nak gi tukar ic la... - Cerita Ita                                                             nak gi tukar ic la... Langkau ke kandungan utama

nak gi tukar ic la...

salam semua,

korang sihat hari ni? hari ni aku bangun dengan penuh bersemangat sebab hari ni PM nak umumkan belanjawan 2012... harap2 ada la bahagian yang gembira untuk pegawai kerajaan hendaknya... amin...

kalau korang nak tengok seraca online belanjawan ni boleh pergi kat link kat bawah ni petang ni... nak download teks pun boleh kat situ... aku pun biasa dengar online sambil buat kerja lain... nak dengar radio takde pulak kat bilik ni...

mengenai tajuk di ats.. alah cam formal la pulak kan.. aku sebenarnya dah lama dah plan nak buat ic baru ni... bukan sebab aku tak sah jadi warganegara lagi ye... sebabnya pasal nak mengundi la ni.. dulu2 aku daftar pakai ic dan alamat ic aku kat johor nuuu haaa... dah tu shah pulak alamat sini.. bila nak mengundi kan susah... sorang sana sorang sini.. jadi lepas dapat rumah sendiri ni kami ingat nak tukar alamat rumah ni la.. senang leh terus ngundi sini kan...?

tadi aku dah check dengan JPN, diorang bukak sabtu ahad setengah hari sampai kul 2 petang... esok kebetulan shah cuti.. leh la ajak dia gi.. takyah nak kena cuti pulak... kalau aku nak tukar alamat sahaja kena bayar rm2 je tanpa tukar kad... tapi kalau nak tukar kad kena bayar rm10... boleh la kan... ic shah pun dah kalah ic pelarian je aku tengok.. buruk benor dah...

p/s eh ada ke masa2 lain kena tukar ic selain buat 1st masa umur 12 tahun dan kena perbaharui masa umur 18 tu ye? aku tak pernah tau la... korang tau tak?

ni link untuk Belanjawan 2012 nanti...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...