15.12.11 - Cerita Ita                                                             15.12.11 Langkau ke kandungan utama

15.12.11



Cubalah sensitif sikit...
14.12.11 jam 11.45mlm
salam semua,
adik Nur dah lena dalam cot dia..cuma sekejap2 dia tersentak sebab bunyi2 sekeliling.. Aku masih tak boleh lelap sebab nak menunggu keputusan ujian darah diorg ambik pukul 10 mlm tadi..susah hati dah ni..kalau keputusan makin naik kami kena ke hospital jb..sangat2 susah hati...
Eh lari tajuk pulak.. Tajuk kat atas tu berkisar pasal pelawat yang datang ke wad ni..kat hospital ni dah terang2 tulis waktu melawat pukul berapa tapi ada jugak yang masih berdegil.. Faham2 je la wad yang diorg pegi ni wad baby..ada yang baru je lahir..boleh katakan semua susukan anak dengan susu badan..boleh bayangkan situasi dia macamana kan?
Ni ada pulak waris2 yang sangat2 tak sensitif taknak balik2 walaupun jam dah hampir pukul 12 tengahmalam dan walaupun dah diberi warning byk2 kali! Wei kami ibu2 ni nak berehat..baring2.. Lelapkan mata kami..tapi kalau ada org lelaki ke hulu ke hilir walaupun dengan alasan jaga bini..jadi tak selesa la kami2 ni..pepaham je la..macam ni punya org pun ada ke..kalau leh aku pun nak suruh laki aku jaga tau.. Cubalah sensitif sikit.....

p/s nak pakcik jaga tu tarik bawak keluar ke?



Adik Nur masih berjuang...
15.12.11 jam 4.15 petang
salam semua,
dah petang dah ni, tadi pagi pukul 5pg ada diorang ambik darah adik Nur..keputusan dia makin naik ke 19.2.. Aduh..susah hati dah ummi ni nak..setakat ni keputusan adik naik turun je..dah tu pagi tadi bila doktor buat round dia suruh ambik darah lagi..jadinya pukul 12 tadi satu lagi sesi menyakitkan untuk adik Nur..bila dia keluar ada 3 tampalan kat kaki dan tangan..kesian adik..meleleh air mata dia..
Keputusan ujian masih belum sampai..berdebar rasa tunggu keputusan..
Adik Nur cepat la sihat dik..
p/s sakit2 badan pulak rasa mandi dengan air sejuk..


Doa kami sentiasa untuk adik Nur sayang...
15.12.11 jam 8.08 mlm
salam semua,
adik Nur tengah kena ambik darah kat dalam ni..menjerit2 dengar suara dia..mujur aku pernah ada pengalaman dengan abg ngah dulu kalau tak mesti aku menangis dengar..
Keputusan ujian tengahari tadi 18.8..alhamdulillah dah turun sikit walaupun tak banyak..harap2 dapat turun lagi malam ni..cuma yang agak merisaukan aku, adik Nur ni tak nak berak dari malam tadi..tu yang payah nak turun kot.. Eh jap2..aku nak tengok pakcik jaga halau suami orang sebelah ni...hehe...lega sikit kan..boleh la baring2 sambil bukak tudung..selesa sikit..
Eh adik Nur dah keluar la..aku nak tetekkan dia dulu...bebila aku sambung ek...


p/s bila dengar anak2 nangis kat wad sebelah ni..teringat pulak kat anak2 kat rumah...apa la yang diorang tengah buat agaknya..



Alahai..akhirnya airmataku menitis juga..
15.12.11 jam 10.45mlm
adik Nur punya saluran iv drip dah tersumbat! Bengkak pulak tangan adik..diorang cuba letak yg lain tak jumpa salur darah dia yang elok..semua dah kena cucuk sebab nak ambik darah...
Lebih sejam dia kat dalam tadi..bila keluar misi terangkan apa jadi dan minta maaf banyak2.. Aku akan ingat SN Suriati ni..jarang ada misi camni..aku tak salahkan dia pun dah tugas dia kan..nak buat camne...dan airmata aku menitis bila dengar misi tu minta maaf..sedih pulak rasa hati..sampai pulak sekali dengan adik Nur yang tengah tersedu2..lagi tersentuh hati aku..last2 tadi misi tanya doktor..nak pasang iv drip lagi tak..doktor kata tak perlu sebab tadi bacaan dia dah turun lagi ke 16.4 dan adik kena tukar treatment ke single phototherapy je..alhamdulillah..Ya Allah..rasa kerdil aku saat ni.. Dia masih sudi mendengar doa hambaNya ini...
p/s sesiapa yang sedang hadapi masalah@tengah mengalami sakit termasuk sakit nak bersalin boleh amalkan doa ni:
Ya Allah, Kau permudahkan urusan hambaMu ini..sesungguhnya aku adalah antara orang yang menganiayai diriku sendiri..amin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...