kami lega sikit... - Cerita Ita                                                             kami lega sikit... Langkau ke kandungan utama

kami lega sikit...

salam semua,

semalam kami dah selamat ambik kereta yang kami hantar sejak jumaat lepas... kereta tu dah cukup hayat dia mintak diservice...

memula kejadian malam isnin minggu lepas lagi... mas tu kami dalam perjalanan balik dari rumah mak shah lepas berbuka kat sana... sesampai je kat area felda lepar dia dah mula buat hal... tersengguk2 tengah jalan... aku dah cuak dah.. dah la masa tu dah pukul 10 lebih malam... dengan anak2 kecik ni lagi... kalau berhenti tengah2 jalan camne la pulak... doa je dalam hati apa2 pun biar la selamat sampai rumah dulu....

sampai kat bandar dia makin teruk... lagi hati aku risau tak menentu dah ni.. shah bawak gak slow2... anak2 dah tidur dah masa tu... last2 masa nak naik jambatan ke seberang tu sekali dia berhenti atas jambatan... tak larat dah nak naik... shah paksa gak start2 berulang2 kali... enjin dia tak mau hidup gak... aku tak henti2 berdoa... last2 dia hidup balik... shah tekan je minyak sampai lepas jambatan tu... last2 selamat sampai ke rumah dengan susah payahnya... malam tu gak shah call kawan dia mintak pinjam kereta untuk hantar najmi ke hospital esok paginya... dan kereta kami tu esoknya shah tukar plug dan filter petrol.. masa ni je dah abis rm90.... tapi bila start masih camtu jugak...dan malam tu jugak shah gi hantar buah hati kami tu ke bengkel dekat dengan rumah kami...

pagi esoknya budak tu call dia dah service "throttle body" keta tu... serius pertama kali aku dengar benda alah ni.. budak tu mintak duit service dalam rm20 je.. ok kami boleh ambik semula keta tu pada hari selasa...bila shah bawak masa jemput aku kat opis ni dia jadi lagi.. tersengguk2 lagi...letih...

kena hantar balik ke bengkel... sampai situ budak tu check dan cuba tukar throttle body kami dengan keta lain... ok pulak.. sah la memang benda tu yang rosak... budak tu kata yang recond ada dalam rm500-600 harga dia... dia try cari yang second ori pulak... malam tu gak dia call dapat satu harga dalam rm380...
kami terus confirm dengan dia... jadi pasang... tak sanggup tengok buah hati tu sakit lelama...

lepas tu kami ambik balik keta tu hari khamis... dia dah ok.. tapi masalah pulak asap yang berkepul2 keluar dari eksos yang memang dah lama masalah ni jadi... tapi sebab kami kekurangan modal maka dibiarkan dulu la... tapi bila tengok hari jumaat masa jem ni dah makin teruk kami terus buat keputusan hantar hari tu jugak... tak sanggup dah bau asap sampai masuk dalam keta dah.... kali ni bila tanya untuk overhaul diorang ambik dalam rm450 pulak...

kami pun buat keputusan nak hantar jugak... tapi itu la kan... kalau dah masuk hospital memacam penyakit leh jumpa kan... bengkel pun camtu gak la.... bila diorang check je diorang kata pistin ada masalah... waaah... kena tukar pulak... bos tu kata dalam rm750 semua... shah mintak tawar menawar kat diorang.. last2 dapat la rm650...

sudahnya kami akhirnya tersenyum bila JJN2975 kami balik dengan keadaan yang sangat baik semalam.. enjin pun itu bos sudah kasi cat baru.. hehe... bila bawak (aku yang rasmikan dari bengkel) smooth je... takde dah asap kepul2... lega buah hati kami dah baik sikit.. lepas ni nak ganti pulak yang bunyi2 kat belakang tu... itu shah kata dia boleh buat sendiri... nasib baik buah hati aku sorang lagi ni pandai gak pomen sikit2.. jimat duit upah..

ni semua perbelanjaan kami sepanjang seminggu ni untuk JJN2975:
plug + penapis petrol = RM90
throttle body + service = RM400
overhaul + pistin = RM650
total = RM1140..

wah.. cam nak menangis keluar duit tu... ni la pasalnya kami tak beli baju raya lagi... korban untuk kereta dulu...

p/s sorry la ye kalau ada ejaan alat2 ganti tu salah.. aku bukan budak automotif...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...