kadangkala kita memang perlu sangat bersyukur kan? - Cerita Ita                                                             kadangkala kita memang perlu sangat bersyukur kan? Langkau ke kandungan utama

kadangkala kita memang perlu sangat bersyukur kan?

salam semua,

hari ni aku macam rasa bersalah pulak lepas komen kat salah satu status FB kawan aku masa sekolah dulu... sorry ye kawan... aku bukan sengaja nak melukakan hati2 guru di malaysia ni sebab aku memang menghargai sangat jasa guru2... tak termasuk la cikgu aku yang suka pilih kasih masa kat sekolah dulu... ooo.. cikgu tu sampai sekarang masih ingat kat aku tau... hehe... pasal aku selalu tak buat kerja rumah dia tanda protes... hehe... jahat aku ek.. cikgu tu puas dah denda tapi aku degil... lupakan je la kisah cukgu tu tapi terima kasih juga dia sudi ajar aku masa tu...

ceritanya tadi aku terbaca status kawan aku kat FB tu la... dia ada tulis senarai tugas yang guru2 buat... aku suka tu sebab ada orang yang memang tak nampak atau buat2 tak nampak apa yang cikgu buat hari2 tak tak menghargai langsung jasa guru...

tapi maaf ye kawan2 aku terpaksa membuat komen supaya kalian menghentikan komen2 yang akan akhirnya membuat orang lain lebih tidak hormat dengan kerjaya korang tu... serius aku cakap ni... bila aku baca komen2 tu semua aku makin rasa yang korang macam dah tak ikhlas dengan kerja korang... apa pulak tanggapan murid2 korang nanti bila baca komen2 camtu kan?


sebahagian dari komen yang aku buat:


"sebab itu menandakan cikgu serba boleh... tapi bila setiap kerja kita sebut2 dan berkira2.. hati akan jadi tak ikhlas dan kerja hanya akan jadi sia2... jangan tersinggung ye.. aku nak ingatkan diri sendiri jugak... kadang2 aku fikir kita mengeluh dengan kerja kita hari2 tapi bila fikir2 kita masih lagi boleh cuti bila menyambut perayaan tertentu... jumpa org yang tersayang kita setiap tahun.. buat aku rasa masih bersyukur aku dapat kerja ni berbanding dengan org yg terpaksa bekerja meninggalkan keluarga tanpa dapat cuti setiap perayaan istimewa...mungkin lebih banyak lagi yang mereka terpaksa korbankan... "

aku sangat serius dengan apa yang aku sampaikan ok... aku juga nak menyedarkan diri sendiri yang kadang2 terleka... mengeluh... marah dan tak puas hati dengan kerja hari2.... aku akui kadang2 aku mengeluh juga bila kena berdepan dengan penyakit zoonotik (boleh berjangkit dari haiwan ke manusia) yang boleh menyebabkan kami berdepan dengan macam2 risiko terutama kematian.... malah elaun kritikal pun kami tak dapat... kami boleh beli insuran untuk cover tapi dari mana sumbernya? gaji bulanan? kalau golongan pegawai mungkin takde masalah tapi golongan pekerja bawahan macamana pula? mereka yang selalu berada di barisan hadapan bila ada masalah...
tapi bila difikirkan semula, kami ini lebih baik dari orang ada pekerjaan tapi bila2 masa akan diberhentikan macam pegawai kontrak kerajaan...kalau betul terjadi siapa nak sara anak2 mereka...? kami juga lebih baik dari sahabat aku yang dah habis latihan KPLI tapi masih tak dapat penempatan di mana2... kami juga jauh lebih baik dari orang yang dah 10 kali pergi ke interview jawatan di SPA tapi masih takde peluang.... kami juga lebih baik kerana sentiasa dapat beraya bersama keluarga tersayang walaupun di saat tu ada kawan2 yang terpaksa korbankan cuti untuk berkhidmat pada negara....

maaf kalau apa yang aku luahkan ini menyinggung mana2 blogger atau pembaca tapi aku rasa kadangkala kita perlu untuk ambik masa...  dan renungkan setiap apa yang kita buat dan dapat hari2... insyallah kita kan rasa lebih bersyukur dengan nikmatNya...

p/s siapa pun kita, apa pun perkerjaan kita sebenarnya itu landasan untuk kita ke akhirat nanti... semoga mendapat keredhaanNya... insyallah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...