nak tau rahsia baju bau wangi dan tahan lama??? - Cerita Ita                                                             nak tau rahsia baju bau wangi dan tahan lama??? Langkau ke kandungan utama

nak tau rahsia baju bau wangi dan tahan lama???

salam semua, hari aku nak bagi petua sikit pasal sabun pencuci dan pelembut pakaian yang korang patut pakai.... kalau dah pakai yang ni confirm korang akan terus melekat-lekit kat produk ni dan dah pusing lain dah.... (kecuali sabun dan pelembut ni dah naik harga la...hehe....)

aku iklan ni free je tau takde kena bayar dengan pihak memana atau ditaja oleh sapa2 pun...

aku nak cadangkan sabun ni kalau korang tak pakai lagi...



kalau tengah musim hujan memang berbaloi pakai sebab sama macam iklan dia yang cakap baju tak berbau hapak....

kalau jenis macam aku yang suka basuh baju memalam dan pepagi baru nak sidai sangat sesuai ok... sebabnya bila bawak keluar baju dari mesin basih pagi-pagi tu bau cam baru je lepas basuh....

dan oleh sebab kami basuh pakai mesin auto... sabun jenis cecair camni memang sangat menjimatkan... percaya atau tidak dengan baju anak2 yang kami basuh setiap hari dan baju aku dan shah yang aku basuh selang 2 hari tu kami cuma gunakan sabun yang 4.5 liter tu untuk 2 bulan... harga pun baru je RM24 untuk 4.5 liter dan selalunya kami cari tempat yang boleh jual semurah RM19.90....

sangat berbaloi2 ok...

ini pengalaman aku menggunakan sabun TOP ni sepanjang TOP ni dikeluarkan...kalau dulu2 pakai sabun serbuk dia...

korang boleh rujuk SINI untuk maklumat lanjut...

psssttt... dia halal jugak tau... leh rujuk SINI

pastu yang ni aku nak promote pulak pelembut pakaian yang aku baru je guna.... aku tak perasan bila ntah ada kat pasaran benda ni... selama ni aku dok guna Downy je...macam fanatik la pulak...

tapi bulan lepas tetiba je jalan2 kat carrefour terpandang la jenama TOP ni jugak....



maka kami beli untuk proses menerai....maka hasilnya... nah ko!

aku confirm tak tukar lain dah....pasal apa tau.... nuuuu haaaa.... baju aku yang berlonggok seminggu menunggu dilipat tu sangat la berbau harum.... kalau letak orang dalam timbunan baju tu aku confirm orang tu masih boleh hidup lama sebab boleh bernafas dengan lega pasal sangat berbau harum ok.... tapi sila jangan timbun baby yang sebaya dengan husna ok... kalau korang nak timbun jugak jangan kaitkan nama aku....

korang cuba la.... serius baju pun senang je gosok....
bila dah pakai pelembut ni aku rasa nak cuci semua baju yang ada tau walaupun belum pakai pasal baunya yang tersangat best...
maklumat lanjut boleh gi SINI

dan juga sekali lagi....halal... leh rujuk SINI

p/s biasalah kalau sabun ada banyak2 kaler pilihan kan.... tapi aku lebih suka yang warna biru..... tenang je ko....

Ulasan

  1. izwa mmg dh lama pakai top..wangi jek..

    BalasPadam
  2. skang ni saya pkai dynamo yg campur downy tu. Dah nak habis, nnt boleh cuba TOP plak..hehe

    BalasPadam
  3. Tapi yg merah tu kalau lambat jemur atau indoor drying busuk sikit bau nye kan? pasni nak try biru la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah guna yang merah.. memang tak suka bau dia sejak dari mula..stick on blue je...

      Padam
  4. thanks, it's really helpful

    BalasPadam
  5. Klu mesin 13kg,brp sukatan liquid dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami pakai mesin yang 10kg... kalau baju anak dan kami hari-hari pakai cuma guna dalam 1 tutup sabun dan 1/2 tutup pelembut je.. kalau toto sabun tetap sama cuma pelembut tu lebihkan sikit jadi 2/3 tutup..

      Padam
  6. Ade jiran sblh umh pkai sabun ape thah...tiap kali dia jemur kain...mak oi x tahan bau yg meresap ke seluruh dapurku tersangatlah wangi...nk tanye malu...hehe

    BalasPadam
  7. Nt nk tray top plak? Botol wrn pa paling bau wangi?

    BalasPadam
  8. aku pakai top jgk n downy softner

    BalasPadam
  9. Sya pun ada la jugak guna sabun top,wangi...selain itu jugakkk downy pun wangi,...kalau campur i rasa lebih wangi.......:-D

    BalasPadam
  10. saya cadangkan anda cuba sabun Q-fazz buatan muslim tanpa lemak haiwan n tanpa coustic soda 4 in 1 masaalah n apa yg anda cari ada padanya..cubalah!!

    BalasPadam
  11. As salam..sy cadangkan kalian menggunakan sabun jenama Q-Fazz buatan muslim malaysia tanpa lemak haiwan,tanpa soda coustic, halal tanpa perlu menggunakan pelembut lg... segala apa permasaalahan yng dihadapi n kehebatan produk yg dicari dari penggalaman sy ada pada produk ini.-fb-buihbuih sabun terhebat-

    BalasPadam
  12. Boleh share cara guna for both detergent n softner.. kadang2 kena tau cr guna gak nr bau kekal wangi.. ada setengah ckp campur sekali pencuci n pelembut ms mula2 masukkan kain.. betul ke.. or ada cr lain.. minta share ye.. thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya yang guna mesin basuh auto memang kena masukkan sabun dan pelembut sekali.. kalau basuh dengan tangan dan mesin semi auto saya tak sure la pulak..

      Padam
  13. tp klu downy lbih wngi kn ? sbb sy sllu gnr downy

    BalasPadam
  14. makasih ya infonya sangat menginspirasi ya...
    dan ini memberikan ilmu baru .. oya kalau untuk tips merawat kaos kaki muslimah seperti apa ya..
    salam sukses

    BalasPadam
  15. untuk yang mengalami alergi, resdung, asma, ekzema...
    boleh cuba sabun ni...

    GET CLEAN FRESH LAUNDRY CONCENTRATE...SABUN BAJU YANG BEST!!

    BalasPadam
  16. Sy biasa gunakan sabun serbuk amway....busuk Pon tidak, wangi Pon tidak...kelebihan dia baju lps basuh jadi lembut, xperlu bubuh pelembut....

    BalasPadam
  17. Saya pakai TOP gak...tapi Top 5. Keluaran bumiputera...baju bersih dan wangi....boleh check kat Page Top5

    BalasPadam
  18. Sy pon guna Sabun Amway, Amway lebih unik Dan aneh....baju Tak busuk, wangi pon tidak...pastu buih kurang atau kadang2 takde buih....pastu baju jadi lembut mudah nk iron...Sabun Amway legend Zaman berzaman....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...