bersantai di Hotel Zenith...fuhhh... - Cerita Ita                                                             bersantai di Hotel Zenith...fuhhh... Langkau ke kandungan utama

bersantai di Hotel Zenith...fuhhh...

salam semua,

korang dah makan? aku hari ni diet je...kenyang lagi lepas makan jamuan lepas yassin tadi... meriah.. diorang buat cam makan tengahari pulak... banyak menu...

lagi pun hari ni kena belajar puasa pasal tadi malas nak bawak keta kan... sebenarnya hari ni ada orang nak pasang alarm kat rumah... jadi shah cuti dan kena tunggu rumah la.. dia kata dia tak leh la nak hantar makan tengahari cam biasa.. dia suruh aku bawak keta... memula cam setuju tapi bila pikir hari ni jumaat... sure jem... terus dengan manis mulut aku cakap.." abang hantar je la.." hehe...

ni nak cerita kisah malam tadi...kami gi jengah pameran Perfect Living 2011 kot nama dia...hehe aku pun tak ingat... sesaja la kan.. mana tau ada barang berkenan.... tapi la kan... nape la diorang ni suka buat event besar2 kat kuantan ni masa orang belum gaji... aku pelik jugak.... untuk orang ada kad kredit tu ok la.. yang bergantung dengan debit kad cam aku ni.... leh tengok je la...

nama pun perfect kan? barang dia.... mak ko... betul punya perfect! tapi kat penjual je la... kat pembeli.. aku rasa belum tentu lagi.... tapi banyak la sale diorang buat... terpegun jugak orang yang takde duit ni.... aku saje pegi ni ingat diorang ada jual fondue set untuk celup2 coklat tu... kalau ada mau aku nak satu set...tapi takde la pulak.... event ni sesuai untuk orang yang baru je dapat rumah dan tak beli apa2 lagi untuk rumah diorang... untuk kami ni tak bape sesuai...

berangan gak nak beli bantal.. sekali tengok harga... ambik ko... rm199 satu and buy 1 free 1... huhu... aku leh dapat dua puluh bantal harga camni...

last sekali bila keluar tingkat 2 tu nampak ada org lepak2 makan2... kami tengok la menu apa ada... kat situ dia tulis nasi ayam hainan, spagetti, hotdog dengan apa tah satu lagi aku tak ingat... yg ni semua rm5 satu harga dia... air oren gas dan coke rm1 satu... mineral rm2 satu...
tapi kena beli kupon dia rm10 satu.. aku beli la 2 buku... pastu gi tukar 2 spagetti sos tomato, 1 nasi ayam, 3 air oren dan 1 mineral water... habis semua rm20... rasa menu dia... ok sedap! berbaloi la beli... yg penting bebudak balik rumah dah kenyang..ye kan?

ok kita layan gambar kami lepak2 kat Zenith ye kekawan...

menu malam tadi... aik nasi tu dah tinggal sikit la...

sebok ayah dia melayan anak dia makan....mithali sungguh... ummi dia bertali je...sebok ambik gambor..hehe

aaaaa....jaga...

baaaa......hahaha...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat