alhamdulillah... selesai sudah.. - Cerita Ita                                                             alhamdulillah... selesai sudah.. Langkau ke kandungan utama

alhamdulillah... selesai sudah..

salam semua,

sihat korang hari ni? aku macam tak berapa sihat... suara hampir hilang dah  ni...kaki pun ada rasa sakit2 lagi...

tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari sabtu lepas walaupun ada juga masalah yang tak diduga... biasalah manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan apa yang akan berlaku... harapnya yang hadir pada hari sabtu lepas tak serik nak datang lagi kalau kami ada rezeki nak buat lagi tahun depan hendaknya...

mak, abah dan adik beradik aku kecuali adik aku, acik sampai dari johor cepat 10 minit dari tuan rumahnya yang sampai dari putrajaya dah dekat pukul 10 malam... diikuti pulak along aku sampai pukul 2 pagi dari kuala lumpur...dan last sekali andak aku sampai dah pukul 6 keesokkan harinya...

majlis kami berlangsung dari jam 12.30 tengahari (terlewat sikit dari yang dirancang) dan berakhir dah pukul 7 malam... yang lepas pukul 3 petang ni pun saudara mara dan kawan2 yang  tiba selepas beritahu mereka sampai lambat sikit... hari tu agak mendung tapi syukur sangat sebab lepas pukul 3 petang tu baru hujan rahmat turun selebat2nya...

hari ahad tu kami bawak pulak keluarga kami yang tinggal ni mandi di pantai sepat... suka anak2 main dengan air terutama najmi yang baru pertama kali jumpa air laut.. hehe.. nama je berumah tepi pantai...

abg long pun ceria je bermain dengan sepupu2 dia... balik rumah pulak kami biar diorang mandi kolam pulak kat depan rumah sampai kecut2... hahaha... bukan apa bilas air laut....
gambar seperti biasa la... aku carry forward... dalam kamera la... tapi sayang masa open house hari tu kami lupa betul nak snap gambar... nak suruh adik beradik snap pun lupa... teruk betul kan.... kelam kabut je rasanya...

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...