update check up 10/2011 kali ke 2 - Cerita Ita                                                             update check up 10/2011 kali ke 2 Langkau ke kandungan utama

update check up 10/2011 kali ke 2

salam semua,

pagi tadi aku gi check up selepas 2 minggu.. cepat je kan masa berlalu... sekejap je dah nak masuk 32 minggu... serius kali ni memang aku rasa macam terlalu cepat... mungkin sibuk melayan abg ngah yang baru je nak masuk 1 tahun 5 bulan tu buatkan aku rasa masa makin cepat kot...

pagi tadi macam biasa aku check up kat Klinik Desa Kg. Kempadang.. aku suka klinik ni.. staf dia peramah... diorang semua kenal orang yang datang selalu2 cam aku ni.. baru lat setahun dah datang lagi.. hehe... klinik dia pun selesa... bersih.. dan yang paling aku suka cepat je service dia... macam tadi pagi aku masuk dah dekat pukul 8.30 pg... siap semua dalam pukul 8.45 pagi... cepat kan..? tapi salah satu faktor dia hari ni orang tak ramai datang pagi2 kot... ramai pelanggan dia orang kampung sini je... dan suri rumah sepenuh masa.. jadi diorang akan datang klinik bila dah selesai tugas dengan anak2 kat rumah.. jadi peluang untuk orang yang bekerja dilayan dengan cepat kan..

ok mari kita tengok hasil check up aku hari ni:

berat badan: naik jugak sikit walaupun aku tak bape selera sekarang ni.. dari 67.4 kg lepas naik  ke 69 kg... alhamdulillah naik 1.6kg.. memuaskan je sbb patut kena naik 2kg/ 2 minggu..
tekanan darah: 90/60... turun banyak tu...biasa2 pun 100/70 @110/70.. mungkin sbb semalam tak leh tidur lena.. panas noo rasa badan..
Hb: masih takleh nak check sbb kit dah abis..
jantung baby: yg ni sebenarnya dah check start check up yg lepas tapi aku lupa nak update...yg lepas 135beat.. kali dah 142 beat dah.. makin cergas kan..alhamdulillah...
pesanan klinik: teruskan catat gerakan anak.. sangat aktif tau dia ni..

next check up pada 2/11/2011, yang ni kena check sekali dengan OGTT.. harap2 aku lepas la ujian last ni...

p/s tadi masa pegi check ada sorang perempuan ni.. tinggi darah dia.. masa check dah 160/90... kena check setiap selang sehari... kesiannya dia.. harap2 jangan la aku kena camtu...
jugak aku teringat kisah seorang ibu meninggal pasal high blood pressure ni masa aku lahirkan najmi dulu... tinggi betul darah dia masa admit tu dah 220.. al fatihah untuk arwah.. apa khabar anak dia skrg ni kan...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...