menu berbuka.. - Cerita Ita                                                             menu berbuka.. Langkau ke kandungan utama

menu berbuka..

salam semua,

pepagi dah cerita pasal menu berbuka kan.... tapi aku tak nak mengurangkan pahala puasa korang dengan menayangkan gambar makan berbuka kami semalam... jadinya hanya cerita kosong akan mengiringi...

semalam kami dah konon2 berangan nak gi Jalan Beserah... nak gi makan kat steamboat kat East Coast Steamboat la kononnya.... sekali aku call dalam pukul 4 lebih tu... ingat nak book meja kan... sebabnya kami cadang nak berbuka ringan2 je kat rumah dulu pastu lepas maghrib semua baru la berangan nak pegi... jadi nak book dalam pukul 8 la cadangnya.... sekali orang yang angkat call tu kata diorang cuti lagi semalam... bos bagi 2 hari cuti sempena ramadhan... laaaa.... abis semua program....

jadi kami tukar plan pulak petang tu... shah kan bulan puasa ni dia balik pukul 4 petang .... aku pun ambik balik awal gak.. pukul 5... kalau aku tau dia balik pukul 4 baik aku ambik waktu kerja 7.30-4.30 kan... ngam2 leh balik awal... leh masak hari2 kat rumah... ceh berangan.... tapi ada pulak yang pelik bila aku balik awal... alasan aku bila orang tanya... saje je nak rasa rebut2 gi punch card macam orang lain... hehe... aci kan?

petang tu shah gi ambik anak2 dulu pastu dia datang ambik aku pulak... lepas tu kami ingat nak jalan bazaar tapi bila fikir kami dah abis RM15 hari pertama membeli kat bazaar... last2 tak jadi... aku cakap kat dia nak buat kacang phool... aritu tengok kat blog Tiffinbiru CMG tu cam sedap je... last2 shah kata "ummi masak spagetti je la... tak rasa nak makan benda lain..."
ceh macam orang mengidam pulak dia kan...

kami pun terus melencong ke pasaraya Tunas Manja... cari bahan2 yang patut... semua dapat cuma rempah spagetti maggi yang biasa guna tu takde... aku tak ingat pulak ada stok kat rumah..
singgah pulak beli kat Jaya Gading sebelah tu... nasib ada yang kimball punya... belasah je la... beli spagetti sekali kat Tunas Manja cuma ada mee lidi je...

balik rumah macam marathon aku memasak... shah dah selamat bawak jejalan budak kecik yang selalu mengacau aku memasak tu... kelam kabut ko.. dengan daging tak cairkan lagi... aduh.. gigil badan.. last2 sempat jugak ngam2 time berbuka... huh... lega... air kami beli soya campur yeos tu je... senang...

kami biasa buat 2 versi... satu tak pedas "tomato only" untuk anak2 yang pedas mestilah untuk ummi dgn ayah dia... jadinya senang kerja aku... sahur pun makan benda yang sama gak...panaskan je... hehe... mudah kan... meh ikut macam aku ni.... 'pemalas'...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...