Njoi dari ASTRO... betul ke free? - Cerita Ita                                                             Njoi dari ASTRO... betul ke free? Langkau ke kandungan utama

Njoi dari ASTRO... betul ke free?

salam semua,

korang sihat hari ni? alhamdulillah aku bersyukur masih sihat dan boleh tersenyum hari ni sebab hari gaji kan? hehe.... oppsss... tapi hari ni bukan nak cerita pasal gaji ok...

sebelum tu nak ucap tahniah kat ADIK ni jap pasal kejayaannya dapat kemasukan ke matrikulasi... dengar cerita dapat kat Muar ye dik?

itu pun bukan cerita sebenar ye...

yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal call dan sms yang shah terima semalam... ada sms dan call dari astro mengatakan ada siaran satelite yang tidak berbayar dan boleh dapat free....baca betul2 tu... FREE ok ataupun lebih suka kalau disebut PERCUMA.... kami suka sangat bab2 ni...

dijadikan cerita, disebabkan kami adalah pengguna astro tak berapa tegar sebelum ni (pasal kadang2 lupa nak bayar).... maka kami telah buat pemotongan perkhidmatan semenjak bulan 3 yang lepas... dan kami mula membiasakan diri dengan channel yang sedia ada menggunakan ariel kecik di atas tv kami yang agak gedabak tu.... kami nampaknya tidak mengalami apa2 kesulitan apabila talian astro dipotong dan anak2 pun sudah membiasakan diri terutamanya abg long yang kaki tv tu....

tapi dengan tiba2 semalam shah dapat call dan sms dari Astro mengatakan dia akan hantar kad untuk perkhidmatan siaran satelite percuma bernama Njoi.... balik2 je aku bersemangat nak check internet dan tau apa yang aku dapat?

ni dia.... ni semua channel yang dia bagi free....



dan ada satu yang tak bape best la.... yang ni....yang no 16 tu haaa....




maknanya kami tetap kena simpan ariel kecik kami tu untuk tengok channel yang lain....

korang yang nak belum ada astro pun boleh masuk, ada syarat... kena bayar dalam RM388 untuk pemasangan dan dekoder dulu....

maklumat lanjut boleh tengok kat SINI ok...

p/s tak sabar nak tunggu kad free tu.... sejak guna ariel kecik tu tv2 payah nooo nak terang.... asyik bergoyang dangdut je dia...

ada update terbaru di SINI dan SINI ye...





Ulasan

  1. wah syoknye ita.. tp free pn kena bayar gak eh.. biasalah tu hehe

    BalasPadam
  2. hehe.. biasalah mana la ada benda betul2 free dalam dunia ni adak...tandas pun kena bayar..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...