kursus free di DMMC... - Cerita Ita                                                             kursus free di DMMC... Langkau ke kandungan utama

kursus free di DMMC...





salam semua,

apa khabar semua, aku senyap 2-3 hari dah ada yang tanya dah bersalin ke belum? mekasih la korang ambik berat ye.... aku belum bersalin lagi tapi dah start rasa contraction sikit2... walaupun tak bape kerap... tapi semalam dan hari ni dia dah start contraction yang lama2... risau juga kalau aku tak sempat nak update blog ni nanti.... jadi sebelum cuti lagi panjang aku update dulu la ye...

bulan lepas aku ada pergi kursus free kat Darul Makmur Medical Centre (DMMC)..... kursus mengenai pemakanan semasa mengandung...

best kat dapat peluang camni... aku pergi la.. kursus berlangsung 1 jam je... dari kul 10 pagi sampai kul 11 pagi...

kursus ni anjuran susu S26.... diorang sambil nak promosi susu untuk ibu mengandung dan menyusu tu sekali... aku tak kisah diorang nak promosi pun yang penting dapat ilmu dan sesuatu masa pegi kan.. itu yang penting... masa aku pergi ni shah duduk rumah jaga anak2...ala sekejap je kan.. satu jam je...

masa kursus tu ada la dapat cenderahati beg kecik dia dengan sapu tangan...
alhamdulillah rezeki....

lepas kursus pulak ada makan free.. nasi lemak, susu sampel (ramai orang buang dalam tong sebab terlampau pekat, aku minum abis pasal aku memang suka susu pekat2) dan air teh o... alhamdulillah rezeki lagi...

dan selepas kursus tu jugak ada DMMC promosi pasal pakej bersalin kat sini... sehingga bulan 12 ni diorang buat promosi RM1680 untuk sesiapa yang booking... kalau harga biasa dia RM1980... kira ada diskaun RM300 la... aku dengar je la.. tak mungkin nak bersalin kat hospital swasta... aku tak berapa percaya la...hehe... ni pendapat peribadi saja ye...

lepas tu aku gi ronda2 sekitar blok tu... dan aku snap gambar2 lebih2 kurang... meh la layan gambar dulu....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...