kesian abg ngah lagi.... oral trush pulak... - Cerita Ita                                                             kesian abg ngah lagi.... oral trush pulak... Langkau ke kandungan utama

kesian abg ngah lagi.... oral trush pulak...

salam semua,

kan aku ada cerita pasal abg ngah sakit sebelum ni kan....

pagi ni aku memang dah rasa macam zombie dah gi keja... pasalnya tak cukup tidur... anak bujang tu gasak menangis tengah2 malam... kesian dia.. lidah dia sakit kot.. aku tengok yang putih2 tu dah jadi merah2 pulak... aku try bagi orregel yang abu bagi 2 minggu lepas tapi tak jalan pulak aku tengok...makin meraung2 dia menangis... terus kami dah tak reti nak buat apa dah...

kami try bagi susu pakai straw.. dia minum sikit je... makan pun terus nak telan sampai nak termuntah2... kesian betul aku tengok... kejap2 kang dia tunjuk botol tapi bila tanya nak susu tak dia geleng kepala... pastu kejap kejap tunjuk kat dada aku... sambil kata nak... bila aku sua dia cuma letak je mulut dia kat puting nak jilat pun macam takut... alahai.. tak reti dah aku nak buat apa...

lepas tu bila dah penat sangat merengek dia tertidur... pastu bangun balik siap nangis2 macam orang mengigau... mesti perut dia lapar... nasib kami ada stok soya kotak kat rumah ..leh la dia sedut2 sikit2... lepas tu pagi2 buta pulak pakat bangun tengah malam sambil main2... aku kena berjaga lagi...wah... dah 2 malam tau... betul dah rasa cam zombie ni.... pagi tadi pun masa tunggu giliran nak ambik darah aku isi masa dengan baca buku... boleh aku tersengguk tahap bahaya punya... gaya orang tengah dengar ceramah yang teramat mengantuk tu... sila bayangkan ok... siap aku toleh kiri kanan kot2 ada yang terperasan lak kan.... malu ooo...

lepas aku abis check up tadi aku ajak shah beli antifungal kat farmasi... tapi lepas 2 farmasi aku tanya takde aku buat keputusan ambik abg ngah gi klinik al amin je terus... nasib kami sempat sampai sebelum diorang tutup kaunter...

bila doktor check betul confirm fungal infection... abg ngah kena oral trush... aduhai sakitnya nak... aku pernah kena dulu sebab tu aku leh bayangkan sakitnya camne... tapi aku dulu lagi teruk la... sampai nak gugur gusi rasanya... kesian anak aku... sebab tu sebelum ni dia kena demam panas tu...

alhamdulillah kat klinik ni ada stok antifungal, diorang bagi sekali ubat tahan sakit dan ubat demam untuk standby... harap2 lepas ni abg ngah bertambah sihat... rindu nak tengok abg ngah minum susu dan makan banyak2...

semoga abg ngah cepat sembuh....amin....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...