Nisfu Sya'ban... best kan? - Cerita Ita                                                             Nisfu Sya'ban... best kan? Langkau ke kandungan utama

Nisfu Sya'ban... best kan?

salam semua,

korang sihat pagi ni? harap semua sihat hendaknya... aku alhamdulillah sihat tapi mamai2 sikit.... pepagi tadi minum madu sesudu bancuh dengan air suam... semoga leh bagi tenaga sepanjang hari ni... mamai pagi ni pasal malam tadi adik najmi buat hal pulak... dah malam tapi mata dia masih segar lagi... siap guling2 atas abg long dgn ummi dia... shah pulak kena ot malam tadi.. balik dah dekat pukul 5 pagi... kesian dia letih.... pagi ni dia sambung tidur lepas hantar aku dgn anak2 tadi... dia masuk keja lepas jumaat kang...

adik najmi pulak dah la tidur lewat tetiba pulak tengah2 malam bangun mengigau... menangis beria2 macam kena pukul... aku basuh muka pun tak jalan... bacakan macam2 pun tak jalan... pujuk2 pun x jalan... marah2 lagi la x jalan... sudahnya aku baringkan atas bantal golek abg long dia... biarkan je dia nak menangis... dan akhirnya tidur sendiri.. siap tersedu2 lagi dia menangis... penat sangat siang semalam kot... asyik main agaknya...

sebenarnya sebelum tu lagi masa aku baca yassin lepas isyak tu dia dah mula dah menangis2... mulanya pasal nakkan yassin tu... aku letak dia kat riba tak jalan jugak... last2 aku baca je sambil biar dia menangis...  dah macam ada orang meninggal lak rasa... akhirnya dia diam sendiri... aku pun tak pasti apa tah masalah dia... ada yg tak kena kot....emmm...

pasal tajuk kat atas tu... tadi jejalan blog kak ANA... ada cerita pasal amalan masa nisfu sya'ban... bestnya kalau boleh buat semua tu tapi entahlah ye... sejak ada anak kecik ni macam susah sikit je rasanya... nak abiskan 1 bacaan yassin je dah banyak dugaan... belum lagi 3x tu... macamana la pulak kalau yg dalam perut ni dah keluar agaknya?


p/s tadi lepas bacaan yassin ada sesi pembetulan bacaan surah Al- Ikhlas... alhamdulillah ustaz yg hadir tu sudi mendengar bacaan kami dan memperbetulkan mana-mana yang salah... terima kasih ustaz...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...