagi dalam hujan renyai2.... ada 4 tol sebelum sampai ke pelamin... memula tu tol orang lelaki... ramai lak tu... pasal dah lama sangat abah gi tolak je pengantin suruh ke depan... huhu... lepas... tol kedua... ada orang tiup wisel pulak dengan deretan semua pakai baju jersi.. ceh dah macam main bola pulak dah.... lepas gak lepas kena pau.... tol ketiga.... haaa... yg ni golongan makcik2.... acik bagi satu je pek duit suruh diorang kongsi2.... last2 kena bagi gak sorang satu... pun lepas.... tol terakhir... mak andam... ceh mak andam ni kan takde senyum langsung tau.... masam je muka.. dah la kena bayar mahal.... dia siap mintak tu tol dia seratus... ceh..acik saje bagi rm10 dia pulang balik ko...cett.... fee dia je dah rm2700 tau.. 2 persalinan je tu... payung berkarat...baju kot pun tak gosok... cehh... sempat aku kutuk mak andam lagi tu....maaf la ye...

dah siap semua tu.... kami makan2 dan tengok pengantin potong kek dan kami balik.... letih jugak la.... sampai rumah dah pukul 7 malam pasal kami singgah kat bandar dulu beli paip...

cantik pelamin serba biru.... tapi kan ada cerita best di sebalik pelamin tu... nasib aku tak jatuh tersungkur kat pelamin uda hari tu... kalau tak pelamin anganku musnah la jawabnya... serius korang aku dah terpelecok kat tepi pelamin tu... nasib la ada tiang pemegang... kalau tak sejarah la hari tu..... terus aku call shah suruh ambik aku dari jalan belakang lepas tu agaknya... huhu... seram nak pikir...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...