Bahana nak kurus - Cerita Ita                                                             Bahana nak kurus Langkau ke kandungan utama

Bahana nak kurus

salam sejahtera semua,

kejap tadi aku bukak facebook... terbaca satu artikel dari doktor ni...

Assalam dr..nak tnya sikit..pil acai berry tu bahaya tk doc?..kalau doc ada info..plz update ye..anywy slamt ari raya doctor

Wa alaikum mus salam, saya mendapat tahu ia telah diharamkan oleh KKM. Terdapat berita banyak produk itu dirampas
.

"KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan."

Saya berpendapat ini berlaku disebabkan orang mencampurkan jus acaiberry dgn dadah berbahaya tetapi kalau jus buah acaiberry, memang tidak berbahaya dan memberikan manfaat.

Wallahu a'lam.

baca dan fikir-fikirkan la ye.... sumber dari SINI ..

p/s ramai betul orang mengambil kesempat ke atas orang lain kan...

Ulasan

  1. emmmm kalau kurus tuh biarlah buat jalan yang panjang skit... disiplinkan diri jaga makan n buat senaman, that is the best & safe for our body kan... kalau kurus tapi tak sihat takde gunanya

    BalasPadam
  2. saya mmg tgh nak kurus, tp tak de ambik apa2 produk pun, cuma kira pengambilan kalori setiap hari nak buat senaman sikit2...

    p/s: saya raya di Simpang Jeram Muar...terima kasih tinggal komen di blog akak ya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat