dapat rezeki kami... sebab blog ni ke? - Cerita Ita                                                             dapat rezeki kami... sebab blog ni ke? Langkau ke kandungan utama

dapat rezeki kami... sebab blog ni ke?

salam semua,

semalam kan aku ada cerita pasal rumput kat laman kami kan? ala kat SINI... ada gak situ aku cerita pasal pakcik sebelah rumah tu kan....

sekali kan... semalam kan.... berapa banyak kan la..... kami balik rumah macam biasa lepas ambik anak2 dari taska.... tetiba pakcik sebelah ni keluar dengan berkain pelikat beri salam.... bukan nak jual kain pelikat tapi dia tanya soklan yang menyebabkan shah tengok muka aku.... tau apa dia tanya...?


soklan dia, " makan ikan aya tak" .... ikan aya = ikan tongkol kalau org johor panggil...

shah terus toleh muka aku... tau apasal? sebab dia tak makan... hehe.... aku yang makan....

lepas tu baru dia jawab, " orang rumah saya makan... saya tak pakcik...kenapa?"

pelik la kan... tetiba je tanya camtu...  ooo... rupanya dia nak bagi ikan tu kat kami.... hehe... rezeki datang bergolek... sapa taknak kan....

pakcik ni kerja kat perikanan.... kat jeti dekat dengan pasar borong  dekat dengan RTM iaitu sebelah opis aku ni.... jadi dia kata ada orang bagi ikan aya banyak kat dia... tu yang dia pass sikit kat jiran2 ni... wah... alhamdulillah... terima kasih pakcik.. semoga rezeki pakcik dengan kami makin murah lagi lepas2 ni ye.....

gambar ikan tu tak sempat snap la... semalam aku siang terus sambil gaduh2 manja dengan anak2... shah gi ot malam semalam... takde sapa leh jaga anak2.... hari ni plan nak masak ikan aya masak kicap la... cam best je kan... makan dengan nasi panas2...huhu... mengancam jiwa...

p/s memang rezeki kami kan...? eh ke..... pakcik sebelah ni baca blog aku ni dan dia terbaca aku tulis entry pasal rumput semalam....eh... eh....errrr.... pakcik.... saya dgn shah memang ikhlas tau pasal rumput tu....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat