Makin membesar semuanya... - Cerita Ita                                                             Makin membesar semuanya... Langkau ke kandungan utama

Makin membesar semuanya...

salam semua,

nyinggah jap kat sini.... hari ni nak ambik kesempatan cerita pasal anak2... lama dah takde cerita pasal anak2... eh ye ke?



Abg Long:


hari-hari makin kurus dan makin cerewet pasal makan... apa nak jadi agaknya... kalau time dia nak makan...berebut2 semua nak disuap ke dalam mulut.... sampai kadang2 nak termuntah dah.... sebab selalunya makin masa dah lapar sangat....

berat masih macam dulu gak... naik pun sikit je dalam 500 gram je... ceh dah macam adik husna dah....

mulut makin riuh.... sebijik cam ummi dia.... walaupun pelat dia tu tak hilang2....

makin pandai berkawan.... pandai merajuk.... pandai bermanja.... memang yang paling manja dalam 3 beradik ni....

abg long dah pandai pergi bilik air sendiri... buang air kecik dan besar sendiri termasuk cuci sendiri..... cuma mandi je yang tak berapa bersih.... berus gigi paling pandai walaupun tak pandai berus sendiri tapi dia sangat sabar tunggu orang beruskan gigi dia....

hari2 sekarang ni asyik cerita pasal sekolah kat rumah atuk wan yang banyak mainan.... huhu... dan hari2 mintak ummi hantar sekolah sana tapi ummi pun kena tinggal rumah atuk wan jugak.... camne tu?

kalau aku jawab "ummi keja la nak...."
mesti dia jawab balik... " ummi keja kat sana la"
hmmm...... kalau la boleh....




Abg Ngah:

dah makin besar....aku lebih rela dukung abg long dari dukung abg ngah ni.... sejak dia berhenti susu kejap hari tu berat dia macam susut sikit tapi lepas tu tetiba je teringin nak botol.... mujur aku tak buang lagi botol susu lama dia... cuma susu je dah jual kat pak long dia... last2 aku letak je susu abg long dia.... lajuuuu je dia abiskan... dutch lady coklat kan....

lepas tu selamat duit ummi ko nak.... jimat sikit.... sebelum ni dia minum isomil... tak larat bila harga makin naik mencanak2.... yang ni tahan sikit sekilo baru rm23++ ....minum bebanyak pun takpe.... tapi aku perasan kulit dia tak secantik masa minum isomil dulu la....

dia dah pandai cakap macam2.... pendek kata semua orang cakap dia nak ikutkan.... minggu lepas aku bawak dia gi tengok pertandingan karaoke kat tempat keja aku.... sampai hari ni.... setiap hari pegang mikrofon sambil berbunyi.... "ku cinta.....ku cinta...." ....tak larat nak dengar dah....

kalau memalam pulak time aku bacakan surah 4 kul dan ayat qursi sebelum tidur...boleh pulak dia ambik dan letak segala buku yassin kat depan aku... aduhai...

kalau org baca doa dia dah pandai aminkan sambil senyum2 comel....

kalau pegi mana2 mesti orang akan kata dia anak perempuan.... lebih2 lagi bila dia senyum2.... dan mesti orang kata dia ni lain dari 2 beradik dia yang lain tu....

abg ngah dah pandai kayuh basikal sikit2.... pandai makan sangat2..... semua benda dia makan... tak pilih2 pun... pandai sangat sayang adik.... lebih protective dari abg long dia.... dah pandai main bola.... dan pandai conteng2....



Adik Husna:

adik dah makin lebar.... hehe.... lebar pipi je.....  atuk wan panggil budak layut.....

adik dah pandai berlecap2 mulut bila tengok orang makan.... pandang sambil mata tak berkelip2....

adik dah pandai ketawa bila diagah.... bahagia bila dengar adik ketawa.....

adik dah pandai meniarap dah..... sejak 27hb lepas.....



alhamdulillah adik masih minum susu ummi sahaja buat masa ni.... aku ada terbaca kat mana ntah... bila sampai 6 bulan berjaya susukan anak sepenuhnya dah boleh dapat diploma...hehe... so sekarang ni ummi baru berjaya dapat sijil je dulu... semoga boleh terus dapat ijazah (cukup 2 tahun)...semoga rezeki makin lebih untuk adik.... amin....


p/s anak2 ummi makin besar semoga menjadi anak yang soleh dan solehah ye nak.....

Ulasan

  1. wah dah besar2 dah anak ko ni.. teruja aku baca perkembangan diorang ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...