cerita makan lagi...kali ni Restoran Belangkas Mahkota.. - Cerita Ita                                                             cerita makan lagi...kali ni Restoran Belangkas Mahkota.. Langkau ke kandungan utama

cerita makan lagi...kali ni Restoran Belangkas Mahkota..

salam semua,

ingat tak entry aku yang ni... pasal belangkas...

ni aku nak sambung pulak... disebabkan tak dapat apa yang diidamkan haritu... maka kami buat penjelajahan lagi kali ni... kami pegi ke kota tinggi dengan misi  nak makan belangkas... restoran ni bukak pukul 10.30 pagi... tapi kami gerak dari kluang dalam pukul 11 pagi... aku call dulu suruh diorang simpankan sebelum bertolak... silap pulak cakap kat dia untuk 3-4 orang makan tapi tak suruh bungkuskan sikit...

sampai je kat kota dalam pukul 1 tengahari... sedang elok je azan zohor...

sampai kat kedai dia orang tengah ramai... waktu makan tengahari kan... aku tengok lauk dulu... ada kupang, kerang, lala.... ikan semua... sayur yang ada cuma sayur kacang panjang dan urap je..

bila dah duduk semua anak beranak... oh ya adik bongsu aku ikut sekali... kami gi ambik 4 pinggan nasi... lauk pulak aku pilih yang ni...

belangkas masak sambal (telah diorder 2 jam yang lepas)


 nampak tak telur2 dia atas belangkas tu... dalam tu lagi banyak... tapi pedas gila!

lala masak black pepper...



pijor wooo mulut campur2 lada ni...

sayur kacang...pun pedas... aku kena kesip2 baru leh bagi najmi... dah la dia suka...
dan ikan goreng...

ikan pari bakar... yang ni aku lupa snap pasal ambik kendian...
ada bau sikit la ikan ni... kureng sikit rasa dia...


ni lak gambar ahli rombongan makan belangkas ni...

 alamak gambar adik aku cam kurang sopan sikit kan tengah nganga2.. hehe.. nasib baik masih nampak sopan...

dahi si kecik ni berkerut pasal semua makanan pedas2.. hehe...

ketua rombongan mesti kena snap jugak kan? tengok senyuman lebar dapat belangkas tu.... hehe...

komen menyeluruh aku...: makanan kat sini ok2 je la.. tak la sedap sangat cuma dia ada menu luar biasa je... nasi pulak keras sangat.. sangat susah nak bagi anak2 makan... dan pilihan makanan pulak semua pedas2... aku pun tak tahan lagi pulak budak2... lepas tu kena beli benda lain pulak cover tekak anak2... yang penting ada menu untuk orang mengidam ni... belangkas tu...
kalau korang nak makan leh contact email aku dalam entry lagi satu tu tau... nanti aku bagi no phone.. sebab kalau datang je terus tak sure ada ke tak... masa aku sampai ramai yang tanya tapi diorang cakap dah abis dah belangkas tu...laris ko...

p/s aku makan belangkas ni sambil senyum tau... alhamdulillah rezeki anak... dapat gak merasa setelah berpuluh tahun tak makan... takleh nak kata nikmatnya rasa...
kami jalan2 kat kota lepas tu... pukul 3.30 petang lalu kat kedai tu dah tutup siap susun kerusi semua... senang kerja diorang kan.. sekejap je bukak kedai...

Ulasan

  1. Kat mana tu, saya pun dah cuba makan belangkas berlada kat Air tawar sempena program di Kota Tinggi, anyway masa kecik-kecik dulu,kita orang pangang dan makan telurnya macam tu je...

    Tahniah,ada blog sempat lagi ye you menulis,teruskan usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tumpang tanya sapa ni? mekasih komen...

      kedai ni kat area bandar kota tinggi.. lepas dari stesen minyak shell besar dekat KFC tu ada jambatan... depan je sikit dari jambatan tu ada simpang ke kiri masuk ke stesen minyak esso @ mobil tak ingat sangat.. lepas tu terus lagi masuk ke kiri.. terus jumpa kedai..

      Padam
  2. Saya sekeluarga dah makan kat situ...macam yang penulis cakap ...bagi saya kat restoren tu memang ada keistimewaannya sebab ada belangkas. Kalau kat tempat lain payah nak jumpa... Apa2 pun terima kasih pada tuan punya warung belangkas mahkota kota tinggi... Kalau boleh buat lauk belangkas untuk semua golongan boleh makan...

    BalasPadam
  3. Saya sekeluarga dah makan di restoran belangkas mahkota kota tinggi... Seperti yang penulis cakap, memang terliur bila makan belangkas.. Kalau boleh masakan belangkas biarlah di masak untuk semua golongan , tak pedas dan kurangkan lada hitam... Apa2 pun terima kasih pada tuan punya restoran sebab kalau kat tempat lain payah nak jumpa warung belangkas ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi berkunjung dan membaca blog ni
      ;)

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...