update check up 12/2011 kali pertama - Cerita Ita                                                             update check up 12/2011 kali pertama Langkau ke kandungan utama

update check up 12/2011 kali pertama

salam semua,

pagi ni sempat aku pergi buat check up untuk bulan 12 ni... suspens jugak semalam pasal budak dalam perut ni dah start mengeras2 dah ni.... jap2... ni pun rasa gak dia mengeras ni... tapi tak kerap sangat dalam 1 jam sekali gitu kot.... kalau ikut pengalaman masa abg ngah dulu... contraction rasa macam ni hari khamis... jumaat dia dah selamat keluar... apa2 pun doakan kan aku dan anak selamat ye kawan2...tajuk kat atas tu saje je aku buat kali pertama.. mana tau kalau tak keluar lagi sempat kali kedua kan...?

pagi tadi buat check up, misi2 dah senyum dah... diorang ingat dah selamat bersalin dah... ye la abg ngah dulu dah keluar 10 hari awal dari due date kan.... aku senyum gak... dia belum nak keluar baru acah2 je...

semalam masa rasa contraction pun aku gosok2 perut pesan kat baby kalau nak keluar bagi ummi makan kenyang2 dulu... tidur lena2 dulu supaya kalau dia keluar ummi cukup tenaga...... psiko kan? hehe...layan je la...

hasil check up hari ni:
berat badan: dah turun pulak dah... dah 69.9kg je... turun 300 gram...
tekanan darah: 90/60.. masih maintain...darah aku memang rendah ye?
anak memang dah masuk posisi yang betul cuma masih tak masuk pelvik dengan tepat lagi... misi tadi pun cakap budak masih tinggi... aku pun rasa tau perut aku ni masih tinggi... dia tak turun pun... jangan jadi overdue sudah la...
tapi misi tu pun nak sedapkan hati aku... kadang2 orang bersalin ni bukan sama.. ada yang nak bersalin terus perut dia turun jadi tak yah risau la...

ada lagi yang aku rasa pelik, dada aku ni rasa cam berdebar2 la dari semalam... nafas pun rasa macam tak cukup je... ke aku jadi camni sebab risau sangat?

aku bagitau dgn misi tu dan dia cakap kalau aku rasa masalah ni berlanjutan terus gi hospital untuk check, sebab dia takut tu salah satu simptom eclampsia atau dipanggil sawan mengandung... eclampsia ni boleh terjadi dengan kehadiran tekanan darah yang tinggi tapi pernah jugak ada kes tanpa simptom yang jelas... buat aku cuak je kan?
harap2 takde la benda yang serius camtu kan?.... aku berdoa je moga dijauhkan....amin...

eh aku baru teringat aku lupa update keputusan OGTT last aku hari tu kan? ada sesiapa perasan ke... hehe...
alhamdulillah masih free dari diabetic... result sebelum 4.1 dan selepas 5.0...

p/s aku betul rasa cam nak dekat je due ni... serius ni aku rasa macam takut je...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat